Petua ni sesuai diamalkan sesiapa shj. terutama pelajar atau individu
yg bekerja dlm bidang berkaitan komputer & internet. Tak kiralah
anda seorang programer, pereka laman web, pereka grafik, usahawan
internet, penulis blog dsb. Ataupun saja suka-suka menghabiskan masa
berjam-jam di depan komputer misalnya main games, chatting, baca artikel
di blog, cari info dsb.
Petua Menjaga Kesihatan Mata
1. Setiap kali mandi atau berwudhu’ (bagi muslim), pastikan jangan
pejamkan mata semasa air melalui mata anda, sebaliknya kelip-kelipkan
mata anda beberapa kali, biar air mandian itu mencuci mata anda. Memang
mata kita akan terasa pedih sikit. Walaupun tiada kajian saintifik
mengenai petua ni, tapi setelah mengamalkannya beberapa lama,
alhamdulillah setakat ni mata saya belum rabun lagi biarpun berjam-jam
di depan komputer.
2. Untuk menyegarkan mata yg letih atau rasa gatal-gatal akibat sakit
mata, ambil beberapa helai daun sirih muda, basuh bersih-bersih.
Ramas-ramaskan sampai lumat dan didihkan seketika. Tapis airnya dgn kain
bersih ke dlm mangkuk dan biar hingga suam-suam kuku. Lepas tu
rendamkan atau jiruskan terus pun boleh, pd mata anda sambil
kelip-kelipkan mata berulang kali. Insya Allah mujarab.Tapi yang ni
leceh sikit sebab sekarang ni susah nak cari daun sirih.
3. Amalkan senaman utk mata anda. Bukan badan je perlukan senaman, mata pun perlu bersenam juga. Caranya:
a. Pergi ke luar rumah, lihat satu objek berdekatan anda, kemudian
beransur-ansur lihat pula objek yg lebih jauh, dan jauh, jauh lagi,
sejauh-jauhnya la. Lepas tu balik semula beransur-ansur lihat objek yg
berdekatan anda. Ulang proses ini beberapa kali sampai anda naik bosan
atau naik menyampah…jangan sampai naik angin dah la ye. Dlm proses
tadi sekiranya anda ternampak satu objek menarik(misalnya ada awek cun
melintas) bolehlah fokuskan sekejap pd objek tu(kira senaman mata gak
tu), tapi jangan tengok lama-lama ye, berdosa…hehe…dan mata anda
juga berisiko utk terkena lontaran objek-objek berbahaya.
b. Gerakkan mata anda ke kanan semaksimum mungkin,berhenti sekejap,
kemudian ke kiri, berhenti sekejap, seterusnya ke atas, bawah dan tengah
(sampai mata naik juling), beransur-ansur lajukan proses ini.
c. Setelah 1-2 jam di depan komputer, berhenti sekejap, lihatlah
objek-objek berwarna hijau di luar rumah anda, seperti pokok-pokok dsb,
sesungguhnya warna hijau itu menenangkan & merehatkan mata anda.
Tapi itu kalau siang, kalau malam camne pulak?? Itu senang jer, lawatlah
blog saya ni selalu, ada banyak warna hijau di sini…kuikuikui terkena
korang.
4. Amalkan makan makanan yg kaya dgn vitamin A & C- susu,
sayur(terutama carrot & brokoli) dan buah2an (terutama aprikot &
anggur) dsb.
5. Elakkan melihat benda-benda yg tak sepatutnya
dilihat…terutamanya di internet ni macam-macam bahan yg boleh
merosakkan mata & minda anda…hehe, faham-faham sendirilah ye.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan