Khamis, 30 Ogos 2012

SENAMAN MENJAGA ZAKAR

Senaman Penjagaan Zakar adalah bertujuan untuk menguatkan zakar agar sentiasa kuat dan tahan lama di ranjang.. Sebelum anda melakukan Senaman untuk kuatkan zakar, apakata anda buat dulu senaman untuk kuatkan tubuh badan dan stamina anda.. Bila tubuh badan dah kuat, anda nak bermain di ranjang 4-5 jam pun tiada masalah.. Kerana stamina anda telah kuat dan tahan lama..
Biarpun anda hanya berjalan-jalan untuk ke sesuatu tempat,
tetapi setiap pergerakan yang dilakukan sebenarnya telah membuatkan jantung anda bergerak dan lebih aktif. Apatah lagi jika anda seorang lelaki yang suka bersenam demi menjaga kesihatan, bonusnya ia akan membakar lemak, membentuk otot serta latihan bagi kardiovaskular.
Jumlah kalori yang dibakar selama bersenam berdasarkan pada
banyak faktor, termasuk berat badan, jumlah olahraga, tingkat tenaga dan metabolisme. Nilai yang diberikan untuk sejumlah kalori yang dibakar per jamnya dalam senaman berdasarkan pada rata-rata lelaki dengan berat badan 170 paun.
1. BERJALAN KAKI – Jalan kaki merupakan latihan yang baik
sebagai permulaan dalam diari anda. Mulakan dengan berjalan kaki selama satu jam di waktu pagi. Untuk hasil terbaik, jagalah detik jantung anda pada 70 peratus dari detik jantung maksimum (detik jantung maksimum sama dengan 220 dikurangi usia anda). Semua otot di kaki akan bergerak dan satu jam berjalan cepat akan membakar sebanyak 300 kalori.
2. BERLARI – Berlari dapat meningkatkan kesihatan
kardiovaskular dan merupakan cara yang baik untuk membakar lemak tubuh. Namun, berlari dalam waktu yang cukup panjang boleh menyebabkan kekuatan otot hilang dan cedera akibat sering digunakan. Berlari setempat dapat menguatkan kelompok otot dalam kaki termasuk otot-otot yang terdapat di paha.
Berlari selama satu jam dengan kecepatan sederhana akan membakar lebih kurang 760 kalori.
3. MENDAKI BUKIT – Sangat baik untuk membakar lemak
sekaligus menguji kekuatan otot kaki. Jika anda meluangkan masa selama satu jam mendaki bukit, ia bersamaan dengan pembakaran sebanyak 530 kalori.
4. PERMAINAN RAKET - Seperti tenis dan badminton yang akan
membuatkan otot-otot paha, lengan, bahu dan punggung bekerja secara serentak. Inginkan hasil yang terbaik, carilah pasangan yang memiliki kemampuan sama dengan anda. Satu jam berolahraga akan membakar sekitar 780 kalori.
5. REGANGAN – Cara yang paling mudah dan anda boleh
melakukan regangan sambil menonton televisyen atau di bilik tidur. Mengerakkan kaki dan tangan selama setengah jam juga mampu mencegah kecederaan otot sebelum berolahraga.
6. BERENANG – Sesuai buat lelaki yang benar-benar ingin
menjaga perut mereka daripada boroi. Berenang membuat semua otot tubuh bekerja dan variasikan gaya renang anda (gaya dada, kuak lentang dan kupu-kupu) sehingga membantu anda memperoleh hasil maksimum dari olahraga ini. Satu jam berenang dapat membakar 460 kalori.
7. PERMAINAN BOLA – Seperti bola jaring, bola keranjang,
bola tampar dan bola baling. Selain menguatkan latihan otot tangan, permainan bola juga memberi kekuatan untuk paha dan bahu anda. Risiko untuk cedera sama dengan olahraga berat yang lain namun keberkesanannya juga tidak diragui. Bermain secara berkumpulan akan memberikan impak yang berguna untuk anda. Satu jam bermain permainan bola akan membakar kalori sebanyak 600 kalori.
8. BOLA SEPAK – Bergantung pada posisi yang anda mainkan,
cukup mencabar fizikal dan minda kerana permainannya yang agak kasar dan memakan masa yang panjang. Memang olahraga ini berisiko tinggi kerana kecederaan, namun anda perlu menitikberatkan kesabaran fizikal dan emosi. Satu jam bermain bola sepak dapat membakar 700 kalori.
9. ANGKAT BEBAN – Cara terbaik meningkatkan tenaga dalaman
sekaligus membina otot tubuh dan meningkatkan kesihatan secara umum. Tetapi harus diingat untuk olahraga angkat beban, anda perlu melakukan latihan regangan sebelum dan setelah berolahraga ini untuk mencegah daripada kecederaan dan memaksimakan kesihatan. Anda dapat membuat setiap kelompok otot untuk bekerja dengan mengangkat beban, tapi bentuk yang tepat cukup penting untuk menurunkan risiko cedera. Untuk memaksimumkan pembentukan otot, lakukan ulangan yang lebih dengan beban yang lebih berat. Satu jam mengangkat beban membakar sebanyak 230 kalori.
Sebagai lelaki yang mementingkan kesihatan, olahraga dan
senaman cukup penting biarpun setelah anda berkahwin. Jangan sesekali mengabaikan perkara nan satu ini kerana ia menentukan gaya hidup anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan