KESELAMATAN
1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).
2. Kunci atau sorokkan semua
pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian
di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau
dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka)
3. Sekiranya terdengar/terlihat
paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas),
jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik
terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk
masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan PJ)
4. Beritahu anak-anak sekiranya
hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan
ibubapa untuk bersama mereka.
5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama…)
6. Bawa alarm kereta bersama
semasa tidur, in case terjaga tengah malam, cuba on and offkan balik
untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa alert)
7. Tekan button merah alarm kereta anda jika anda suspect pencuri sudah masuk ke dalam umah
8. Sekiranya terlihat
orang-orang yang agak aneh dan asing di kawasan rumah anda, sila
dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya naik motor dan mereka ni
biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan
menundukkan kepala)
9. Pesan kepada jiran,
sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kita dan mengaku saudara kita
bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor
telefor pejabat anda kepada jiran supaya mereka boleh double check
dengan kita.
10. Semasa tidur, pastikan
handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda
berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam kamar tidur
anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda
terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan