Selasa, 25 September 2012

KIAMAT 2012

Ramai yang bersungguh mengatakan kiamat akan berlaku pada tahun 2012, apabila Bumi dilanggar Nibiru. Berita ini pantas tersebar dari mulut ke mulut, di internet, lelaman forum dan bermacam lagi dengan hujah-hujah yang agak "karut" dan "kelakar". Laman forum tranungkite.net juga pernah menerima kunjungan forumer yang usai membawa tajuk ini untuk perbincangan, yang tentunya tidak disertakan maklumat lanjut samada kajian, pembacaan atau seumpamanya untuk menguatkan hujah. Ternyata kebayakan forumer hanya menulis berdasarkan emosi dan persekitaran sahaja.
Terpanggil untuk menulis sedikit mengenai isu ini. Kiamat 2012 adalah hasil ramalan puak Maya, yang menetap jauh di pergunungan pedalaman Aztec. Kaum yang telah pupus ini adalah penyembah matahari, juga mendirikan struktur piramid seperti yang ada di Giza. Melalui lagenda ramalan puak Maya ini, Bumi dikatakan akan dilanggar oleh Nibiru, sebuah planet bersaiz besar yang dihuni gergasi (nephilim). Perlanggaran ini akan menghancurkan Bumi dan berlakulah kiamat. Semudah itu?
Nibiru juga ada dikisahkan di dalam legenda Mesopotamia. Cumanya, Nibiru dipanggil dengan nama "tiamat" yang kebetulan hampir sama bunyinya dengan kiamat. Tidak lebih dari itu. Di dalam sejarah zaman itu, Nibiru dikatakan akan datang hampir dengan Bumi dalam tempoh masa-masa tertentu. Datangnya membawa musibah yang besar pada Bumi, seperti banjir besar yang berlaku di zaman Nabi Nuh, kepupusan dinosour...dan lain-lain.
Ya!!! Memang benar Nibiru kini semakin menghampiri Bumi. Tetapi jangan risau, kerana ia tidak akan bertembung dengan Bumi. Kajian sains moden mendapati, Nibiru merupakan sebuah planet bersaiz hampir/lebih besar dari Jupiter. Ia juga mengorbit matahari di sistem suria kita ini, seperti mana planet-planet lain juga. Cuma yang sedikit pelik, bentuk orbitnya yang lonjong dan jauh terkeluar dari orbit-orbit planet yang lain. Nibiru dianggarkan mengambil masa selama 3600 tahun untuk melengkapkan satu pusingan orbitnya mengelilingi matahari.
Nibiru, melalui kajian dan simulasi peengorbitan yang dibuat agensi angkasa lepas dikatakan akan melalui "inner planets" di antara Marikh dan Bumi. Oleh sebab saiznya yang sangat besar berbanding Bumi, sudah tentulah medan magnet dan gravitinya juga adalah sangat besar. Jadi, saintis astronomi meramalkan yang Bumi, Marikh dan beberapa planet yang lain akan terhenti berputar di atas paksinya sekurang-kurangya selama seminggu akibat gangguan medan graviti Nibiru. Dan Bumi serta yang lain akan kembali berputar pada paksinya selepas Nibiru beredar jaih dari mereka. Cuma yang masih menjadi persoalan, adalah Bumi akan tetap berputar dari timur ke barat, atau mengubah putarannya dari barat ke timur. Ini tidak dapat diungkai, dan tetap menjadi misteri dan tanda tanya.
Kehadiran Nibiru juga dikatakan akan mencetuskan beberapa kondisi yang kurang baik bagi Bumi. Akan berlaku air pasang Besar di beberapa bahagian Bumi (akibat lemahnya daya tarikan antara Bumi dan Bulan berbanding Nibiru), ribut taufan mungkin tercetus akibat lemahnya daya graviti Bumi untuk mengawal angin, dan beberapa musibah lagi. Tapi ini tidaklah akan sampai menghancurkan Bumi sama sekali.
Masalah pemanasan global dan isu pencairan ais di kutub juga dikatakan berlaku kerana kehadiran Nibiru yang semakin hampir dengan Bumi (namun ia tidak dapat dibuktikan oleh kajian-kajian saintifik).
Paling tidak masuk akal, ramai juga forumer di alam siber mengaitkan badai matahari yang akan berlaku antara tahun 2011-2012 sebagai punca berlakunya kiamat. Tanpa mengambil tahu akan fenomena astronomi yang unik ini, bermacam-macam auta yang mereka keluarkan semata-mata untuk menyokong hujah sendiri yang salah.

Badai matahari, sebenarnya adalah fenomena astronomi yang terjadi lebih kurang sebelas (11) tahun sekali. Ia berlaku apabila berbilion molekul proton dan elektron berlanggar antara satu sama lain dalam aktiviti magnetik di permukaan matahari. Dalam bahasa mudah, fenomena ini dipanggil "ribut magnetik". Ini menunjukkan bahawa aktiviti di permukaan Matahari telah sampai ke puncaknya, dan fasa baru akan bermula. Ribut magnetik ini pernah berlaku pada 1979, 1989 dan 2000 dan puncaknya akan berlaku antara tahun 2011-2012. Bumi hanya akan menerima impak yang minimum sahaja, iaitu kebanyakan gelombang-gelombang radio/telekomunikasi akan terjejas (signal telefon bimbit, GPS etc) akibat tindak balas oleh gelombang-gelombang magnetik daripada matahari yang menuju Bumi. Kesan ini hanya sementara dan akan mula pulih dalam masa beberapa jam sahaja.
Jadi...adakah akan berlakunya kiamat? pada saya TIDAK. Namun kiamat adalah sesuatu hal yang misteri dan tidak boleh diramal. Ia hak mutlak Tuhan yang satu, Penguasa seluruh jagat raya ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan