Ramai yang bersungguh 
mengatakan kiamat akan berlaku pada tahun 2012, apabila Bumi dilanggar 
Nibiru. Berita ini pantas tersebar dari mulut ke mulut, di internet, 
lelaman forum dan bermacam lagi dengan hujah-hujah yang agak "karut" dan
 "kelakar". Laman forum tranungkite.net juga pernah menerima kunjungan 
forumer yang usai membawa tajuk ini untuk perbincangan, yang tentunya 
tidak disertakan maklumat lanjut samada kajian, pembacaan atau 
seumpamanya untuk menguatkan hujah. Ternyata kebayakan forumer hanya 
menulis berdasarkan emosi dan persekitaran sahaja.
Terpanggil
 untuk menulis sedikit mengenai isu ini. Kiamat 2012 adalah hasil 
ramalan puak Maya, yang menetap jauh di pergunungan pedalaman Aztec. 
Kaum yang telah pupus ini adalah penyembah matahari, juga mendirikan 
struktur piramid seperti yang ada di Giza. Melalui lagenda ramalan puak 
Maya ini, Bumi dikatakan akan dilanggar oleh Nibiru, sebuah planet 
bersaiz besar yang dihuni gergasi (nephilim). Perlanggaran ini akan 
menghancurkan Bumi dan berlakulah kiamat. Semudah itu?
Nibiru
 juga ada dikisahkan di dalam legenda Mesopotamia. Cumanya, Nibiru 
dipanggil dengan nama "tiamat" yang kebetulan hampir sama bunyinya 
dengan kiamat. Tidak lebih dari itu. Di dalam sejarah zaman itu, Nibiru 
dikatakan akan datang hampir dengan Bumi dalam tempoh masa-masa 
tertentu. Datangnya membawa musibah yang besar pada Bumi, seperti banjir
 besar yang berlaku di zaman Nabi Nuh, kepupusan dinosour...dan 
lain-lain.
Ya!!!
 Memang benar Nibiru kini semakin menghampiri Bumi. Tetapi jangan risau,
 kerana ia tidak akan bertembung dengan Bumi. Kajian sains moden 
mendapati, Nibiru merupakan sebuah planet bersaiz hampir/lebih besar 
dari Jupiter. Ia juga mengorbit matahari di sistem suria kita ini, 
seperti mana planet-planet lain juga. Cuma yang sedikit pelik, bentuk 
orbitnya yang lonjong dan jauh terkeluar dari orbit-orbit planet yang 
lain. Nibiru dianggarkan mengambil masa selama 3600 tahun untuk 
melengkapkan satu pusingan orbitnya mengelilingi matahari.
Nibiru,
 melalui kajian dan simulasi peengorbitan yang dibuat agensi angkasa 
lepas dikatakan akan melalui "inner planets" di antara Marikh dan Bumi. 
Oleh sebab saiznya yang sangat besar berbanding Bumi, sudah tentulah 
medan magnet dan gravitinya juga adalah sangat besar. Jadi, saintis 
astronomi meramalkan yang Bumi, Marikh dan beberapa planet yang lain 
akan terhenti berputar di atas paksinya sekurang-kurangya selama 
seminggu akibat gangguan medan graviti Nibiru. Dan Bumi serta yang lain 
akan kembali berputar pada paksinya selepas Nibiru beredar jaih dari 
mereka. Cuma yang masih menjadi persoalan, adalah Bumi akan tetap 
berputar dari timur ke barat, atau mengubah putarannya dari barat ke 
timur. Ini tidak dapat diungkai, dan tetap menjadi misteri dan tanda 
tanya.
Kehadiran
 Nibiru juga dikatakan akan mencetuskan beberapa kondisi yang kurang 
baik bagi Bumi. Akan berlaku air pasang Besar di beberapa bahagian Bumi 
(akibat lemahnya daya tarikan antara Bumi dan Bulan berbanding Nibiru), 
ribut taufan mungkin tercetus akibat lemahnya daya graviti Bumi untuk 
mengawal angin, dan beberapa musibah lagi. Tapi ini tidaklah akan sampai
 menghancurkan Bumi sama sekali.
Masalah
 pemanasan global dan isu pencairan ais di kutub juga dikatakan berlaku 
kerana kehadiran Nibiru yang semakin hampir dengan Bumi (namun ia tidak 
dapat dibuktikan oleh kajian-kajian saintifik).
Paling
 tidak masuk akal, ramai juga forumer di alam siber mengaitkan badai 
matahari yang akan berlaku antara tahun 2011-2012 sebagai punca 
berlakunya kiamat. Tanpa mengambil tahu akan fenomena astronomi yang 
unik ini, bermacam-macam auta yang mereka keluarkan semata-mata untuk 
menyokong hujah sendiri yang salah.

Badai
 matahari, sebenarnya adalah fenomena astronomi yang terjadi lebih 
kurang sebelas (11) tahun sekali. Ia berlaku apabila berbilion molekul 
proton dan elektron berlanggar antara satu sama lain dalam aktiviti 
magnetik di permukaan matahari. Dalam bahasa mudah, fenomena ini 
dipanggil "ribut magnetik". Ini menunjukkan bahawa aktiviti di permukaan
 Matahari telah sampai ke puncaknya, dan fasa baru akan bermula. Ribut 
magnetik ini pernah berlaku pada 1979, 1989 dan 2000 dan puncaknya akan 
berlaku antara tahun 2011-2012. Bumi hanya akan menerima impak yang 
minimum sahaja, iaitu kebanyakan gelombang-gelombang 
radio/telekomunikasi akan terjejas (signal telefon bimbit, GPS etc) 
akibat tindak balas oleh gelombang-gelombang magnetik daripada matahari 
yang menuju Bumi. Kesan ini hanya sementara dan akan mula pulih dalam 
masa beberapa jam sahaja.
Jadi...adakah
 akan berlakunya kiamat? pada saya TIDAK. Namun kiamat adalah sesuatu 
hal yang misteri dan tidak boleh diramal. Ia hak mutlak Tuhan yang satu,
 Penguasa seluruh jagat raya ini.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan