Patani merupakan sebuah negeri Melayu yang merdeka dan berdaulat.
Majoriti penduduknya adalah Melayu, beragama Islam dan mengamalkan adat
resam Melayu. Pada tahun 1785, Patani telah ditakluki oleh kerajaan
Siam. Pada tahun 1902, pemerintahan beraja Melayu Patani telah
dihapuskan oleh kerajaan Siam dan digantikan dengan sistem Thesaphiban.
Tengku Abdullah Kadir Kamaruddin merupakan Raja Melayu Patani yang
terakhir. Baginda telah dipenjarakan kerana menghalang usaha kerajaan
Siam untuk menghapuskan sistem pemerintahan beraja Melayu-Islam.
Kerajaan Siam telah memperkenalkan beberapa polisi iaitu :
1. Divide and Rule also known as Divide and Conquer (pecah perintah).
Dasar ini adalah kombinasi strategi politik, ketenteraan dan ekonomi untuk mendapatkan kekuasaan yang padu ke atas mereka yang kurang berkuasa dan menghalang kumpulan itu untuk menjadi berkuasa kerana struktur sistem yang sukar untuk digugat.
2. Asimilasi.
Dasar ini menyebabkan kebudayaan asli masyarakat Melayu hilang dan mencetuskan perubahan sosio masyarakat Melayu Patani. Contohnya bahasa Melayu telah diharamkan penggunaannya dan usaha untuk mengamalkannya telah dilarang secara keras. Kesannya generasi muda secara puratanya tidak tahu lagi untuk bertutur bahasa Melayu.
3. Transmigrasi.
Kerajaan Siam telah membawa masuk orang Siam yang beragama Buddha untuk membuka perkampungan baru di Patani.
4. Rathaniyom.
Dasar ini telah menukar identiti daripada masyarakat berbangsa Melayu kepada Siam.
Perjanjian Bangkok 1902 telah mengiktiraf Negeri-Negeri Melayu Utara sebagai naungan Siam. Penjajah British telah mengishtiharkan Negeri-Negeri Melayu Utara sebagai ‘The Siamese Malay State’.
Kerajaan Siam telah memperkenalkan beberapa polisi iaitu :
1. Divide and Rule also known as Divide and Conquer (pecah perintah).
Dasar ini adalah kombinasi strategi politik, ketenteraan dan ekonomi untuk mendapatkan kekuasaan yang padu ke atas mereka yang kurang berkuasa dan menghalang kumpulan itu untuk menjadi berkuasa kerana struktur sistem yang sukar untuk digugat.
2. Asimilasi.
Dasar ini menyebabkan kebudayaan asli masyarakat Melayu hilang dan mencetuskan perubahan sosio masyarakat Melayu Patani. Contohnya bahasa Melayu telah diharamkan penggunaannya dan usaha untuk mengamalkannya telah dilarang secara keras. Kesannya generasi muda secara puratanya tidak tahu lagi untuk bertutur bahasa Melayu.
3. Transmigrasi.
Kerajaan Siam telah membawa masuk orang Siam yang beragama Buddha untuk membuka perkampungan baru di Patani.
4. Rathaniyom.
Dasar ini telah menukar identiti daripada masyarakat berbangsa Melayu kepada Siam.
Perjanjian Bangkok 1909 telah termeterai. Kerajaan Melayu Pattani yang meliputi wilayah Yala dan Narathiwat di Thailand disahkan sebagai jajahan Siam. Padahal kerajaan Melayu Patani tidak diajak berunding dalam perjanjian itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan