Selasa, 4 September 2012

SEJARAH PATTANI

Sejarah Patani telah melangkaui beratus-ratus tahun.Sebelum itu bumi ini juga di kenali sebagai langkasuka.Sejak dulu-dulu lagi negara Patani tidak henti-henti berperang dengan Siam.Raja-raja Patani dulu berbeza dengan pemimpin-peminpin moden.Mereka sendiri mengempalai peperangan. Ini termasuk raja perempuan yang terkenal yaitu Raja Hijau , Raja Biru,Raja Unggu dan Raja Kuning.
        Diantara mereka lah Patani dapat beberapa kali bertahan dari serangan Siam.Patani teramat mashur dan maju di masa pemerentahan Raja Hijau.Negara Patani tersohor keseluruh dunia.
        Dizaman moden Sultan Abdul Kadir adalah menjadi raja terakhir bagi negara Patani. Beliau berjuang bersungguh mempertahan dan cuba mengembalikan kedaulatan Patani tetapi gagal dan akhirnya beliau meninggal di Kelantan.Selepas itu Patani bangkit dengan cara pergerakan yang berlainan. Pada awal 40 han kebangkitan  di pimpin oleh Haji Sulong dan Tengku Mahmood Muhyidin.
        Di zaman itu pergerakan mereka berlindung disebalik tuntutan 7 perkara bagi dalam negeri.Dan Tuntutan untuk bersama Malaya diluar negara.
        Kedua-dua pemimpin ini telah di bunuh. Haji Sulong dibunuh dengan kejam  oleh Siam.Mayatnya dibuang ka-laut tanpa di ketahui mana kuburnya.Tengku Mahmud pula telah di racuni oleh Inggeris dan di tanam di Kelantan . Pembunuhan mereka berdua adalah konspirasi diantara Siam dan Inggeris.
        Selepas itu gerakan kemerdekaan digerak oleh anak-anak muda Yang di pimpin secara sulit oleh Pak Bung. Pemuda-pemuda saperti Haji Amin,Ustaz Karim, Haji Yusuf ,Haji Harun ,Tengku Jala telah bersama menubuh partai Barisan Revolusi Nasional pada tahun 1960. Kemudian Tengku Jala menubuh kan Partai Barisan Nasional Pembebasan Patani 1972(sekarang berubah kapada Barisan Islam Pembebasan Patani). Tengku Biro atau Kabir Abdul Rahman pula telah menubuh partai Patani United Liberation Organisation 1968.(Pertubuhan Pembebasan Patani Bersatu.)
         Mereka -mereka inilah yang menggerakkan perjuangan rakyat Patani sehingga sekarang disambut oleh generasi muda yang telah melakukan beberapa reformasi dari segi strateji dan taktik.Kesemua asas perjuangan yang di letak oleh bapa-bapa perjuangan bermatlamatkan kemerdekaan tanpa tolak ansur.Jika ada pemimpin baru yang cuba mengubah matlamat dan strateji perjuangan ini seolah-olah cuba mengkhianati aspirasi bapa-bapa kita dahulu.Kalau pejuang-pejuang dahulu tidak letih menunggu begitu lama, takkan lah golongan muda yang baru mengambil alih kepimpinan partai terus mahu berdamai dengan penjajah dan menerima segala cadangan yang di pelopori oleh kuasa barat dan Malaysia.
                                    
Ustaz Abdul Karim bin Haji Hassan       Haji Amin Tohmina bin Assyahid Hj Sulong                                        \
           Ustaz Abdul Karim dan Haji Amin Tohmina antara pengasas BRN. Apabila berlaku perpecahan dalam BRN mereka masing-masing telah memimpin BRN Ulama dan BRN Coordinate .Dari situ Ustaz Karim telah bergabung dengan beberapa tokoh lain menubuh sebuah partai bernama  Gerakan Hizbollah Patani. Parti ini tidak pernah di ishtihar kan di atas sebab-sebab tertentu. Beliau juga antara pemimpin yang menubuh satu badan Kerjasama parti-parti yang di namakan PRC (Patani Research and Coordinating Centre)bersama, almarhum Haji Amin,Baba Abdul Rahman Pomeng, dan beberapa orang tokoh yang masih hidup. Badan inilah yang menggerakkan kebangkitan masjid Kerisik pada tahun 1989-90 yang kononnya terkenal di pimpin oleh Bomoh Din.Bermula dari kebangkitan inilah rakyat Patani telah mula menonjolkan keberanian yang sejati.Pihak Wahdah juga pernah mengambil kesempatan menjuarai isu tersebut.
                     
       Sultan Abdul Kadir            Tengku Mahmud Muhyiddin
      
Tengku Biro atau Kabir Abdul Rahman juga dengan
 Gelaran Pokku oleh adik-adik dan pengikut.
      Tengku Jalal yang di kenali dengan Ayah Lal                                                                                                                                                                                                                                                           
               Assyahid Haji Sulong . Bapa perjuangan Patani Moden. Dibunuh dengan kejam  oleh penjajah Siam
              dan mayatnya dibuang di laut senggora.Sampai sekarang tidak di ketahui kubor.
                                         Perjuangan Patani akan menuntut bela di atas kesyahidan nya beliau, dan menjadi inspirasi besar.
Puteri berempat,Raja Hijau,Raja biru,Raja unggu dan Raja Kuning.
                                    
                            TuanLebih                RajaLegeh                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                
    Patanikini keluaran ini diterbit khas untuk memperingati pejuang-pejuang dan pengasas perjuangan sekarang.Semoga golongan muda lebih mengenali dan memahami perjuangan Patani dari dahulu hingga sekarang.
12hb feb 2010
Alfatihah
Patanikini mengucapkan takziah dan mendoakan semoga dicucuri rahmat ke-atas Roh Saudara seperjuangan Haji Ramli sungai Padi yang kembali karahmatullah pada 10/2/10.Satu kehilangan yang besar pada perjuangan Patani.Semoga yang hidup meneruskan perjuangan tanpa luntur sedikit pun keyakinan kepada allah swt. Amin

03-03-2010
Alfatihah
Dengan sedihnya diumumkan  satu lagi tokoh besar perjuangan Patani,sdr Ahmad Shariff(lebih terkenal dengan nama Mat Bank) kembali ka rahmatullah pada jam kurang lebih 4.30 petang ini.Beliau dalam perjalanan untuk mengimami solat asar di masjid berhampiran rumahnya.Satu kemalangan jalanraya telah mengorbankan jiwa beliau. Beliau adalah antara tokoh besar yang banyak berjasa kapada perjuangan kebangkitan rakyat Patani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin