SEJARAH NEGERI SABAH MENYERTAI PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
- Abad
 ke-6 : Sabah dan Sarawak adalah tertakluk di bawah kerajaan yang 
berpusat di Brunei. Walau bagaimanapun, Brunei sendiri adalah 
dipengaruhi oleh dua kuasa besar iaitu Sri Vijaya di Sumatera dan 
Majapahit di Jawa.
- Tahun 1658, Sultan Brunei telah menyerahkan kawasan timur 
laut Borneo kepada Sultan Sulu. Nama tempat itu ialah Sandakan.  Adapun 
Sandakan dalam bahasa Sulu bermaksud 'Tanah Yang Digadaikan'. Ini adalah
 sebagai balasan kerana Sultan Sulu telah menamatkan perang saudara 
antara Sultan Abdul Mubin dengan Pangeran Mohidin. (Implikasinya, 
pemerintahan Sabah telah terbahagi kepada dua kuasa iaitu Kesultanan 
Brunei dan Kesultanan Sulu).
- Tahun 1665, Borneo menerima lawatan orang Inggeris yang pertama iaitu Kapten Cowley.
- Tahun 1761, Sultan Sulu telah membuat perjanjian dengan 
Alexander Dalrymple seorang pegawai dari Syarikat Hindia-Timur British 
di Madras yang membenarkan Syarikat Hindia Timur British membuka satu 
pangkalan perdagangan di kawasan Borneo Utara iaitu di Pulau Balembangan
 kira-kira 20 batu dari utara bandar Kudat. (Kesannya, kini Sabah telah 
diperintah oleh 3 kuasa pula, iaitu Inggeris, Kesultanan Brunei dan 
Kesultanan Sulu).
- Pada tahun 1763, Dalrymple telah mengibarkan bendera 
British di Balembangan dan menukar nama Balembangan kepada 'Felecia'. 
Pengawai British John Herbert telah dihantar untuk mendirikan penempatan
 di  pulau itu.
- Pada tahun 1775, petempatan tersebut mengalami kehancuran kerana banyak faktor seperti ancaman lanun dan pentadbiran yang lemah.
- Pada 1803 General Gabenor India, Lord Arthur Wellesley 
melalui pegawainya Robert J. Farquhar, Residen di Amboina telah cuba 
membangunkan semula 'Felecia' sebagai stesen ketenteraan. Usaha ini juga
 akhirnya menemui kegagalan. Pada November 1805, British meninggalkan 
pulau itu. Namun, ini tidak bermakna, British tidak lagi berminat dengan
 Borneo Utara.
- Pada 1881, Sabah telah diambil alih oleh Syarikat Berpiagam
 Borneo Utara British (British North Borneo Chartered Company). Ibu 
negeri Sabah pada masa tersebut ialah Kudat .
- Pada tahun 1883 ibu negeri Sabah berpindah ke Sandakan.
- Tahun 1888, dengan rasminya, Sabah telah menjadi sebuah 
negeri naungan Empayar British. Maknanya, pada masa tu juga, kekuasaan 
Sultan Sulu ke atas Sabah telah dirampas oleh British.
- Semasa Perang Dunia Kedua, Sandakan (ibu negeri Sabah pada 
masa tersebut) di duduki Jepun bermula pada 19 Januari 1942 hingga 19 
Oktober 1945, apabila Perang Dunia Kedua tamat dan orang-orang Jepun 
balik ke negara mereka yang antara faktornya ialah pengeboman Nagasaki 
dan Hiroshima.
- 1946,
 pemerintahan British melalui Syarikat Berpiagam Borneo Utara British 
tamat. Tetapi ini tidak bermakna British sudah melepaskan Sabah kerana 
Sabah telah menjadi tanah jajahan Borneo Utara yang masih diperintah 
oleh orang British. Perang Dunia Kedua telah meranapkan Sandakan 
keseluruhannya oleh itu ibu negeri baru Sabah berpindah ke Jesselton 
yang kini dinamakan Kota Kinabalu.
- Penjajahan ini terus berlarutan sehinggalah pada 31 Ogos 
1963 di mana usaha membentuk 'Malaysia' melalui gabungan Sabah, Tanah 
Melayu, Sarawak dan Singapura sedang giat dijalankan.
- Pada tahun 1961, langkah pertama dalam penubuhan Malaysia 
bermula. Ia dikemukakan oleh Tunku Abdul Rahman. Cadangan ini secara 
amnya diterima oleh penduduk Tanah Melayu dan Singapura, tetapi 
menimbulkan rasa curiga di kalangan penduduk Sabah dan Sarawak. Filipina
 dan Indonesia membantah cadangan ini, kerana mereka mendakwa bahawa 
mereka mempunyai hak ke atas Sabah.  Indonesia juga bercita-cita untuk 
menubuhkan 'Indonesia Raya' yang dperintah oleh Parti Komunis Indonesia 
pada masa itu.
- Pada 17 Januari 1962, Suruhanjaya Cobbold dibentuk 
antaranya adalah untuk membuat tinjauan tentang pandangan rakyat Borneo 
Utara (Sabah) dan Sarawak, sama ada bersetuju atau tidak dengan 
penubuhan Malaysia.
- Pada 31 Ogos 1963, keputusan tinjauan Suruhanjaya Cobbold 
telah diperolehi. 70% penduduk Sabah bersetuju menyertai Malaysia. Walau
 bagaimanapun, penubuhan Malaysia yang dirancang pada tarikh tersebut 
terpaksa ditangguhkan kerana laporan Setiausaha Bangsa-Bangsa Bersatu 
hanya dapat disiapkan pada 14 September 1963.
- 16 September 1963, dengan rasminya Malaysia dibentuk 
melalui gabungan Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, dan Singapura
 (Singapura menarik diri dari Malaysia pada tahun 1965).
- Upacara pengisytiharan Malaysia telah diadakan di Stadium 
Merdeka Kuala Lumpur pada 16 September 1963. Upacara gilang gemilang ini
 telah dihadiri oleh SPB Yang di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu, 
Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Singapura, Sarawak dan Sabah. 
Pengisytiharan penubuhan Malaysia telah dibacakan oleh Perdana Menteri, 
Tunku Abdul Rahman Putra di hadapan lebih kurang 30,000 rakyat 
Malaysia,Tunku kemudiannya melaungkan “Merdeka” sebanyak tujuh kali 
diselang seli dengan laungan oleh rakyat yang hadir. Upacara diakhiri 
dengan bacaan doa selamat oleh Mufti Negeri Sembilan, Tuan Haji Ahmad 
bin Mohammad Said. 
 
 
 
 
          
      
 
 
KETURUNAN SIAM MALAYSIA.
Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan