Sabtu, 29 September 2012

SEJARAH ASAL USUL MASYARAKAT CINA DAN INDIA

Pengenalan
Masyarakat tempatan di Asia mempunyai satu sistem masyarakat yang tersusun sebelum abad ke-19 lagi.
Kehidupan seharian mereka adalah berlandaskan hukum adat
Adat merupakan amalan dari generasi ke generasi dan menjadi satu kesalahan jika tidak diamalkan.
Ia diturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain melalui tradisi lisan.
Terdapat pelbagai bentuk amalan adat oleh masyarakat China dan India sebelum kedatangan Barat.

Isi
Adat-adat di China
Adat Kowtow
Dijalankan oleh segenap lapisan masyarakat semasa mengadap maharaja.
Adat ini juga diwajibkan kepada utusan asing yang ingin mengadap maharaja.
Amalan ini merupakan suatu penghormatan kepada maharaja yang dianggap anak syurga ( son of heaven ) dan mempunyai mandat memerintah daripada syurga ( mandate of heaven )
Adat mementingkan anak lelaki
Anak lelaki lebih diutamakan kerana mereka mengekalkan nama keluarga.
Anak perempuan yang telah berkahwin dianggap orang luar dan memakai nama keluarga sebelah suaminya.
Adat wanita hamil
Tidak dibenarkan menyertai sebarang majlis sosial seperti perkahwinan dan pengkebumian dari mula hamil sehingga 100 hari selepas bersalin.
Selepas bersalin, mereka dan bayi mereka dilarang pergi ke tokong sehingga sebulan genap selepas bersalin.
Selepas bersalin mereka dikehendaki berehat dan makan makanan yang baik dan panas.
Adat perkahwinan
Diatur sejak kecil lagi dengan tujuan agar hubungan kekeluargaan tidak terputus.
Kiraan umur bayi
Anak yang dilahirkan dikira berumur satu tahun dan sewaktu satu tahun dikira dua tahun.
Kanak-kanak Cina didedahkan dengan ajaran dan pendidikan Confucius.
Adat membebat kaki anak gadis
Untuk tujuan kecantikan. Kaki anak gadis dibebat antara umur 4 hingga 8 tahun.
Adat ini secara langsung menghalang mereka daripada berjalan jauh dari rumah.
Adat pemujaan roh nenek moyang
Sangat menghormati nenek moyang.
Dianggap sebagai ketua keluarga dan nama baiknya harus dijaga.
Penghormatan dilakukan pada hari-hari tertentu seperti menyambut Tahun Baru.
Seorang bapa yang tidak mempunyai anak lelaki tidak akan disembah.

Adat-adat di India
Wanita hamil
Diamalkan di India Selatan.
Seorang ibu hamil terpaksa mematuhi segala adat dan menjaga dirinya agar tidak melanggar segala pantang larang.
Tidak boleh melakukan perbuatan yang tidak baik seperti mengumpat, dengki, bergaduh dan sebagainya.
Ini kerana dipercayai bahawa segala perbuatan si ibu akan mempengaruhi bayi dalam kandungannya.
Adat Suttee Adat ini menekankan konsep pengorbanan diri oleh balu-balu Hindu dengan cara membakar diri sendiri bersama mayat suami semasa upacara pengkebumian.
Diamalkan sebagai membuktikan kesetiaan seorang isteri terhadap suami yang sanggup sehidup semati.
Adat Thuggee
Amalan golongan Thug di wilayah Timur Laut India.
Merupakan satu sistem rompakan dan pembunuhan di jalan raya oleh kumpulan-kumpulan bersenjata agama yang menyamar diri dan mencekik pengembara sehingga mati atas nama Dewi Kali.
Adat larangan kahwin semula balu
Balu-balu kematian suami ditegah daripada berkahwin semula.
Mereka tidak boleh menghias diri dan hanya boleh memakai sari berwarna putih sahaja.
Adat pembunuhan bayi perempuan
Amalan membunuh bayi perempuan bagi mengelakkan ibu bapa daripada menanggung penderitaan seperti pemberian dowry apabila berkahwin kelak.
Adat mencecah madu pada bibir bayi
Dilakukan kepada bayi yang baru lahir.
Mulut bayi akan dicecah madu yang dicampur dengan minyak sapi.
Dilakukan oleh golongan Brahmin sebagai tanda kemuliaan.
Golongan tua dan institusi keagamaan
Memainkan peranan penting dalam adat-adat tertentu seperti adat perkahwinan terutamanya dalam memilih hari bagi upacara perkahwinan yang dilangsungkan.

Kesimpulan
Adat memainkan peranan penting dalam kehidupan dalam kehidupan masyarakat di China dan India.
Adat dijadikan panduan dan sempadan yang harus diikuti dan dipatuhi oleh setiap anggota masyarakat bagi mewujudkan keamanan dan kesejahteraan dalam masyarakat.
Hukum adat ini mengalami perubahan besar ataupun ada yang dimansuhkan dengan kedatangan Barat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin