 
  
Asal Usul Bangsa Arab…
 Asal-usul  Arab sebagaimana yang disebut oleh ulama’ al-Ansab (asal-usul keturunan) terbahagi kepada 5 cabang yang disebut syu’ub
 (bangsa) yang semuanya bertemu pada Sam b. Noh. Lima bangsa tersebut 
ialah Banu (keturunan) Ad, Banu Thamud, Banu Madyan, Banu Qahtan dan 
Banu Adnan.
Kaum Ad tinggal di al-Ahqaf iaitu di satu kawasan antara Yaman dan Oman. Nabi yang diutuskan kepada mereka ialah Nabi Hud a.s.
 Manakala
 Thamud pula tinggal di al-Hijr dan Wadi al-Qura iaitu kawasan antara 
Hijaz dan Syam. Nabi Saleh a.s merupakan utusan Allah yang diutuskan 
kepada mereka.
 Adapun yang 
ketiga ialah kaum Madyan. Mereka tinggal berdekatan dengan Ma’an di 
Jordan di kawasan pinggir Syam menuju ke Hijaz. Nabi yang diutuskan 
untuk berdakwah kepada mereka ialah Nabi Syuaib a.s.
 Ketiga-tiga bangsa ini telah lenyap dan langsung tidak meninggalkan keturunan mereka. Mereka ini disebut juga denganh nama al-Arab al-Aribah atau al-Arab al-Baidah (Bangsa Arab yang pupus).
 Adapun dua bangsa Arab yang masih kekal dan digelar dengan nama al-Arab al-Baqiah (Bangsa Arab yang kekal) ialah semuanya daripada Qahtan dan Adnan.
 Adapun
 Adnan merupakan daripada anak Nabi Ismail a.s dan secara umumnya mereka
 ini mendiami kawasan tengah semenanjung Arab dan bahagia utaranya.
 Manakala Qahtan secara umumnya mendiami kawasan selatan semenanjung Arab.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan