

Kenapa
 kita perlu meninjau kepada paras air di Tasik Galilee? Apa istimewanya 
Laut ini kepada kita orang Islam? Saya cuba mendapatkan beberapa 
pandangan dari beberapa sumber yang saya kira boleh dikongsi untuk 
kebaikan kita semua. Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk 
itu dari kelemahan penulis ini sendiri. Insya Allah.....
Assalamualaikum
 semua wahai hamba Allah s.w.t. yang sedang membaca berita bermanfaat 
ini menerusi alam maya.Salam peringatan dari saya kepada semua sahabat 
dunia dan akhirat.
Hari
 ini saya akan dedahkan secara terbuka kepada semua pembaca mengenai 
Tasik Galilee,sebuah tasik yang dikelilingi darat sedang pun mengering 
dengan derasnya ketika ini.Nama lain bagi tasik ini ialah:
- Lake of Gennesaret
- Lake Kinneret
- Sea of Tiberias
Ada
 satu hadis sahih yang saya sengaja tidak tunjukkan di sini,hadis itu 
memberitahu saya dan anda semua,bahawa apabila keringnya tasik ini maka 
tunggulah kamu akan turunnya Al-Masih Isa, itulah saatnya dan 
perhatikanlah tasik ini sebagai antara sempadan begitu hampirnya 
tanda-tanda besar.Carilah hadis sahih ini sampai dapat,dan bila anda 
tahu dan menjumpai hadis ini,pada ketika anda tahu itu,anda pasti dalam 
ketakutan yang amat sangat.Apa yang menjadi kerisauan saya sekarang 
ialah tasik ini sudah pun kering dengan derasnya setiap hari turun 
beberapa milimeter sejak tahun 2000 masihi lagi dan 10 tahun telah pun 
berlalu...
Saudara
 serumpunku,anda semua harus beringat,bila tasik ini kering,maka itulah 
saat di mana Nabi Isa akan turun ke planet bumi untuk membantu Imam 
Mahadi,memburu dajjal ke seluruh pelusuk bumi.
Saya
 ingatkan lagi,hadis ini amatlah sahih,sedangkan tiada satu pun ulamak 
di Tanah Melayu berani membongkar hadis sahih ini,dengan kata 
lain,mereka tahu tapi mereka kurang keberanian kerana hakikat itu jelas,Tasik Galilee sedang kering dengan lajunya,dan mengikut kajian sains,tasik ini akan kering dalam tempoh masa 50 tahun sahaja dan menemui dasar permukaan bawahnya,dan ketika itulah Nabi Isa turun.
dan
 anda semua perlu faham,sebelum Nabi Isa turun dalam tempoh 50 tahun 
akan datang (plus-minus), sudah pastilah proses-proses untuk menjadi asbab perlunya baginda turun,asbab itu mestilah terjadi, Ini bermakna wahai saudaraku sekalian,proses ini "sepatutnya" sudah berlaku:
- tasik galilee sedang mengering dengan derasnya setiap hari...
- ini bermakna sistem dajjal akan mencapai kemuncaknya (yang membolehkan dajjal muncul dengan sempurna)
-
 bila dajjal akan keluar itu kita tak pasti, namun semua tanda kecil 
& fitnah yang membolehkan dia keluar itu sudah pun wujud di 
sekeliling kita,benarkan???
-
 anda kena faham, banyak hadis sahih mengatakan pemuda dari timur yang 
dilantik menjadi Imam Mahadi adalah dalam sekitar umurnya mencecah 40 
tahun....
-
 dan ini bermakna saya amat yakin, bahawa Imam Mahadi dari timur itu 
sudah pun berada di kalangan kita,samada baginda di saat ini baru 
dilahirkan? atau masih kanak-kanak ? atau sedang belajar di sekolah 
menengah, atau pun sedang dalam alam remaja, kita tak pasti...
-Ingatlah,
 saya menyampaikan mesej ini di dalam alam maya tidak lain tidak bukan, 
ingin mengajak anda semua melangsaikan hutang secepat mungkin sebelum 
nibiru melintasi orbit kita, kerana atas sebab lintasan itulah, maka 
gerhana matahari & gerhana bulan akan berlaku serentak, 
dan
 kamu wahai orang muslim, tentu di saat itu sedar, bahawa di masa 2-3 
tahun lepas, ada manusia pernah memberitahu anda tentang hal ini, namun 
anda mungkin terlambat dan mengabaikannya di saat itu...
-dan
 kerana itulah saya hadir untuk menyedarkan ramai 
saudara-saudaraku,rakan-rakan,semua hamba Allah dan ramai dari mereka 
sebelum saat itu tiba,menjelma tanpa kita duga...
Ingatlah saudara-saudara ku...
 Mereka bertiga akan muncul selang silih berganti sahaja,dan mereka 
bertiga berkongsi gelaran yang sama,mereka bertiga adalah manusia 
belaka,Dua daripada mereka mendapat rahmat berupa umur yang 
panjang,sedangkan satu daripada mereka bertiga berumur pendek tetapi 
dapat memimpin dunia.
Ketahuilah mereka bertiga ialah:
- Al Masih Imam Mahadi
- Al Masih Dajjal
- Al Masih Isa
Ingatlah kawan-kawan...
 sekiranya umur anda adalah sekitar 20-an 30-an (pada hari ini), 
percayalah,dalam tempoh 50 tahun ini sahaja,semua tanda-tanda untuk 
munculnya tanda-tanda besar, pasti 100% muncul di zaman anda,samada anda
 ditakdirkan untuk mati sebelum peristiwa itu muncul, atau anak-anak 
anda yang bakal berhadapan dengan ujian itu.Ketahuilah,Tasik Galilee
 sudah pun mulai mengering sejak tahun 2000 masihi lagi,dan proses 
pengeringan ini amat dahsyat sehingga yahudi di Israel meminta bantuan 
dunia untuk menaikkan kembali aras Tasik Galilee ini dan 10 tahun sudah 
pun berlalu,ada baki lagi 40 tahun (plus-minus) sebelum turunnya Nabi 
Isa ke planet bumi,dan anda harus ingat!!!
Sekali
 lagi saya ingatkan anda,bila Nibiru melalui nanti (diteorikan),2 
gerhana planet akan berlaku (diselidiki),iaitu bulan dan matahari (dari 
pandangan mata di permukaan bumi),dan teori 2 gerhana pada tahun 80-an 
"akan bergabung" teori gerhana tahun 2012,dan sekiranya teori ini 
benar-benar berlaku, maka sahlah dan lengkaplah semua tanda-tanda 
kecil,dan kehadiran tanda-tanda besar pasti berlaku tanpa anda jangka.
Planet
 Nibiru(Planet-X) adalah planet yang dimaksudkan oleh Rasulullah ﷺ 
sebagai dua gerhana berlaku serentak yang memancarkan cahaya merah ke 
bumi.Planet Nibiru ini tidak menghentam bumi tetapi tarikan gravitinya 
yang sangat kuat akan menjahanamkan semua PANCARAN API yang terdapat 
pada bumi. TANDA-TANDA BESAR KIAMAT?OBJEK MERAH KELIHATAN DI 
LANGIT.Planet ini hanya akan lalu di antara bumi dan matahari dimana 
kecerahannya berwarna kemerah-merahan seakan-akan anak matahari. 
Sekiranya kehadiran planet besar ini melintas di antara orbit bumi &
 matahari,gelombang-gelombang pancaran akan keluar,dan menjahanamkan 
semua sistem-sistem dunia yang menggunakan elektronik atau pancaran api.
 Ini bermakna,apa sahaja jentera langit dan bumi,asalkan yang mempunyai 
saluran elektrik,akan dengan sendirinya tidak berfungsi,satelit, jet 
pejuang, kapal laut enjin fuel system, kereta api, motorsikal, kereta 
kebal, laptop,tenaga elektrik, handphone, playstation tidak akan 
berfungsi lagi,dan anda akan kembali ke zaman sebelum tibanya 
elektrik.Itu pun sekiranya anda masih hidup hasil dari peristiwa ini, 
kerana dianggarkan 2/3 penduduk bumi akan lenyap pada 2012 hasil dari 
tindak balas berbahaya antara bumi dan Planet-X.
Benarlah
 kata-kata RASULULLAH s.a.w bahawa satu hari nanti bumi akan hancur dan 
satu zaman dipanggil back to ancient berlaku di mana segala teknologi 
pupus dan manusia akan kembali seperti zaman purba, berperang dengan 
pedang cara kuno,menunggang kuda sebagai satu medium 
pengangkutan...bersedialah kita umat islam...ALLAHHUAKBAR......
KAJIAN SAINS:
 Setelah saya membuat kajian,sekiranya kehadiran planet besar ini dan 
melintas di antara orbit bumi & matahari,gelombang-gelombang 
pancaran akan keluar,dan menjahanamkan semua sistem-sistem dunia yang 
menggunakan elektronik atau pancaran api.Anda akan kembali ke zaman 
sebelum tibanya elektrik. Ini pesanan saya lagi...
Tiada satu hadis pun menerangkan yang manusia akhir zaman berperang dengan alat-alat yang selain pernah nabi sendiri gunakan
Sekiranya
 kajian saya di atas berpandukan hadis,maka sudah tentulah bahawa apa 
sahaja teknologi moden hari ini,persenjataan tercanggih,akan menjadi 
tidak aktif dan hancur dari dunia ini... Maka hidup anda selepas 
peristiwa besar ini berlaku,adalah satu kehidupan di mana anda bakal 
hidup di zaman sebelum hadirnya elektrik,manusia akan kembali kepada 
fitrah semula,dan mana-mana manusia yang tinggal di bandar,adalah 
manusia yang paling rugi di kala itu kerana bandar yang duduki itu 
sedang tenggelam,kerana itulah kita kena bina perkampungan Muslim 
seperti banyak yang ada di Tanah Melayu...
Saya berpesan kepada anda sekali lagi,gunakan duit anda untuk:
-melangsaikan hutang dunia
-membeli tanah di kawasan pedalaman
-menguasai sungai-sungai dan pinggiran gunung
-membeli kuda seorang dua ekor
-mengasah pedang dan mencanai keris
-menguasai kembali teknik MEMANAH
-dan kembali mengajar anak-anak anda semua berenang
Ketahuilah, kita ada tak sampai 40 tahun sahaja lagi sebelum Tasik Galilee
 kering sepenuhnya, kita ada hanya purata 40 tahun sahaja lagi sebelum 
turunnya Nabi Isa ke planet Bumi ini, dan anda kena faham lagi 
sekali,sebelum Nabi Isa itu turun, sudah pastilah Imam Mahdi itu sudah 
pun ada di keliling kita, dan sudah pastilah peperangan besar pasti 
terjadi,dan sudah semestinya lah akibat perang itu, dengan sebab sistem 
yang lengkap di sekeliling kita menyebabkan Dajjal itu pasti juga akan 
keluar, ya kawan-kawan... dajjal akan muncul dulu sebelum turunnya Nabi 
Isa,dan Imam Mahdi akan muncul dulu sebelum Dajjal keluar dari 
Khurasan,sekali lagi saya ingatkan,anda hanya ada 40 tahun lebih sahaja 
sebelum 1 tanda besar pertama keluar,bila satu tanda besar 
keluar,perhatikan sekeliling anda,semua tanda-tanda kecil sudah lengkap 
kan?bila satu tanda besar keluar,akan datang tanda-tanda besar 
seterusnya tanpa ragu-ragu...
Dan ingatlah wahai Muslimin,doa
 Nabi Ibrahim makbul sehingga akhir zaman,dari susurgalur bagindalah 
berakhirnya Rasul terakhir Nabi Muhammad,dari susurgalur Nabi Muhammad 
lah, akan munculnya pemuda bernama Muhammad Bin Abdullah (di zaman kita 
"mungkin"), yang mana dia sendiri tak tahu dia adalah bakal Imam 
Mahdi,percayalah bahawa di dalam darahnya ada kombinasi DNA Nabi Ibrahim & DNANabi
 Muhammad,kerana mereka berdua dari keturunan yang sama, sedangkan 
Mahadi adalah waris dari keturunan yang tak pernah meninggalkan 
Solat,carilah balik doa Nabi Ibrahim itu, (ada dalam Al-quran) dan 
kerana itulah,Solat 5 Waktu di tahiyat akhir,kita akan selalu bacakan 
nama 2 Nabi itu.
Pesanan Terakhir,langsaikan
 hutang secepat mungkin,tinggalkan bandar kalau anda sudah ada tanah 
baru di pedalaman,kumpulkan kain-kain yang tahan lama,ternak dan gembala
 kambing,ajar anak-anak menunggang kuda,simpan cermin mata anda sebaik 
mungkin,banyakkan mencetak sebelum tibanya hari tiada elektrik,banyakkan
 menulis dan berpesan pada jiran sebelah,latihkan anak-anak Melayu kita 
dengan kemahiran memanah,banyakkan berenang di waktu petang,minta maaf 
pada saudara-saudara terdekat dan saudara-saudara jauh,kita kena cepat 
minta maaf (kerana apa pun boleh jadi bila Dajjal menguasai hari ini)
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan