Selalukah anda berfikir,bahawa dunia kita dijadikan Allah penuh dengan air?
Selalukah anda berfikir, Allah jadikan bumi kita ini dikelilingi oleh air?
Pernahkah anda berfikir, Allah jadikan hidup kita ini dikelilingi oleh air?
Allah  jadikan air itu wujud dalam berbagai-bagai wadah yang diberikan nama  yang berbeza-beza oleh manusia, seperti kolam, paya, tasik, sungai, laut  dan lautan.
Air  itu ada berbagai-bagai keadaan, berbagai-bagai bentuk, rasa dan rupa,  ada ada air yang tawar, payar dan ada yang masin; ada pula berbentuk  cair, pekat dan keras.
Semua  hidup-hidupan, tumbuh-tumbuhan, haiwan dan manusia memerlukan air untuk  hidup. Tanpa air tak mungkin mereka boleh hidup. Malah Allah jadikan  sebahagian besar daripada badan manusia mengandungi air.
Air yang keras itu kita namakan dia air batu atau ais. Rasanya sejuk dingin.
Air  batu itu ada dua jenis, iaitu air batu buatan manusia, diproses  menerusi peti-peti sejuk atau kilang-kilang air batu untuk diminum atau  digunakan untuk menyimpan makanan-makanan seperti ikan dan daging supaya  tahan lebih lama.
Ada  sumber memberitahu ada ikan-ikan yang diimpot dari luar negara  menggunakan ais yang telah dicampurkan dengan sejenis bahan pencuci yang  boleh menjadikan ikan itu sentiasa keras walaupun telah diasingkan dari  ais.
Sejenis  air batu lagi, ialah air batu asli yang terjadi kerana berlakunya  proses tertentu dalam alam ciptaan Allah ini yang menyebabkan berlakunya  kesejukan cuaca dan mempengaruhi air menjadi beku.
Air  batu ini hanya terdapat di kawasan yang sejuk, seperti di Khutub Utara,  [North Pole] dan di Khutub Selatan [South Pole] dan di tempat-tempat  yang tinggi, seperti di puncak-puncak gunung, seumpama Gunung Himalaya.
Kawasan  Antatrika, Khutub Utara, seluas 13,900,000 km persegi [5,366,818 batu  persegi], adalah kawasan yang paling sejuk di dunia. Oleh sebab  keadaannya penuh dengan kepayahan menyebabkan tidak ada penduduk tetap  di situ, kecuali ahli-ahli sains yang berkunjung untuk membuat kajian di  pusat-pusat kajian mereka. 
Walaupun  di dalam buminya banyak mengandungi minyak dan galian-galian, tapi  perlombongan di kawasan itu diharamkan oleh Perjanjian  Antatrika.
Kebanyakan  muka bumi Antartika diliputi oleh kepingan air batu yang besar dan  tebal, iaitu sampai setebal 2km [1.2 batu]. Di kawasan Khutub Utara  terdapat sungai-sungai beku yang dipanggil sungai ais atau sungai air  batu, glacier dan tongkol-tongkol air batu besar yang dinamanakan gunung air batu, aisberg, iceberg.
Di  Antartika terdapat seketul air batu terapung yang terbesar di dunia,  yang dikenali dengan nama Ross Ice Shelf, 545,630 km persegi, iaitu sama  besar dengan negara Perancis. Ada bahagian tertentu di atasnya mencapai  ketinggian 60 meter [197 kaki].
Air-air  batu di khutub-khutub ini amat banyak, dan sedikit sebanyak dapat  mempengaruhi cuaca dunia, dalam menentukan sejuk panasnya cuaca dunia  itu.
Ada  pula tongkol-tongkol ais itu menggelosor dari tempat-tempat yang tinggi  masuk ke dalam laut dan hanyut dibawa arus. Sebahagian daripada  tonggkol itu timbul dan di permukaan air dan dapat dilihat, dan  sebahagian lagi pula terus tenggelam di dalam air.
Bongkah-bongkah  ais ini, terutama yang terbenam dalam air amat merbahaya kepada  kapal-kapal yang lalu lalang, kerana tidak dapat dilihat dari atas air.
Kapal RMS Titanic  yang begitu termasyur kerana pecah dan tenggelam pada tahun 1912  akibat melannggar  tonggkol  ais. Akibatnya seramai 1528 orang daripada 2,228 penumpang telah  terkorban ditelan laut. Pada masa itu masih belum ada alat lgi untuk  mengesan kewujudan gunung air batu dalam laut untuk mencegah pelanggaran  yang boleh menelan korban seperti yang berlaku pada RMS Titanic itu.
Beberapa  tahun selepas itu barulah alat-alat untuk mengesan tonggkol-tonggkol  ais dalam air itu telah direka untuk kengunaan kapal-kapal, di samping  itu pertubuhan-pertubuhan juga telah dibentuk untuk tujuan tersebut,  antaranya The International Ice Patrol yang telah ditubuhkan pada tahun  1914.
Jika Ais Cair
Kita  tentu pernah melihat air batu di dalam gelas yang mengandungi air  menjadi cair, bercampur dengan air yang sedia ada, kadang-kadng kerana  terlalu banyak, airnya melimpah keluar gelas, membasahkan lantai atau  meja.
Itu  pandangan biasa, kerana ramai dari kita masih suka meminum air batu,  walaupun doktor-doktor dan pakar-pakar perubatan menasihatkan kita  supaya tidak minum air batu kerana boleh memberi kesan yang negatif  kepada jasmani kita.
Saya terkenangkan sebuah kisah lucu yang pernah berlaku ke atas kami.  Pada  suatu hari, saya dan isteri, Asiah Yaacob [semoga Allah cucuri rahmat  ke atasnya] sedang menikmati roti canai di sebuah warung di Chow Kit,  Kuala Lumpur. Minumannya saya minta segelas sir sirap suam, tapi yang  dibawa ialah segelas sirap sejuk mengandungi kiub-kiub air batu,  sementara isteri saya, seperti biasa meminta secawan kopi o.
Ketika  kami asyik menikmati roti canai itu, tiba-tiba di hadapan meja kami  melintas seorang wanita India yang memakai sari merah berbunga. Di  celah-celah meja di tengah bangunan yang menampung beberapa buah warung  itu boleh dilalui untuk menuju ke jalan besar, Jalan, Batu Road, kalau  tak silap saya. Di meja sebelah sana di hadapan saya, ada sebuah kipas  sedang berpusing dengan ligatnya. Bila wanita India itu melintasinya  hujung sari yang dipakainya itu berterbangangan dan ekor sarinya telah  telah singgah ke dalam gelas sirap saya tanpa disedarinya.
Kami  hanya memerahatinya dengan senyum, dan tidak pula memberitahu empunya  warung, kerana saya memang tidak minum air batu. Saya biarkan sahaja air  sirap itu di situ, sebaliknya menuang segelas air kosong yang memang  tersedia di atas meja untuk minum selepas habis makan roti canai.
Apa Akan Berlaku?
Tapi  pernahkah terlintas dalam benak anda, apakah akan berlaku andainya  Allah cairkan semua air batu yang terdapat di Khutub Utara itu?

Tahukah  anda menurut andaian sains di seluruh dunia ini terdapat kira-kira  sepanjang 9 juta batu kiub ais, dan sebahagian besar daripadanya  terletak di kawasan Khutub Utara atau Antartika [Antarctic].
Bila  9 juta kiub ais itu dengan izin Allah bertukar menjadi air, ia menjadi  sebanyak 8 juta batu kiub air. Perkara ini berlaku kerana air biasa itu  keadaannya lebih tumpat [dense] daripada air batu.
Andainya dikehendaki Allah, jika  semua  ais-ais yang terdapat di dunia itu, terutama di Antartika cair menjadi  air, nescaya ia mampu mengubah keadaan permukaan bumi ini, di mana  sebahagian daripada permukaan bumi ini ditenggelaminya dan bertukar  menjadi lautan.
Seluruh  permukaan lautan yang ada di dunia hari ini adalah seluas 140 juta batu  persegi. Jika seluruh air laut itu tetap mantap dan tidak berubah  kandungannya, dan jika air batu yang cair itu bertebaran merata-rata ia  akan menjadikan air laut itu setebal 8/140 atau 0.057 batu.
Ini bererti air-air batu yang cair itu akan bertebran menjadi setebal  300 kaki.
Oleh  sebab air laut tidak pernah berada dalam keadaan yang stabil, tapi  sentiasa berubah-ubah, pasang dan surut, maka ketika air laut itu  pasang, ia akan mengalir masuk  bersama-sama air batu yang telah cair  itu ke kawasan seluas beribu-ribu kilometer persegi di kawasan-kawasan lembah di psisir pantai di seluruh dunia.
Air batu cair yang keadaannya berat itu boleh menyebabkan dasar laut menjadi bertambah dalam.
Namun  begitu air tersebut akan meninggikan lagi paras permukaan air laut  setinggi 200 kaki, cukup mencapai tingkat 20 bangunan Empayar State  Building.
Jika  ini berlaku, ia akan melemaskan sebahagian daripada penduduk dunia yang  tinggal di kawasan rendah dan juga padat dengan penduduk.
Jika  air Batu itu benar-benar cair ia akan menenggelamkan berjujta-juta batu  persegi daratan yang ada sekarang, justeru itu ia tidak lagi boleh  dihuni oleh hidup-hidupan darat sebagaimana hari ini, kecuali  hidup-hidupan air seperti ikan-ikan.
Hari  ini banjir berlaku kerana air, khususnya air hujan yang turun tidak  dapat mengalir deras dan air sungai pula sebak lalu melimpah ke daratan  menyebabkan berlaku banjir. Tapi kemudiannya ia akan surut, dan bumi  akan muncul semula.
Namun  begitu, setiap kali berlaku banjir besar, begitu banyak harta benda  menjadi musnah, dan juga jiwa manusia yang terkorban ditelan air banjir.
Tapi  bila banjir berlaku, kerana air batu cair, ia tidak akan surut seperti  itu, malah ia akan menambahkan bilangan air yang telah ada di dunia ini.  Akibatnya kawasan daratan akan menjadi berkurangan atau sempit, kerana  sebahagian daripadanya telah ditenggelami oleh air untuk menjadi paya,  sungai atau lautan dan sebagainya.
Dengan itu iklim dunia akan menjadi lebih stabil, akibatnya  keluasan padang pasir dunia akan menjadi berkurangan.
Justeru  itu juga sebahagian besar dripada daratan yang masih tinggal itu boleh  di huni oleh manusia dan juga hidup-hidupan yang lain.
Walau  bagaiaman pun keadaan isi padu lautan dunia tidak banyak yang berubah,  iaitu 6 atau 7 peratus sahaja paling banyak, maka dengan itu  hidup-hidupan laut tidak banyak yang terganggu.
Dunia Akan Terbalik
Bila  semua air batu di Khutub Utara itu cair menjadi air dan mengalir ke  tempat-tempat lembah ke arah selatan, menyebabkan kawasan tersebut  menjadi kosong dan ringan.
Justeru  itu satu perkara mungkin berlaku, iaitu dunia akan terbalik, bahagian  utara terletak di selatan dan bahagian selatan pula akan terletak di  utara, demikian juga sebelah timur akan bertukar kedudukan mejadi  sebelah barat dan sebelat barat akan menjadi sebelah timur.
Bila  keadaan ini benar-benar berlaku, apa akan terjadi? Ada ahli-ahli sains  meramalkan kejadian itu mungkin boleh menjadi salah satu faktor yang  menyebabkan seluruh dunia menjadi musnah dan berlakulah kiamat.
Sedang  kiamat adalah suatu peristiwa yang pasti akan berlaku yang menandakan  kehidupan di dunia akan berakhir sebagai persediaan untuk menghadapi  dunia baharu yang kekal dan abadi, Akhirat.
Allah berfirman:“Dan  [pada masa itu] langit dipecah-belahkan sehingga tiap-tiap belahannya  menjadi ibarat pintu yang terbuka luas, dan gunung-ganang-setelah  dihancurkan menjadi debu-diterbangkan ke angkasa, lalu menjadilah ia  bayangan semata-mata seperti riak sinaran di padang pasir”.  An-Naba’:19-20


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan