PENDANG : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengisytiharkan masyarakat Siam di negara ini akan mempunyai hak sama rata seperti kaum Bumiputera yang mendapat pelbagai hak keistimewaan.
Keputusan itu dibuat setelah mengambilkira kesetiaan masyarakat Siam kepada kerajaan dan negara sejak sekian lama.
"Saya
  hari ini bukan untuk mengulangi apa yang dizahirkan secara terbuka 
oleh  Perdana Menteri yang pertama, beliau  telah menzahirkan orang Siam
 
di negara ini sebagai status Bumiputera. 
Maka
  hari ini, kerajaan kita dan saya sebagai Perdana Menteri  
mengisytiharkan komitmen kita kepada hakikat bahawa orang Siam adalah  
status Bumiputera. Dan bererti bahawa Amanah Saham  Bumiputera, 
kemasukan ke UiTM, pinjaman MARA dan lain-lain lagi yang  berhak untuk 
kaum Bumiputera, orang Siam pun berhak menerimanya," ujar beliau.
Najib turut memberi jaminan perkara itu dapat diterima dan dilaksanakan sebaiknya. 
Beliau
  berkata demikian kira-kira 10,000 hadirin di Karnival  Kasih Yang Amat
  Berhormat Perdana Menteri di Wat Nanai, Kampung Tok Set, dekat sini,  
petang tadi.
Najib dalam pada itu melahirkan  
kebanggaannya terhadap masyarakat Siam yang begitu komited memberikan  
sokongan kepada kerajaan ketika tsunami politik 2008.
Mengambilkira
  taat setia yang tidak berbelah bahagi, Perdana Menteri telah  
menyampaikan sumbangan kepada 48 wat Siam negeri ini dimana setiap satu 
 wat menerima sumbangan berjumlah RM9,000.
" Kerajaan kita bersikap inklusif. Bila kita bagi bantuan, kita beri secara adil dan saksama,"kata Najib lagi.  
Najib
  dalam ucapannya turut menyindir pentadbiran Pakatan Rakyat yang  
disifatkan beliau "parti yang banyak masalah"  sehingga gagal mengotakan
   janji kepada rakyat.
"Kita tidak boleh  
memberi sokongan kepada parti yang banyak masalah. Parti yang  
bertentangan ideologi, ada yang kata ini, ada yang kata itu, ada yang  
sokong Israel, ada yang ada masalah peribadi. Macam-macam. Kita tidak  
boleh pakai parti yang banyak masalah. Kita perlu sokong  kerajaan 
pimpinan Barisan Nasional.   

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan