Situasi
 yang mungkin adalah Sabah dan Sarawak yang berpotensi untuk 
meninggalkan Persekutuan Malaysia dalam lima hingga lima belas tahun 
lagi.
Tanda-tandanya
 sudah ada dan Putrajaya sedang berkerja keras untuk menunda dan 
mengelaknya. Ia dijangka berlaku kerana orang bukan Islam daripada 
keturunan Dusun termasuk Kadazan dan Murut dan komuniti Dayak juga tidak
 dibenarkan menjadi Ketua Menteri di negeri-negeri ini.
Putrajaya
 juga seakan-akan menutup mata kepada kebanjiran warga asing secara 
haram di kedua-dua negeri itu yang masuk untuk menjadi pengundi.
Dengan
 keluarnya Singapura, Malaya telah mengambil 15 kerusi dalam Parlimennya
 dan ia tidak diberi kepada Sabah dan Sarawak.Apa yang dipersetujui pada
 1963 adalah Malaya akan mempunyai kurang daripada 2/3 daripada kerusi 
dalam Parlimen demi memastikan wilayah lain dalam persekutuan – Sabah, 
Sarawak, Brunei akan mempunyai kuasa veto.Hari ini, Malaya mempunyai 
lebih daripada 2/3 daripada kerusi dalam Parlimen- 165 vs 57 termasuk 
Labuan berbanding Sabah dan Sarawak. 
Inilah
 sebabnya mengapa agak lemah alasan untuk Sabah dan Sarawak untuk terus 
berada dalam Persekutuan Malaysia.Semua ini juga akan menjadi lebih 
getir sekiranya debat mengenai royalti minyak untuk Sabah dan Sarawak 
dibuka semula.Perjanjian yang berat sebelah pada 1976 menyaksikan 
kerajaan Persekutuan dan Petronas , syarikat minyak negara memberi hanya
 5% daripada royalti minyak dan gas daripada telaga minyak untuk kawasan
 persisiran laut. Sedikit daripadanya sudah kering atau semakin 
mengering. 
Tiada
 pula yang diperolehi daripada telaga minyak yang berada di laut 
dalam.Disebabkan ini juga, Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun ini telah 
menjadi antara negeri termiskin di Malaysia.
Sekiranya
 dikaji balik kini, 5% royalti itu tetap tidak bermakna sekiranya telaga
 di laut dalam tidak termasuk dalam pengiraan.Sekiranya juga pengkajian 
semula royalti minyak dibuat, ia harus dilakukan mengambilkira dari 
tahun 1976 semasa penipuan itu berlaku. Kadar faedah juga harus dibayar 
begitu juga dengan 8% berkanun setahun serta dikompaun setiap tahun.
Apa
 yang diharapkan oleh Negara Sabah dan Sarawak sewaktu bersama Negara 
Singapura bergabung dengan Tanah Malaya adalah setiap Gabungan Negara 
yang membentuk "Malaysia" akan disamatarafkan dan juga perjanjian perlu 
dipatuhi .
Dokumen Perjalanan Terhad
Tujuan
Tujuan Dokumen ini dikeluarkan kepada warganegara Malaysia dari Semenanjung bagi tujuan perjalanan keluar/masuk dan tinggal sementara di Sabah dan Sarawak bagi tempoh melebihi 3 bulan.
Tempoh Sah laku
Lima (5) tahun dari tarikh dikeluarkan dan boleh dilanjutkan selama 5 tahun lagi. http://www.imi.gov.my/
Malaysia telah ditubuhkan atas nama "empat buah negara" (NEGARA) pada mulanya iaitu, Malaya (Tanah Melayu), Sabah (North Borneo), Sarawak dan Singapura. Namun atas sebab-sebab tertentu pada pertimbangan dan rasional Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sendiri sahaja yang tahu kerana ketika itu beliau berada di London pada tahun 1965.
Ketika itu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bercuti selama 53 hari bagi mendapatkan rawatan di London, beliau telah mengeluarkan Singapura dari gabungan Malaysia. Justeru, selepas Singapura dikeluarkan dari Malaysia, maka sah Malaysia hanya tinggal tiga buah negara sahaja lagi iaitu Malaya, Sabah dan Sarawak.Jadi tidak Mustahilah Jika anda dari Tanah Malaya ( semenangjung Malayasia ) yang ke Sarawak perlu menyimpan satu slip daripada imigresen (seolah - olah passport) .
Perjanjian Perkara 18/20 Sabah , Sarawak dan Tanah Malaya untuk 
Pembentukan Malaysia.
Dibawah adalah Petikan yang menarik daripada Malaysia Cronicle.
Bom jangkamasa Sabah dan Sarawak
Kerusi Singapura di ambil begitu juga dengan minyak
Situasi
 yang mungkin adalah Sabah dan Sarawak yang berpotensi untuk 
meninggalkan Persekutuan Malaysia dalam lima hingga lima belas tahun 
lagi.
Tanda-tandanya
 sudah ada dan Putrajaya sedang berkerja keras untuk menunda dan 
mengelaknya. Ia dijangka berlaku kerana orang bukan Islam daripada 
keturunan Dusun termasuk Kadazan dan Murut dan komuniti Dayak juga tidak
 dibenarkan menjadi Ketua Menteri di negeri-negeri ini.
Putrajaya
 juga seakan-akan menutup mata kepada kebanjiran warga asing secara 
haram di kedua-dua negeri itu yang masuk untuk menjadi pengundi.
Dengan
 keluarnya Singapura, Malaya telah mengambil 15 kerusi dalam Parlimennya
 dan ia tidak diberi kepada Sabah dan Sarawak.Apa yang dipersetujui pada
 1963 adalah Malaya akan mempunyai kurang daripada 2/3 daripada kerusi 
dalam Parlimen demi memastikan wilayah lain dalam persekutuan – Sabah, 
Sarawak, Brunei akan mempunyai kuasa veto.Hari ini, Malaya mempunyai 
lebih daripada 2/3 daripada kerusi dalam Parlimen- 165 vs 57 termasuk 
Labuan berbanding Sabah dan Sarawak. 
Inilah
 sebabnya mengapa agak lemah alasan untuk Sabah dan Sarawak untuk terus 
berada dalam Persekutuan Malaysia.Semua ini juga akan menjadi lebih 
getir sekiranya debat mengenai royalti minyak untuk Sabah dan Sarawak 
dibuka semula.Perjanjian yang berat sebelah pada 1976 menyaksikan 
kerajaan Persekutuan dan Petronas , syarikat minyak negara memberi hanya
 5% daripada royalti minyak dan gas daripada telaga minyak untuk kawasan
 persisiran laut. Sedikit daripadanya sudah kering atau semakin 
mengering. 
Tiada
 pula yang diperolehi daripada telaga minyak yang berada di laut 
dalam.Disebabkan ini juga, Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun ini telah 
menjadi antara negeri termiskin di Malaysia.
Sekiranya
 dikaji balik kini, 5% royalti itu tetap tidak bermakna sekiranya telaga
 di laut dalam tidak termasuk dalam pengiraan.Sekiranya juga pengkajian 
semula royalti minyak dibuat, ia harus dilakukan mengambilkira dari 
tahun 1976 semasa penipuan itu berlaku. Kadar faedah juga harus dibayar 
begitu juga dengan 8% berkanun setahun serta dikompaun setiap tahun.
Berapa lama mereka boleh senyapkan Sabah dan Sarawak
Ini
 adalah situasi di mana Kerajaan Persekutuan yang ditadbir UMNO tidak 
akan menerima walau sejuta tahun sekalipun kerana kekayaan itu telahpun 
ditelan mereka sejak 1976 lagi ataupun disimpan untuk kegunaan hari esok
 mereka dan generasi mereka.Malaysia akan menjadi bankrap sekiranya 
Sabah dan Sarawak menuntut hak mereka ke atas isu royalti minyak. Ia 
bukanlah bermaksud jalan buntu untuk mereka.
Contohnya
 adalah seperti Timor Leste, Acheh dan Sudan Selatan- isu yang 
berlarutan mengenai Darfur dan Kordofan Selatan- semuanya adalah 
mengenai minyak. Sejarah membuktikan bahawa undang-undang antarabangsa 
akan berpihak kepada Sabah dan Sarawak. Timor Leste dan Sudan Selatan 
menjadi bebas melalui campur tangan Majlis Keselamatan PBB sementara 
Acheh mendapat autonomi. 
Isu
 ini masih lagi dalam proses penyelesaian di Darfur dan Kordofan 
Selatan.Adalah tidak benar bahawa hanya negeri yang boleh membuat 
permohonan kepada Majlis Keselamatan PBB. Mana-mana parti juga boleh 
melakukannya seperti yang dibuat oleh parti pembangkang Syria yang 
sekarang dalam perbincangan di Majlis itu. 
Hanya
 masa yang menentukan bila Sabah dan Sarawak akan membawa isu royalti 
minyak mereka kepada Majlis Keselamatan PBB. Putrajaya tidak harus terus
 bergantung kepada Sabah dan Sarawak selamanya.
Sekarang anda faham mengapa Taib Mahmud dan Musa Aman sangat berkuasa.
Sebab
 hasil yang mungkin adalah Sabah dan Sarawak akan keluar daripada 
Malaysia. Hanya kebebasan daripada Malaysia yang akan membawa Sabah dan 
Sarawak kepada nasib sebenar mereka di komuniti antarabangsa.
Maka
 tidak hairanlah Ketua Menteri Sarawak seperti Taib Mahmud dan Sabah 
seperti Musa Aman telah dibiarkan untuk terus merompak negeri mereka 
walaupun banyak laporan dibuat dan juga beserta bukti rasuah termasuk 
mencuri tanah, pembalakan dan merogol wanita peribumi oleh pekerja 
syarikat-syarikat kroni mereka.
Tanpa
 mereka untuk mengawal kemaraan orang Sarawak dan Sabah, kedua-dua 
negeri itu berkemungkinan sudah lama keluar daripada Malaysia akibat 
dibuli UMNO. Petikan daripada Malaysia Chronicle.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan