Buku terbaru. Ada beberapa sebab mengapa aku menyukai novel Gerila oleh Lukman Iskandar, terbitan 
PTS Publications & Distributors Sdn Bhd. Sebab yang pertama dan 
utama ialah kerana ianya kategori genre thriller aksi tempur. Sebab 
kedua ialah kerana ianya mengisahkan perjuangan Angkatan Bersenjata 
Republik Islam Patani (ABRIP) melawan penjajahan Thailand dan teroris 
Parti Komunis Malaya (PKM).
 sebab mengapa aku menyukai novel Gerila oleh Lukman Iskandar, terbitan 

Buku ini merupakan antara beberapa buah fiksyen terbitan PTS yang 
menggunakan Bahasa Melayu Tinggi (BMT) yang diperjuangkan oleh 
penerbit.  Secara umum, narasi penulis umpama air deras. Namun ada 
ketikanya terhalang oleh ‘batu-batu besar di sepanjang aliran sungai’. 
Mengapa begitu? Ianya justeru kerana ada di beberapa halaman plot 
seakan-akan melompat secara tiba-tiba. 
Walaupun begitu, saya masih dapat merasai jerih sebuah perjuangan 
suci. Ada ketika saya terkedu dan terasa bening. Ya, memang saya dapat 
merasainya lewat bait-bait narasi penulis. Pedih, pilu, marah, geram dan
 terkesima.
Sinopsis novel….
Novel kontroversi ini ditulis ketika penulisnya, Allahyarham Lukman 
Iskandar, ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 
tahun 1992 hingga 1994. Penulis adalah bekas Setiausaha Agung Barisan 
Revolusi Nasional Melayu Patani. Walaupun fiksyen, novel Gerila ditulis 
berdasarkan pengalaman sebenar penulis. Ia berlatarbelakangkan konflik 
di Patani, sebuah negeri Melayu yang dijajah oleh Thailand sejak tahun 
1785. Kisahnya tentang Kapten Ruzaiman, seorang juruterbang jet pejuang 
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), yang diselamatkan oleh anggota 
gerila pembebasan Patani ketika pesawatnya terhempas di Selatan Thai. 
Selepas diselamatkan, Kapten Ruzaiman menyertai perjuangan gerila itu. 
Mereka berperang dengan tentera Thai, polis Thai dan PKM. Gerila penuh 
dengan aksi tempur, taktik peperangan sebenar, konflik emosi, dan 
konflik kuasa!
- – - – - – - PPPPPffttttt – - – - – - – -
Sehubungan itu, aku terus mencari-cari sumber rujukan berhubung 
perjuangan Masyarakat Melayu Muslim di Patani dan akhirnya melalui 
carian di laman web dan buku-buku aku menjumpai serba-sedikit berkaitan 
kisah perjuangan rakyat melayu muslim di selatan Thai. Sila baca ya! Ini
 aku dapati di laman “Revolusi Perjuangan” dan penulisan di bawah telah 
diedit sedikit untuk dimudahkan pembacaan umum.
 Tanggal 4 Januari merupakan memori bersejarah dalam sejarah 
perjuangan kemerdekaan umat islam Bangsa Melayu Patani, sejak Patani 
dijajah oleh kerajaan Siam (Thai) pada 1785 m dan menghapus sistem 
pemerintahan kerajaan Islam Melayu Patani pada 1902 m.
Pada awal pagi menjelang tanggal 4 Januari 2004 tembakan dari 
berbagai jenis senjata api meletus di Kem Batalion Askar Pileng 
Choh-erong wilayah Naratiwat, yang merupakan suatu proklamasi pencetusan
 revolusi bersenjata antara Pejuang Pembebasan Patani dengan rejim 
penjajah kerajaan Thai.
Peristiwa di Kem Batalion Askar Pileng tersebut mungkin pertama kali 
dialami oleh pasukan tentera Thailand sejak angkatan bersenjata itu 
dikemaskinikan pada 8 april 1959. Kerana peristiwa tersebut merupakan 
suatu kejutan yang mungkin tak pernah terlintas di hati para pembesar 
dan ahli strategi perang, juga para jeneral Thailand yang selalu 
memandang remeh dan kecil terhadap kekuatan pejuang pembebasan Patani. 
Peristiwa di Kem askar Pileng itu tidak hanya mencatat kerugian 413 
pucuk senjata askar Thai yang dirampas oleh pejuang Pembebasan Patani, 
terbunuhnya 4 orang askar Thai, dan termusnah beberapa lokasi strategik 
dalam Kem tersebut. Tetapi lebih dari itu yang dirasakan oleh para 
pembesar pemerintah dan askar Thai adalah telah mencalar muka dan 
merupakan suatu cabaran besar terhadap maruah, keangkuhan dan 
kesombungan kerajaan Thai selama kini yang memandang orang Melayu Patani
 sebagai manusia yang bodoh tak berpendidikan dan menghina pejuang 
Patani sebagai pejuang kampungan.
Tanggal 4 Januari 2011 genapnya tujuh tahun tercetusnya revolusi 
bersenjata di Patani. Tentu sekali, selama tujuh tahun itu masa tidak 
berjalan begitu saja, akibat dari perang itu memang yang paling terasa 
rugi dan sakitnya adalah kerajaan Thai itu sendiri yang salah menghitung
 dan menilai tentang kekuatan Pejuang Pembebasan Patani yang jauh lebih 
maju dan professional dari apa yang dianggap oleh penjajah Siam Thai. 
Memang sebelumnya mungkin para jenerral, ahli strategi dan kerajaan Thai
 sudah terasa cukup pengalaman dan ilmu perangnya untuk menghancur dan 
mengalahkan pejuang Patani, kerana sebelum ini pada awal tahun 90 an 
memang kerajaan dan para jeneral Thai telah mampu menyelesai dan 
menamatkan riwayat Parti Komunis Thai dan Parti Komunis Malaya di 
kawasan sempadan selatan.
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan