(Dan ingatlah peristiwa) tatkala Nabi Yusuf berkata kepada bapanya, “Wahai ayahku, sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan, aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku.” [Surah Yusuf : ayat 4] 

Al-Quran
 di dalam surah dua belas (Surah Yusuf) telah menceritakan perihal Nabi 
Allah Yusuf a.s yang bermimpi melihat 11 bintang, Matahari dan Bulan 
Tunduk kepada beliau. Peristiwa ini yang berlaku ribuan tahun lampau 
telah lama mempengaruhi kajian astronomi mengenai bilangan sebenar 
planet di dalam Sistem Suria. 11 bintang seperti yang dilihat Nabi Allah
 Yusuf a.s di dalam mimpinya itu, ditafsirkan oleh pengkaji astronomi 
moden sebagai mewakili 11 buah planet (tidak termasuk Bumi). 
Jadi, apakah benar bahawa terdapat 12 buah planet di dalam Sistem Suria (11+1) dan Bumi merupakan pusatnya? 
Terdapat
 segelintir saintis astronomi muslim yang menyatakan pendapat bahawa 
kesemua objek di angkasa, termasuklah Matahari sebenarnya bergerak 
mengelilingi bumi melalui orbit masing-masing. Namun pendapat ini kurang
 popular kerana khalayak umum lebih menerima pendapat bahawa Matahari 
merupakan pusat Sistem Suria, dan kesemua planet bergerak mengelilinginya. 
Para
 saintis bertungkus lumus cuba untuk mencari planet-planet di angkasa 
raya. Benarkah terdapat 12 planet seperti diberitakan di dalam Al-Quran?
 Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus, Neptune dan 
Pluto merupakan 9 planet yang telah lama diketahui umum. kesembilan 
planet-planet ini telah lama dijumpai. Kemudian, 2 lagi planet dijumpai 
iaitu planet X yang akhirnya dinamakan sebagai Nibiru pada tahun 1995 
dan planet 90377 yang kemudian diberi nama Sedna
 pada 14 November 2003. Kedua-dua planet Nibiru dan Sedna mempunyai 
orbit yang pelik berbanding 9 planet lain. Nibiru dan Sedna dikatakan 
bergerak sangat jauh merentasi Bima Sakti dan mengambil masa sehingga 
ribuan tahun untuk membuat satu pusingan orbit yang lengkap.
Jadi,
 sekarang terdapat 11 planet yang diketahui iaitu Utarid, Zuhrah, Bumi, 
Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus, Neptune, Pluto, Nibiru dan Sedna. 
Dimanakah planet yang kedua belas?? Para astronomers masih lagi 
mencarinya. Ada mengatakan Ceres merupakan planet yang kedua belas itu. 
Tapi pendapat itu menjadi tidak bernilai apabila Ceres akhirnya dapat 
dibuktikan hanyalah seketul batu angkasa sahaja. Ada lagi pendapat lain 
yang lebih menarik....
Para
 astronomers juga pada tahun 2004 di sebuah persidangan antarabangsa 
sepakat mengeluarkan Pluto daripada senarai planet. Pluto dikatakan 
hanyalah sebagai "dwarft object" kerana ciri-cirinya yang serupa dengan 
Ceres, dan Eris yang dijumpai kemudian yang jauh lebih besar daripada 
saiz Pluto. Jadi, persoalan kembali berbangkit....sekiranya Pluto 
bukanlah planet, bilangan planet yang disahkan di dalam Sistem Suria 
hanyalah 10 sahaja. Dimanakah lokasi 2 lagi planet yang lain??? [klik di sini]
Di dalam buku astronomi lama dari zaman Babylon dan Assyria Enuma Elish yang ditulis pada abad ke 7 ada dinyatakan bahawa alam semesta ini mengandungi 12 buah planet termasuklah Nibiru yang kontroversi itu. 2 planet lain yang dinamakan di dalam buku astronomi kuno itu ialah Apsu (disebut juga Abzu) dan Tiamat. Saintis masih cuba membuktikan perkara ini, dan pencarian kedua-dua planet ini masih giat dilakukan.
Ada
 juga saintis yang berteori bahawa planet yang bernama Tiamat itu telah 
pun lama musnah. Tiamat dikatakan terletak di antara planet Marikh dan 
Jupiter. Orbitnya dikatakan terganggu oleh lintasan sebuah objek lain 
yang besar dan mempunyai kekuatan medan magnet yang tinggi di dalam 
Sistem Suria kira-kira 65 juta tahun - 4 billion tahun yang lampau. 
Gangguan pada orbitnya telah menyebabkan Tiamat bertembung dengan salah 
satu daripada bulan planet terbabit lalu musnah. Sisa-sisa daripada 
Tiamat lalu membentuk asteroid belt
 dan Bulan Bumi. Objek yang telah menyebabkan kemusnahan Tiamat 
dikatakan adalah Nibiru, yang kini sedang menghampiri Sistem Solar untuk
 melengkapkan pusinganya yang mengambil masa selama 3600 tahun [atau ada
 juga yang mengatakan 3750 tahun]


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan