NABI MUHAMMAD SAW DALAM KITAB SUCI UGAMA BUDDHA
1. Buddha meramalkan kedatangan seorang “Maitreya”:
A. Hampir semua kitab agama Buddha mengandungi ramalan ini. Di dalam Chakkavatti Sinhnad Suttanta D. 111, 76:
“Akan lahir ke dunia ini seorang Buddha 
yang dikenali dengan nama Maitreya (baik dan murah hati). Maitreya ini 
ialah seorang yang suci, seorang yang tertinggi dalam kuasa, yang 
dikurniakan dengan kebijaksanaan, yang bertuah dan yang mengenali alam 
ini dan apa yang Maitreya ini dapat daripada alam ghaib beliau akan 
sebarkan risalah ini keseluruh alam. Maitreya ini akan dakwahkan agama 
beliau yang agung ini daripada awal hingga keakhir. Buddha berkata 
bahawa Maitreya ini akan memperkanalkan satu cara hidup yang sempurna 
dan suci sebagaimana aku (Buddha) memperkenalkan agama aku. Pengikut 
Maitreya ini lebih ramai daripada pengikut aku (Buddha)”. 
B. Di dalam buku ini (Sacred Books of the East jilid 35 muka surat 225
“Aku
 bukanlah satu-satunya Buddha sahaja. Selepas aku akan lahir seorang 
Buddha lagi yang dikenali dengan nama Maitreya. Dia akan memiliki banyak
 sifat-sifat yang mulia dan utama. Kalau anak murid aku beratus-ratus 
anak murid, Maitreya tersebut beribu-ribu.”
C. Satu Iagi ramalan tentang Maitreya (Kitab Agama Buddha oleh Carus muka surat 217 dan 218-dari negara Ceylon (Sri Lanka). “Ananda (anak murid Buddha) bertanya kepada Gautama Buddha, `Siapakah akan mengajar kita semua selepas kamu meninggalkan kami?‘
Gautama Buddha menjawab: 
“Saya
 bukanlah Buddha yang pertama atau yang akhir yang didatangkan ke dunia 
ini. Selepas aku seorang Buddha lagi akan dihantar ke dunia ini. Dialah 
seorang yang kudus atau suci, yang mempunyai kesedaran yang tinggi, yang
 dikurniakan dengan kebijaksanaan, mempunyai akhlak yang baik, yang 
mengenali alam ini, pemimpin manusia yang bijaksana, yang dikasihi oleh 
malaikat dan makhluk lain. Dia akan mengajar kepada kamu semua satu 
agama atau kebenaran yang kekal abadi serta yang terpuji. Agama yang 
diajar oleh Buddha ini akan menjadi satu cara hidup yang sempurna dan 
suci. Kalau anak murid aku beratus-ratus tetapi anak murid Buddha ini 
ialah beribu-ribu.” 
Ananda bertanya lagi, ‘Bagaimana kami hendak mengenali Buddha ini ?’
Jawab Gautama Buddha: “Dia akan dikenali dengan gelaran Maitreya.” 
>Perkataan `Maitreya’ di dalam bahasa
 Sanskrit atau “Metteyya” di dalam bahasa Pali bererti dia yang memiliki
 sifat kasih sayang, belas kasihan, baik atau murah hati. Ia juga 
membawa makna seseorang yang pemurah dan mesra. Satu perkataan Arab yang
 membawa erti segala sifat yang tersebut ialah ‘Rahmat’. Di dalam 
Al-Quran (Surah Al Anbiyaa, Surah 21 ayat 107)
“Dan tiadalah Kami (Allah) mengutus kamu (Muhammad),melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam.”
Nabi Muhammad (Salawatu Alai Wasalam) dipanggil dengan gelaran “dia yang bersifat kasih sayang atau rahmat atau ‘Maitreya’.
>Perkataan Belas Kasihan dan dia yang Bersifat Belas Kasihan disebut di dalam Al-Quran tidak kurang daripada 409 kali.
>Tiap-tiap Surah di dalam AI Quran bermula dengan
 perkataan yang amat indah sekali iaitu “Bismillah Hir-Rahman Nir-Rahim”
 yang bererti “Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang’.
Hanya Surah At Taubah (Surah 9) tidak bermula dengan perkataan Bismillah
>Perkataan Muhammad ada juga di eja “Mahamet” 
atau “Mahomet” atau ejaan yang lain dalam berbagai bahasa. Perkataan 
“Maho” di dalam bahasa Pali dan “Maha” di dalam bahasa Sanskrit bererti 
sangat baik atau besar atau sangat mulia dan masyhur dan perkataan 
“Metta” bererti belas kasihan. Maka perkataan “Mahamet” atau ”Mahomet” 
bererti Belas Kasihan Yang Amat Besar.
2. Ajaran agama Buddha untuk semua lapisan masyarakat:
Mengikut buku Sacred Books of the East, jilid 11, muka surat 36 Maha-Parinibbana Sutta Bab 2 Ayat 32:
Buddha pernah menyebut “Saya sudah menyampaikan keseluruhan agama 
saya yang benar kepada semua lapisan masyarakat. Wahai Ananda, (anak 
murid beliau) seorang Tathagata tidak menyimpan sesuatu kebenaran tetapi
 dia akan sebarkan atau mengajar keseluruhan agama itu.
Nabi Muhammad (Salawatu Alai Wasalam) diperintah oleh Allah Tuhan 
yang Maha Berkuasa untuk menyampaikan keseluruhan agama Islam kepada 
semua lapisan masyarakat tanpa menyimpan atau menyembunyikan sesuatu 
kebenaran. Hatta daripada zaman Nabi (Salawatu Alai Wasalam) hingga ke 
hari ini dan seterusnya Al-Quran dibaca dan di ajar secara terbuka. Nabi
 Muhammad (Salawatu Alai Wasalam) dengan tegas melarang sesuatu ajaran 
agama itu disembunyikan.
3. Anak Murid Dan Khadam Yang Setia Kepada Buddha:
Mengikut buku Sacred Books of the East, jilid 11 muka surat 97 Maha-Parinibbana Sutta Bab 5 Ayat 36:
“Di dalam satu syarahan Gautama Buddha memberi 
tahu kepada pengikut beliau, bahawasanya semua Buddha dahulu memiliki 
anak murid dan khadam yang amat setia kepada mereka. Anak murid dan 
khadam yang amat setia kepadaku sekarang ialah Ananda. Seterusnya Buddha
 yang akan datang pun akan ada anak murid dan khadam yang amat setia 
kepada mereka”.
Nabi Muhammad (Salawatu Alai Wasalam) pun memiliki seorang anak murid
 dan khadam yang amat setia. Beliau ialah Anas bin Malik (R.A) yang 
dihadiahkan oleh keluarga beliau kepada Nabi Muhammad (Salawatu Alai 
Wasalam) semasa Anas (R.A) berumur 8 tahun. Nabi Muhammad (Salawatu Alai
 Wasalam) amat mengasihi Anas dan mengangap Anas sebagai anak Baginda 
sendiri. Anas (R.A) sentiasa mendampingi Nabi (Salawatu Alai Wasalam) 
mahupun masa senang atau susah, masa perang, atau masa damai sampai Nabi
 Muhammad (Salawatu Alai Wasalam) wafat.
>Di dalam peperangan Uhud nyawa Nabi 
dalam keadaan bahaya dan Nabi hampir dibunuh.Walaupun begitu Anas tetap 
dengan Nabi.Umurnya di masa itu hanya 11 tahun sahaja.
>Dalam peperangan Hunain Nabi 
Muhammad (Salawatu Alai Wasalam) dikepong oleh musuh yang terdiri 
daripada pemanah dan nyawa Baginda (Salawatu Alai Wasalam) terancam 
tetapi Anas (R.A) walaupun berumur 16 tahun tetap bersama Nabi (Salawatu
 Alai Wasalam).
Peristiwa yang tersebut di atas membuktikan bahawa Anas (R.A) ialah 
seorang anak murid dan khadam yang benar-benar setia kepada Nabi 
Muhammad (Salawatu Alai Wasalam) sama seperti Ananda kepada Gautama 
Buddha. Di dalam satu peristiwa Buddha di serang oleh seekor gajah yang 
gila. Walaupun demikian Ananda tetap bersama Buddha.
4. Enam Kriteria Untuk Mengenali Buddha:
Mengikut Kitab Agama Buddha yang di tulis oleh Carus, muka surat 214:
“Buddha pernah berkata: “Terdapat dua peristiwa di mana rupa 
Tathagata (Buddha) akan jadi amat cerah. Peristiwa yang pertama ialah di
 waktu malam bila mana beliau sudah sampai ke tahap yang paling tinggi 
dari segi rohani (Nirvana). Peristiwa yang kedua ialah pada malam Buddha
 meninggal dunia yang fana ini (dia mati)”.
Mengikut Gautama Buddha ada enam kriteria untuk mengenali seorang Buddha:
>Seorang Buddha akan mencapai tahap yang paling tinggi dari segi rohani (Nirvana) di waktu malam.
>Di waktu dia mencapai Nirvana rupanya akan menjadi amat cerah.
>Seorang Buddha akan meninggal dunia atau mati dengan sebab yang biasa (natural death).
>Seorang Buddha akan meninggal dunia di waktu.malam. 
>Sebelum kematian rupanya akan menjadi amat cerah. 
>Selepas kewafatan,seorang Buddha tidak akan wujud atau ada di alam dunia ini lagi.
>>
 Nabi Muhammad (Salawatu Alai Wasalam) mencapai darjat yang paling 
tinggi di waktu malam bila mana Baginda (Salawatu Alai Wasalam) di 
lantik menjadi seorang Rasul.Daripada Al-Quran (Surah Dukhan – Surah 44 Ayat 2-3):“Demi
 Kitab (Al-Quran) yang menjelaskan, sesungguhnya Kami (Allah) 
menurunkannya pada suatu malam yang diberkati dan sesungguhnya Kami-lah 
yang memberi peringatan”. Mengikut satu lagi ayat daripada Al-Quran (Surah Al Qadr (Kemuliaan) Surah 97 Ayat 1).“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan”
>>Semasa
 Nabi Muhammad (Salawatu Alai Wasalam) di lantik menjadi seorang Rasul 
baginda merasa dirinya dan kefahamanya dipenuhi dengan cahaya rohani.
>>Nabi Muhammad (Salawatu Alai Wasalam) wafat atau meninggal dunia dengan sebab yang biasa (natural death).
>>Mengikut Siti Aisyah (R.A) Nabi Muhammad (Salawatu Alai Wasalam)
 wafat atau meninggal dunia di waktu malam. Malam kewafatan Nabi 
Muhammad (Salawatu Alai Wasalam) tidak ada minyak lampu di rumahnya. 
Hatta Siti Aisyah (R.A) terpaksa meminjam sedikit minyak untuk 
menyalakan lampu.
>>Mengikut
 Anas (R.A) (Anak murid dan khadam setia kepada Nabi) malam kewafatan 
Nabi Muhammad (Salawatu Alai Wasalam) rupa Nabi (Salawatu Alai Wasalam) 
amat cerah sekali.
>>Selepas pengkebumian Nabi Muhammad (Salawatu Alai Wasalam) (jasadnya) tidak dilihat lagi di alam dunia ini.
5. Semua Buddha adalah Pendakwah atau memberi Peringatan:
Mengikut Dhammapada (Sacred Books of East, jilid 10 muka surat 67) “Semua Jathagatas (Buddha) adalah Pendakwah atau memberi peringatan”.Dalam Al Quran Allah (SubhanAllah Wa Taala) menyebut tentang Nabi Muhammad (Salawatu Alai Wasalam).“Maka berilah peringatan, kerana sesungguhnya kamu hanyalah orang yang memberi peringatan. Kamu bukanlah orang yang berkuasa atas mereka” (Al-Quran, Surah Al-Ghaasyiyah, (Surah 88 Ayat 21-22).6. Ramalan Gautama Buddha Untuk Mengenali Seorang Maitreya:
Mengikut Dhammapada, Mattaya Sutta, 151: Maitreya yang di tunggu akan memiliki sifat-sifat yang terpuji seperti yang tersebut dibawah:>Perasaan belas kasihan untuk semua makhluk.> Seorang utusan keamanan dan seorang pendamai.
>Yang paling berjaya di alam ini. Maitreya sebagai pendakwah moral adalah: 
>>Seorang yang sentiasa bercakap benar
>>Yang berbudi bahasa.
>>Yang bersifat lemah lembut dan dari keturunan bangsawan.
>>Tidak sombong atau angkuh.
>>Sebagai raja atau pemimpin kepada makhluk.
>>Sebagai contoh ikutan (dalam amalan dan perkataan atau percakapan) untuk semua manusia.  
 
 
 
 
          
      
 
 
KETURUNAN SIAM MALAYSIA.
Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan