PENDANG : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengisytiharkan masyarakat Siam di negara ini akan mempunyai hak sama rata seperti kaum Bumiputera yang mendapat pelbagai hak keistimewaan.
Keputusan itu dibuat setelah mengambilkira kesetiaan masyarakat Siam kepada kerajaan dan negara sejak sekian lama.
"Saya
hari ini bukan untuk mengulangi apa yang dizahirkan secara terbuka
oleh Perdana Menteri yang pertama, beliau telah menzahirkan orang Siam
di negara ini sebagai status Bumiputera.
Maka
hari ini, kerajaan kita dan saya sebagai Perdana Menteri
mengisytiharkan komitmen kita kepada hakikat bahawa orang Siam adalah
status Bumiputera. Dan bererti bahawa Amanah Saham Bumiputera,
kemasukan ke UiTM, pinjaman MARA dan lain-lain lagi yang berhak untuk
kaum Bumiputera, orang Siam pun berhak menerimanya," ujar beliau.
Najib turut memberi jaminan perkara itu dapat diterima dan dilaksanakan sebaiknya.
Beliau
berkata demikian kira-kira 10,000 hadirin di Karnival Kasih Yang Amat
Berhormat Perdana Menteri di Wat Nanai, Kampung Tok Set, dekat sini,
petang tadi.
Najib dalam pada itu melahirkan
kebanggaannya terhadap masyarakat Siam yang begitu komited memberikan
sokongan kepada kerajaan ketika tsunami politik 2008.
Mengambilkira
taat setia yang tidak berbelah bahagi, Perdana Menteri telah
menyampaikan sumbangan kepada 48 wat Siam negeri ini dimana setiap satu
wat menerima sumbangan berjumlah RM9,000.
" Kerajaan kita bersikap inklusif. Bila kita bagi bantuan, kita beri secara adil dan saksama,"kata Najib lagi.
Najib
dalam ucapannya turut menyindir pentadbiran Pakatan Rakyat yang
disifatkan beliau "parti yang banyak masalah" sehingga gagal mengotakan
janji kepada rakyat.
"Kita tidak boleh
memberi sokongan kepada parti yang banyak masalah. Parti yang
bertentangan ideologi, ada yang kata ini, ada yang kata itu, ada yang
sokong Israel, ada yang ada masalah peribadi. Macam-macam. Kita tidak
boleh pakai parti yang banyak masalah. Kita perlu sokong kerajaan
pimpinan Barisan Nasional.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan