Kumpulan pemberontak disyaki membakar beberapa helai bendera Thailand
dan menaikkan bendera Malaysia di sini dalam satu operasi pengeboman
terancang yang amat jarang berlaku di kawasan selatan negara ini semalam
Menurut polis, alat seperti bom ditemui di sekurang-kurangnya 60
lokasi di Narathiwat dan Pattani, wilayah yang majoritinya terdiri
daripada penganut Islam. Kebanyakan alat itu adalah palsu, tetapi hampir
12 unit daripadanya meletup dan mencederakan enam orang tentera
Pegawai Operasi Keselamatan Dalaman Selatan, Pramote Promin memberitahu tindakan
memasang bendera Malaysia dengan bahan letupan itu bertujuan
menunjukkan penentangan terhadap kerajaan Thailand dan mencipta
ketegangan dengan Malaysia
Beliau meminta supaya kerajaan bertindak tegas sambil menyatakan
serangan tersebut tidak memberi kesan terhadap hubungan di antara
Bangkok dan Kuala Lumpur
Masih tidak jelas kenapa bendera Malaysia dinaikkan oleh
kumpulan pemberontak itu. Bendera tersebut dipasang di sepanjang jalan,
tiang elektrik, pokok dan laluan pejalan kaki di wilayah Yala, Pattani,
Narathiwat dan Songkhla
Para penganalisis menyatakan militan mahukan sebuah negara yang
merdeka, tetapi tidak pernah menunjukkan minat mahu menjadi sebahagian
daripada Malaysia
Penyelidik kanan Pemantau Hak Asasi Manusia yang berpangkalan di New
York, Sunai Phasuk mengakui bahawa motif pemberontak menaikkan bendera
Malaysia masih misteri
Kumpulan pemisah dikatakan mula muncul sejak Januari 2004. Sejak itu,
seramai 5,206 terbunuh dan 9,137 lagi cedera dalam banyak siri
serangan. – Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan