Isnin, 3 September 2012

PERJANJIAN DOKUMEN LAMA AKTA PERLEMBAGAAN DAN MALAYSIA (PINDAAN SINGAPURA 1965)




Akta Perlembagaan dan Malaysia (Pindaan Singapura ) , 1965

Akta Untuk Meminda Perlembagaan Malaysia dan Akta Malaysia (9 Hari Bulan Ogos 1965)

ADALAH DENGAN INI DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat dalam parlimen yang bersidang , dan dengan kuasanya , seperti berikut :

1.       Akta ini boleh dinamakan sebagai Akta Perlembagaan dan Malaysia (Pindaan Singapura), 1965

2.       Parlimen boleh ; melalui Akta ini , membenarkan Singapura meninggalkan Malaysia dan menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat dan negara yang berasingan dan bebas daripada Malaysia.

3.       Singapura hendaklah terhenti daripada menjadi sebuah negeri dalam Malaysia pada 9 hari bulan Ogos 1965 (kemudian dari ini dinamakan "Hari Singapura") dan hendaklah dari tarikh itu menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat dan negara yang berasingan dan bebas daripada Malaysia dan diiktiraf sedemikian oleh Kerajaan Malaysia ; dan dengan itu , Perlembagaan Malaysia dan Akta Malaysia hendaklah dari tarikh itu terhenti daripada berkuat kuasa di Singapura kecuali sepertimana yang diperuntukkan kemudian hari ini.







4.   Kerajaan Singapura hendaklah , pada dan selepas Hari Singapura , mengekalkan kuasa eksekutif dan perundangannya untuk membuat undang-undang yang berkaitan dengan perkara-perkara yang diperuntukkan dalam Perlembagaan.

5.   Kuasa eksekutif dan perundangan Parlimen Malaysia untuk membuat undang-undang bagi mana-mana satu negeri anggotanya yang berkaitan dengan apa-apa perkara yang disebut satu per satu dalam perlembagaan hendaklah , pada Hari Singapura , terhenti daripada meliputi Singapura dan hendaklah dipindahkan supaya ia terletak hak pada kerajaan Singapura.



6.   Yang di-Pertuan Agong hendaklah, pada Hari Singapura , terhenti daripada menjadi Ketua Negara Singapura dan kedaulatan serta bidang kuasa , dan kuasa serta wibawa,eksekutif ataupun selainnya yang berkaitan dengan Singapura, hendaklah dilepaskan dan terletak hak pada yang di-Pertuan Negara , iaitu Ketua Negara Singapura.   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan