PERJANJIAN DOKUMEN LAMA AKTA PERLEMBAGAAN DAN MALAYSIA (PINDAAN SINGAPURA 1965)
Akta Perlembagaan dan Malaysia (Pindaan Singapura ) , 1965
Akta Untuk Meminda Perlembagaan Malaysia dan Akta Malaysia (9 Hari Bulan Ogos 1965)
ADALAH DENGAN INI DIPERBUAT
UNDANG-UNDANG oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan
Rakyat dalam parlimen yang bersidang , dan dengan kuasanya , seperti
berikut :
1. Akta ini boleh dinamakan sebagai Akta Perlembagaan dan Malaysia (Pindaan Singapura), 1965
2. Parlimen boleh ;
melalui Akta ini , membenarkan Singapura meninggalkan Malaysia dan
menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat dan negara yang
berasingan dan bebas daripada Malaysia.
3. Singapura
hendaklah terhenti daripada menjadi sebuah negeri dalam Malaysia pada 9
hari bulan Ogos 1965 (kemudian dari ini dinamakan "Hari Singapura") dan
hendaklah dari tarikh itu menjadi sebuah negara yang merdeka dan
berdaulat dan negara yang berasingan dan bebas daripada Malaysia dan
diiktiraf sedemikian oleh Kerajaan Malaysia ; dan dengan itu ,
Perlembagaan Malaysia dan Akta Malaysia hendaklah dari tarikh itu
terhenti daripada berkuat kuasa di Singapura kecuali sepertimana yang
diperuntukkan kemudian hari ini. |
|
|
|
|
|
|
|
4. Kerajaan Singapura hendaklah , pada dan
selepas Hari Singapura , mengekalkan kuasa eksekutif dan perundangannya
untuk membuat undang-undang yang berkaitan dengan perkara-perkara yang
diperuntukkan dalam Perlembagaan.
5. Kuasa eksekutif dan perundangan Parlimen
Malaysia untuk membuat undang-undang bagi mana-mana satu negeri
anggotanya yang berkaitan dengan apa-apa perkara yang disebut satu per
satu dalam perlembagaan hendaklah , pada Hari Singapura , terhenti
daripada meliputi Singapura dan hendaklah dipindahkan supaya ia terletak
hak pada kerajaan Singapura.
6. Yang di-Pertuan Agong hendaklah, pada Hari
Singapura , terhenti daripada menjadi Ketua Negara Singapura dan
kedaulatan serta bidang kuasa , dan kuasa serta wibawa,eksekutif ataupun
selainnya yang berkaitan dengan Singapura, hendaklah dilepaskan dan
terletak hak pada yang di-Pertuan Negara , iaitu Ketua Negara
Singapura. |
|
KETURUNAN SIAM MALAYSIA.
Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan