SINGAPURA KELUAR DARI MALAYSIA
Lee
Kuan Yew sering mendakwa orang Melayu hanya berjumlah 39 % sementara
bukan Melayu 51 % dan melayakkan Lee Kuan Yew menjadi Perdana Menteri
Malaysia sebagaimana saranan Ramanathan. Lee Kuan Yewmempersoalkan orang
Melayu sebagai penduduk jati Malaysia, mereka sebenarnya adalah juga
pendatang sebagaimana Cina dan India. Contoh yang diberikan ialah Syed
Jaafar Albar, ahli politik Johor yang mempunyai darah campuran keturunan
Arab.
Lee
Kuan Yew menyalahkan Tunku dalam kegagalan konsep "Malaysian Malay".
Tunku dikatakan telah terpengaruh dengan ketuanan Melayu yang
diperjuangkan oleh beberapa pelampau Melayu dari 'ultra Malay' dan
'Young Turk'.
Sebaliknya,
Lee Kuan Yew mewar-warkan konsep "Malaysian Malay" dan mendapat
sambutan banyak parti di Semenanjung Malaysia, Sabah danSarawak, kecuali
MCA. Gagasan Lee Kuan Yew meliputi Singapura, Pulau Pinang, Melaka,
Sabah dan Sarawak.
Sebelum
1963, PAP hanya bertanding di Singapura sahaja dan Perikatan bertanding
di Semenanjung Malaysia sahaja. Tapi pada 1963, Tan Siew Sin mendesak
Perikatan bertanding di Singapura, namun UMNO kalah teruk. Tan Siew Sin
merupakan Presiden MCA dan Menteri Kewangan Malaysia ketika itu. Pada
1964, Lee Kuan Yew mengarahkan PAP bertanding dalam pilihan raya
kebangsaan di Semenanjung Malaysia bagi menentang MCA.
UMNO
mahu Perlembagaan Singapura diubah bagi menjamin masa depan orang
Melayu. Sedangkan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin Singapura yang ada
autoriti dalam pentadbiran negeri Singapura enggan berbuat demikian.
Sebaliknya Lee Kuan Yew berjanji akan memperbaiki kehidupan orang Melayu
melalui peluang pekerjaan, pendidikan dan skim perumahan.
Dalam
projek perumahan, perkampungan Melayu di Singapura telah dihapuskan.
Akibatnya, beberapa pergaduhan berlaku. Julai 1964, kira-kira 114
persatuan orang Melayu bertemu dengan Othman Wok iaitu Menteri Hal Ehwal
Sosial Singapura bagi membincangkan kepincangan orang Melayu Singapura.
Tatkala
itu, 12,000 orang Melayu mengadakan perarakan di jalan raya Singapura.
Akhirnya tercetus rusuhan kaum antara Melayu dengan Cina di Singapura .
Lebih 22 orang terbunuh, 200 cedera dan 1130 ditangkap. Bulan Ogos pula,
sekali lagi pergaduhan berlaku. 8 terbunuh dan 60 cedera.
Kejadian
ini meyakinkan Tunku bahawa dengan mengekalkan Singapura dalam Malaysia
bakal mengundang rusuhan perkauman yang lebih dashyat lagi.
Oleh
sebab inilah Tunku memisahkan Singapura & Malaysia kerana
pergolakan yang berlaku dan kerana itu jugalah, Lee Kuan Yew Pernah
menangis Di hadapan Puteri Elizaberth, atas kebijaksanaan Tunku, Lee
Kuan Yew Hampir sedikit lagi akan dapat Malaysia.
KETURUNAN SIAM MALAYSIA.
Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan