Cuba
anda pandang ke arah timur, sekitar jam 9 atau 10 malam. Anda akan
dapat melihat sebuah objek yang seperti sebiji bintang yang amat cerah,
berwarna kekuningan. Malah, objek ini jauh lebih menyinar berbanding
bintang-bintang yang ada disekitarnya, dan begitu senang untuk dilihat
walaupun anda berada di kawasan bandar yang teruk dilanda pencemaran
cahaya. Ini lah planet Marikh, dan sedar atau tidak, ia sedang bergerak
hampir dengan bumi pada akhir Oktober dan awal November 2005 ini!
Marikh akan berada di posisi istiqbal (opposition) pada 7 November nanti. Ini bermakna ia akan terbit di timur sebaik sahaja matahari terbenam di barat. Untuk hari-hari seterusnya, ia akan terbit beberapa lebih awal dari hari sebelumnya.
Gambarajah di sebelah menunjukkan kedudukan planet Marikh pada istiqbal tahun 2005 berbanding tahun 2003. Disebabkan orbit Marikh lebih elips berbanding bumi, akan ada ketikanya Marikh berada lebih hampir dengan Bumi dan ada ketika ia berada agak jauh, walaupun ketika itu ia berada di posisi istiqbal.
Saat ketika Marikh berada paling hampir dengan Bumi ialah pada malam 29 dan 30 Oktober ini, di mana ia akan melintasi Bumi pada jarak hanya 69.4 juta km sahaja! Namun begitu Marikh sudahpun bersinar indah beberapa minggu sebelum dan selepas dari tarikh tersebut. Maka, tidak timbul isu anda terlepas peluang untuk melihat planet ini kerana cuaca pada 29 atau 30 itu tidak bagus.
Jarak ini merupakan jarak terdekat Marikh berada hampir dengan Bumi, sejak lintasannya yang menakjubkan pada tahun 2003! Pada tahun tersebut, Marikh melintasi Bumi pada jarak hanya 55.8 juta km sahaja. Ini merupakan jarak paling hampir sejak 59,619 tahun. Namun begitu lintasa Marikh kali ini tetap istimewa kerana ia akan mencapai diameter sehingga 20.2 arc saat, cukup besar untuk memberikan kepada kita pandangan bentuk-bentuk mukabumi planet tersebut. Sebagai perbandingan pada tahun 2003, saiz diameternya mencecah 25.1 arc saat, manakala lintasan akan datang pada tahun 2007, saiz Marikh hanya akan mencecah 15.9 arc saat. Malah kita terpaksa tunggu sehingga tahun 2018 untuk melihat Marikh melintas sehampir sekarang!
Sepanjang beberapa minggu sebelum dan selepas tarikh 7 November ini, Marikh akan menyinar terang di antara kawasan buruj Taurus di bawahnya, Aries di kirinya dan Cetus di kanannya. Ia berada di kawasan yang tidak ada bintang-bintang cerah untuk menandingi sinaranya. Jika kita keluar melihatnya sekitar jam 11 malam, Marikh akan dilihat berada lebih kurang arah jam pukul 11 dari buruj Orion (yang ketika ini sedang kembali terbit di langit timur).
Dari tarikh 29 Oktober sehingga 9 November, Marikh akan bersinar pada magnitud -2.3 ! hampir 2 kali ganda lebih terang dari bintang Sirius (bintang paling cerah di langit).
Apa yang boleh dicerap?
Walaupun dengan statistik-statistik menarik di atas, planet Marikh sentiasa menjadi target yang agak mencabar apabila dicerap menerusi teleskop. Ini disebabkan saiz Marikh yang hanya separuh dari saiz Bumi. Jika kita mencerapnya pada kuasa pembesaran yang tinggi, Marikh tetap kelihatan seperti sebiji bebola merah yang cerah tapi kecil, dengan kehadiran beberapa tompok-tompok gelap di permukaannya dan mungkin berpeluang melihat tompok putih di satu hujung, menandakan kedudukan kutub selatannya.
Sebagai panduan, Marikh berputar sekali setiap 24 1/2 jam. Ini bermakna kita sudah boleh melihatnya berputar dalam masa sejam atau 2 jam sahaja.
Anda tidak akan dapat melihat sebarang bentuk permukaan Marikh dengan hanya menggunakan sebuah binokular. Anda perlu menggunakan teleskop bersaiz sederhana atau besar untuk sekurang-kurangnya melihat dengan jelas sebarang ciri-ciri permukaannya.
Seelok-eloknya, ceraplah Marikh ketika ia tinggi di langit, dan bukannya ketika ia baru hendak terbit di timur. Semakin tinggi Marikh berada di langit, semakin kurang kesan pergolakan udara yang disebabkan pergerakan udara sejuk dan panas. Jika kita melihat Marikh seolah-olah "cair" , ini bermakna udara ketika itu tidak stabil dan agak mustahil untuk melihat apa-apa walaupun dengan kuasa pembesaran yang tinggi.
Perisian bantuan.
Selain daripada menggunakan perisian bercirikan planetarium , untuk menentukan kedudukan Marikh di langit, kita perlukan juga sebuah perisian yang dapat membantu kita mengenalpasti ciri-ciri permukaannya pada satu-satu ketika.
Di antara banyak-banyak perisian yang ada, Mars Previewr II merupakan pemenang yang unggul. Ditulis oleh seorang ahli astronomi amatur Argentina, Leandro Rios, perisian yang berstatus freeware ini memaparkan central meridian dan saiz angular planet ini pada bila-bila masa.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan