Soalan :
Saya ingin bertanya beberapa soalan...
Isteri tidak mahu
mendengar kata suami walaupun perkara baik kerana suami kurang bersolat
(kadang2 meninggalkan solat), disebabkan itu, isteri menjadi degil dan
tidak patuh pada suami. Apakah si suami tiada hak lagi menasihati isteri
hanya kerana dia(si suami) kerap meninggalkan solat dan apakah si
isteri berhak untuk tidak mentaati suami yang begitu?
Jawapan:
Assalamualaikum Saudara Budin.
Saya memahami dalam pertanyaan anda ini terdapat tiga hal yang berlainan.
Yang pertama: ‘permasalahan yang terjadi’ (Isteri degil dan tidak patuh kepada suami).
Dan yang keduanya ialah: posisi suami yang kurang sempurna amalan agamanya, berhakkah dia menasihati isterinya.
Dan yang ketiganya ialah: Wajarkah seorang isteri untuk tidak mentaati suami yang sedemikian.
Sebelum saya menjawab persoalan yang pertama itu, saya ingin menjawab persoalan yang kedua dan ketiga itu terlebih dahulu. Posisi suami yang kurang sempurna amalan agamanya, berhakkah dia menasihati isterinya. Baiklah. Ingin saya kemukakan dua hadits terlebih dahulu buat renungan kita bersama.
1. Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud " Sesiapa sahaja isteri yang meninggal dunia sedang suaminya redha terhadap pemergiannya maka ia akan masuk syurga".
2. Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud "
Apabila seorang isteri telah mendirikan solat 5 waktu dan berpuasa di
bulan ramadhan dan memelihara kehormatannya dan mentaati suaminya maka
diucapkan kepadanya masuklah syurga dari mana-mana pintu syurga yang
kamu kehendaki".
‘Redha’ yang
dimaksudkan disitu adalah. Kematian seorang isteri itu dirasakan
kehilangannya kepada suaminya. Terkenang-kenang kebaikan si isteri itu
oleh suaminya. Berasa lengkap hidupnya sewaktu hayat si isteri itu
berada disisinya. Maka yang demikian itu dikatakan suami itu adalah
suami yang redha dengan isterinya. Selain dari tidak ada terdetik dalam
hati si suami itu tadi perbuatan isterinya yang mencelakan kasih
sayangnya sehingga terpahat didalam hatinya kenangan-kenangan yang
menyakitkan hatinya.
Dan yang kedua, Syurga
itu dijanjikan kepada isteri yang memiliki 4 perkara dalam dirinya.
Malah ia bebas memasuki syurga itu dari mana-mana pintu yang ia sukai.
1. ‘mendirikan’ solat 5 waktu.
2. Berpuasa dibulan Ramadhan.
3. Memelihara ‘kehormatannya’.
4. Dan ‘MENTAATI SUAMINYA’
Tidak hendak saya huraikan yang lain-lain itu, melainkan perkara yang keempat itu sahaja. Yakni ‘MENTAATI SUAMINYA’.
Dalam mentaati suami
itu tidak saya jumpai syaratnya melainkan. Taat kepada perintah suami
itu selagi mana perintahnya itu tidak bertentangan dengan syarak. Maka
yang demikian halnya, WAJIB keatas isteri itu mentaati
suaminya. Sama ada ia sukai atau tidak sukai. Bagi pihak suami itu pula,
jika ianya berkaitan dengan kehendak atau kesukaan si suami itu
semata-mata. Dan harus sahaja pada pandangan agama, maka timbang rasalah
wahai suami-suami keatas isteri-isteri kamu.
Namun jika ia
menyangkut perkara yang wajib, halal atau haram dalam agama. Wajiblah
bagi isteri-isteri itu mentaatinya. Bagi posisi suami itu pula, maka
perintahkanlah dengan bijaksana dan sabar. Dan sesungguhnya suami-suami
itu lebih mengenali isteri-isteri mereka itu. Dan tidak mungkinlah
mereka itu akan berubah menjadi seorang yang berkeperibadian seperti
yang si suami impikan jika tidak melalui proses yang panjang.
Disamping kita
biasanya membicarakan dosa-dosa dan siksaan-siksaan bagi yang
meninggalkan peringatan-peringatan itu. Marilah kita lihat fhadilat dan
ganjaran yang menanti bagi yang mengerjakan bagai yang disuruh itu.
1. Seorang
perempuan datang ke hadapan Nabi s.a.w. lalu berkata " Wahai Rasulullah
s.a.w., saya adalah wakil kaum wanita untuk menghadap tuan. Berperang
itu diwajibkan oleh Allah swt hanya atas kaum lelaki, jika mereka
terluka maka mendapat pahala dan kalau terbunuh maka mereka adalah tetap
hidup di sisi Allah swt, dan dicukupkan rezeki (dengan buah-buahan
syurga). Dan kami kaum wanita selalu melakukan kewajipan terhadap mereka
(iaitu melayani mereka dan membantu keperluan mereka) maka apakah kami
boleh ikut memperolehi pahala berperang itu?" Maka Rasulullah s.a.w.
bersabda yang bermaksud " Sampaikanlah
kepada wanita-wanita yang kamu jumpa bahawa taat kepada suami dengan
penuh kesedaran maka pahalanya seimbang dengan pahala perang membela
agama Allah swt, tetapi sedikit sekali daripada kamu sekalian yang
menjalankannya"
PAHALA MENTAATI
SEORANG SUAMI ITU BAGI ISTERI-ISTERI INI ADALAH SEPERTI PAHALA MUJAHIDIN
YANG SYAHID DIDALAM MEMBELA AGAMA ALLAH. Tetapi dinyatakan juga,
SEDIKIT SEKALI DARIPADA KAMU SEKELIAN YANG MENJALANKANNYA.
Wajib bagi seorang isteri :
- Merendahkan pandangannya di hadapan suaminya.
- Tidak khianat terhadap suaminya ketika ketiadaannya termasuk juga hartanya.
- Menunaikan hajat suami bila diajak oleh suaminya biarpun sewaktu sibuk atau susah (Rasulullah mentamsilkan walau berada di punggung unta sekalipun)
- Meminta izin suami untuk keluar dari rumahnya.
Nabi s.a.w. bersabda bermaksud: " 4 perempuan yang berada di neraka ialah
1.
Perempuan yang kotor mulutnya terhadap suaminya; suaminya tiada di rumah
dia tidak menjaga dirinya dan jika suaminya bersamanya ia
mengherdiknya.
2. Perempuan yang memaksa suaminya untuk memberi apa yang di luar kemampuan si suami.
3.
Perempuan yang tidak mempunyai tujuan hidup kecuali makan, minum dan
tidur dan ia enggan berbakti kepada Allah swt dan enggan berbakti kepada
sumainya ( seorang isteri yang bersifat begini akan dilaknati Allah swt
kecuali bertaubat)
4.
Wanita yang tidak menutupi dirinya dari kaum lelaki dan keluar rumah
dengan menampakkan perhiasannya dan memperlihatkan kecantikannya (untuk
menarik kaum lelaki).
Rasulullah s.a.w.
pernah bersabda kepada Siti Fatimah r.a.: " Ya Fatimah, apabila seorang
wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan
mengerat kukunya maka Allah swt akan memberinya minum dari air syurga
yang mengalir di sungai-sungainya dan dijadikan kuburnya menjadi sebuah
taman yang indah dari taman-taman syurga."
Sebenarnya yang demikian ini pernah saya sentuh dalam tulisan saya yang berjodol MENGUMPAT SUAMI SENDIRI silakan baca.
Kesimpulan kepada
persoalan ini. Berhak atau tidak yang suami yang demikian itu menasihati
isterinya. Maka saya rasa ianya cukup jelas dan terang. Demikian
banyaknya peringatan berkenaan wajibnya isteri mentaati suaminya.
Mentaati perintah-perintah suaminya(selagi ia tidak bertentangan dengan
syarak). Dan sekian banyak juga hadits fadhail berkenaan kedudukan
isteri-isteri yang demikian. Maka terlebihlah lagi kewajipan itu
terpikul keatas bahu suaminya.
“Anjurkanlah kebaikan
itu kepada orang lain, meskipun engkau sendiri masih lagi belum
melakukannya. Dan cegahlah kemungkaran itu dari terus dilakukan oleh
orang lain, sedangkan engkau sendiri masih juga belum meninggalkannya
lagi.”
Saya kira saya telah
menjawab pertanyaan saudara berkenaan : Wajarkah seorang isteri itu
untuk tidak mentaati perintah suami yang kerap meninggalkan
sembahyangnya. Jawapannya adalah tidak wajar sama sekali. Saya
andaikan, saudara Budin ini sebenarnya telah mengetahui jawapannya.
Mungkin Cuma sekadar mencari hujah dan dalilnya bagi dijadikan sandaran.
Tetapi membiarkan
orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah
sifat orang beriman. Maka dengan yang demikian. Seorang suami yang baik
ialah suami yang terlebih dahulu mengerjakan apa yang ia perintahkan.
Seperti contohnya dia memerintahkan isterinya supaya bersembahyang, atau
berpuasa dibulan ramadhan. Bukankah janggal lakunya, sedang dia sendiri
memandang ringan pekerjaan sembahyang itu. Atau dia(suami) sendiri
tidak berpuasa. Namun tidak saya sentuh yang demikian itu disini dengan
banyak kerana pokok pertanyaan saudara sebelumnya ialah BERHAKKAH
SAUDARA MENASIHATI ISTERI SAUDARA, DAN WAJARKAH ISTERI SAUDARA UNTUK
TIDAK MENTAATINYA.
Tetapi jika saudara
bertanyakan pendapat saya berkenaan dengan apakah yang terbaik untuk
dilakukan demi mendidik isteri dan keluarga saudara kearah yang lebih
baik. Maka akan saya tekankan berdasarkan hadits berkaitan dengan “Perjanjian Hudaibiyah”
Masihkah ingat saudara
pada kisah berkenaan. Kerana perjanjian gencatan senjata diantara Mekah
dan Madinah, kelansungannya ibadah haji pada tahun itu tidak jadi
dikerjakan. Ketika Rasulullah s.a.w. dan rombongan pulang kembali ke
Madinah, turunlah wahyu Allah dalam Al-Fath 27: "Sungguh Allah
membenarkan mimpi rasul-Nya dengan sebenar-benarnya, bahwa kamu sekalian
pasti akan memasuki Masjid al-Haram insya Allah dengan aman. Kamu akan
mencukur kepalamu atau menggunting rambut (tahallul merampungkan umrah)
dengan tidak merasa takut. Dia mengetahui apa yang tidak kamu ketahui,
dan Dia menjadikan selain itu kemenangan yang dekat!"
Apa yang saya hendak
sentuh disini adalah reaksi para sahabat. Sedangkan ramai diantara
mereka yang berasa tidak setuju dengan perjanjian hudaibiyah. Pendapat
mereka syarat yang terdapat didalamnya itu tidak adil dan berat
sebelah(sila rujuk kisah tersebut). Hal demikian membuat gusar kaum
muslimin lainnya. Umar yang paling tidak sabar. Ia menemui Abu Bakar.
“Abu Bakar, bukankah dia Rasulullah. Bukankah kita ini Muslimin? Mengapa
kita mau direndahkan dalam soal agama kita?”. Umar bahkan menyampaikan
itu langsung pada Muhammad SAW. Dan Nabi SAW dengan sabar mendengarkan
Umar r.a. Namun ia kemudian menutup pembicaraan dengan kalimat: “Saya
hamba Allah dan Rasul-Nya. Saya tak akan melanggar perintah-Nya, dan Dia
tidak akan menyesatkan saya.”
Lalu mereka(Sahabat)
melengah-lengahkan dalam perkara menyembelih binatang korban dan
bercukur sebagai dam atau denda untuk haji yang tidak jadi itu. Lalu
fenomena ini menjadikan Rasulullah SAW sangat susah hati. Baginda kuatir
Allah akan menurunkan bala keatas umatnya. Lalu perasaannya itu
diluahkan kepada isterinya Aisyah. Dan Aisyah berkata, “bukankah baik
jika engkau yang melakukannya terlebih dahulu ya Rasulullah…”
Lalu Rasulullah SAW
mengambil saranan isterinya itu. Dan apabila para sahabat yang lain
melihat perbuatan Nabi SAW itu, maka timbullah rasa malu dalam diri
mereka. Lalu mereka telah mengikutnya.
Yang saya hendak
perlihatkan disini adalah: KEPIMPINAN ITU HARUSLAH MELALUI TAULADANNYA.
Saya tidak menyatakan perbuatan saudara Budin menasihati isteri saudara
itu tidak bagus. Tetapi apa yang saya maksudkan ialah, bukankah lebih
elok jika semua itu disusuli dengan tauladannya sekali?
Dan kembali kepada permasalahan yang pertama: (Isteri degil dan tidak patuh kepada suami).
Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita,
oleh karena Allah telah melebihkan sebagian mereka (laki-laki) atas
sebagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah
menafkahkan sebagian dari harta mereka. Sebab itu maka Wanita yang
saleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya
tidak ada, oleh karena Allah telah memelihara (mereka). Wanita-wanita
yang kamu khawatirkan nusyuznya, maka nasehatilah mereka dan pukullah
mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu
mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi
lagi Maha Besar. (QS. An-Nisa 34)
Dan seorang wanita itu
dijadikan dari tulang sumbi yang bengkok, dan yang paling bengkok
diantaranya adalah yang paling atas. Maka jangan engkau luruskan ia,
kelak ia akan patah. Dan jangan engkau biarkan ia bergitu kerana
sesungguhnya ia bengkok. Tetapi bijaksanalah, cermat dan kasih
sayanglah. Lalu engkau menafaatkan ‘bengkoknya’ itu dengan sebaik-baiknya.
Perempuan. Walau
sedegil mana sekalipun. mereka sebenarnya tetaplah lembut hatinya. Jadi
bersabarlah. Kerana sabar itu lebih baik dalam segala pekerjaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan