Mengusap
muka setelah selesai berdoa dan setelah selesai solat bukan datangnya
dari Nabi s.a.w kerana banyak hadis-hadis tentang adanya hal itu telah
dilemahkan oleh ulama-ulama hadis.Yang sahih dari Nabi s.a.w ialah
baginda mengangkat tangannya dan pada masa tertentu baginda tidak
mengangkatnya.Mengamalkan mengusap muka setelah selesai berdoa dan solat
bukanlah dari ajaran Nabi s.a.w. dan tidak perlu kita memandai lebih
daripada baginda.
Dari Ibnu Abbas ra.,dia berkata,Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Apabila
engkau meminta kepada Allah,maka hendaklah engkau berdoa dengan kedua
tapak tanganmu dan janganlah engkau berdoa dengan kedua punggung(tapak
tangan). Apabila engkau telah selesai berdoa, maka usaplah mukamu dengan
kedua tapak tanganmu.”
[H.R. Ibnu Majah-daif/lemah]
Dari
Saaib bin Yazid dari ayahnya, “Bahwasanya Nabi s.a.w apabila berdoa
mengangkat kedua tangannya.Baginda mengusap mukanya dengan kedua
tangannya(setelah selesai berdoa”
[H.R. Abu Daud-daif/lemah]
Dari Ibnu Khattab,katanya:
“Adalah
Rasulullah s.a.w. apabila mengangkat kedua tangannya waktu berdoa
baginda tidak turunkan kedua(tangan) itu sehingga baginda mengusap
mukanya lebih dahulu dengan kedua tangannya.”
[H.R. At-Tirmidzi-sangat daif/lemah]
Kata Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah:
“Adapun
tentang Nabi s.a.w mengangkat kedua tangannya masa berdoa maka
sesungguhnya telah datang padanya hadis-hadis yang sahih banyak.
Sedangkan tentang baginda mengusap mukanya dengan kedua tangannya,maka
tidak ada padanya kecuali satu-dua hadis yang tidak dapat dijadikan
hujah dengan keduanya.
Dari Malik bin Yasar,telah bersabda Nabi s.a.w:
“Apabila
kamu meminta kepada Allah, maka mintalah kepada-Nya dengan tapak
tanganmu dan janganlah memminta kepada-Nya dengan punggung(tangan)”
[H.R. Abu Daud-sahih]
Kata Ibnu Abbas ra. :
“Permintaan itu iaitu engkau mengangkat kedua tanganmu setentang dengan kedua bahumu.”
[H.R. Abu Daud]
Berzikir dengan biji tasbih bertentangan dengan petunjuk Nabi s.a.w
Dari Abdullah bin Amr, katanya: “Aku melihat Rasulullah s.a.w. menghitung tasbih dengan tangan kanannya.”
[H.R. Abu Daud –sahih]
Dari
Yasirah(seorang perempuan Muhajirin) berkata: “Rasulullah s.a.w. pernah
bersabda kepada kami: “Hendaklah kalian selalu tetap bertasbih, nanti
akibatnya kalian akan melupakan tauhid/rahmat. Dan hendaklah kalian
hitung dengan jari-jari kerana sesungguhnya jari-jari itu nanti akan
diminta untuk berbicara.””
[H.R. Abu Daud- hasan]
Hadis ini diperkuatkan lagi dengan ayat al-Quran surah Yasin ayat 65, Nur ayat 24, Fussilat ayat 20-22
Diriwayatkan
oleh Ibnu Wadldlah Al-Qurtubi di dalam kitabnya Al-Bida’u wan Nahyu
‘Anhu halaman 12 dari Shult bin Bahram,dia menceritakan:
“Ibnu
Mas’ud(sahabat Nabi) pernah melalui seorang perempuan yang ada padanya
biji-bijian tasbih yang dia pergunakannya untuk bertasbih.Maka,Ibnu
Mas’ud memutuskannya dan membuang biji-bijian tasbih itu.Kemudian beliau
melewati seorang lelaki yang sedang bertasbih dengan batu-batu kecil
lalu beliau menendang dengan kakinya lalu berkata: “Kamu telah
mendahului! Kamu telah mengerjakan bidaah/bid’ah yang gelap! Kamu telah
mengalahkan ilmunya sahabat-sahabat Muhammad s.a.w.!
Berikut
adalah hadis yang digunakan sebagai dalil membolehkan menggunakan biji
tasbih untuk berzikir,tetapi sekitar hadis daif/lemah dan maudhu/palsu
yang tidak boleh dijadikan hujah:
Dari Abu Hurairah r.a.,marfu: “adalah (Nabi s.a.w.) bertasbih dengan batu-batu kecil.”
[Hadis sangat lemah]
Dari
saad bin abi Waqqas, bahawa dia pernah masuk ke rumah seorang perempuan
bersama Rasulullah s.a.w. sedangkan di tangan perempuan itu ada
biji-bijian atau batu-batu kecil yang dipergunakan untuk tasbih
dgnnya…………
[H.R. Abu Daud,At-Tirmidzi dan Hakim –daif/lemah]
Dari Shafiyyah,dia berkata:
“Rasulullah
s.a.w. pernah masuk ke rumahku sedangkan dihadapanku ada empat ribu
biji-bijian yang aku pakai untuk bacaan tasbihku dengannya…..”
[H.R. At-Tirmidzi dan Hakim-daif/lemah]
“Sebaik-baik pemberi ingat itu adalah subhah(biji-bijian tasbih untuk berzikir).”
[Hadis palsu riwayat Imam Dailami dalam Musnad Fidaus]
Ulama-ulama
bahasa(arab) berkata perkataan ‘subhah’/biji-bijian tasbih itu awalnya
tidak pernah dikenali oleh orang-orang Arab.Bagaimana mungkin Nabi s.a.w
memerintahkan sahabat atas perkara yang tidak pernah dikenalnya.
Sebanyak-banyak
zikir yang dianjurkan Nabi s.a.w yang sahih adalah 100 kali dan ada
zikir yang dianjurkan membacanya tetapi tidak dituntut dibilangnya zikir
tersebut,cukup berzikir sekadar kemampuan.
Dari Abu Hurairah r.a. ,Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Barangsiapa
yang mengucapkan subhanallahi wabihamdihi dalam satu hari seratus
kali,nescaya dihapuskan dosa-dosanya meskipun sebanyak buih laut.”
[H.R. Al Bukhari dan Muslim]
Dari Abu Hurairah r.a. ,Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Barangsipa
yang mengucapkan ‘laa ilaaha illallahu wahdahu laa syariikalahu lahul
mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘alaa kulli syai’in qodiir’ seratus kali
dalam sehari, maka baginya sama dengan memerdekakan sepuluh hamba dan
ditulis baginya seratus kebaikan dan dihapuskan darinya seratus
kesalahan serta dia mendapat penjagaan dari gangguan syaitan pada hari
itu sampai petang. Dan tidak ada seorang yang lebih utama darinya
kecuali orang yang mengerjakan lebih banyak dari itu.*
[H.R. Al Bukhari dan Muslim]
*Membaca lebih daripada 100X tidak pula dituntut menghitungnya.
Dari Saad bin Abi Waqqas,katanya:
“Kami
pernah duduk di sisi Rasulullah s.a.w. lalu baginda bersabda: “Lemahkah
salah seorang kamu untuk mengerjakan setiap hari seribu kebaikan?” Maka
bertanya seorang yang ada dalam majlis itu kepada baginda: “Bagaimanakah
salah seorang dari kami mengerjakan seribu kebaikan?” Baginda bersabda:
“Iaitu dia bertasbih (subhanallah) seratus kali tasbih nescaya akan
ditulis baginya seribu kebaikan dan dihapuskan darinya seribu
kesalahan.”
[H.R. Muslim]
Dari Abu Hurairah r.a.,katanya:Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Barangsiapa
yang bertasbih kepada Allah (subhanallah) 33X pada setiap selesai
solat(fardhu) dan bertahmid kepada Allah (alhamdulillah) 33X dan
bertakbir kepada Allah (allahu akbar) 33X, maka yang demikian itu
jumlahnya menjadi 99. Kemudian dia mencukupkan menjadi seratus dengan
mengucapkan: Laa ilaaha illallahu wahdahu laa syarikalahu lahul mulku wa
lahul hamdu wa huwa ‘alaa kulli syaiin qadiir(1X). Maka akan diampunkan
dosa-dosanya meskipun sebanyak buih di laut.”
[H.R. Muslim]
Ada zikir yang diajar oleh Nabi s.a.w tetapi kita tidak dituntut menghitungnya.Jadi,cukup membaca sekadar kemampuan.
Dari Abu Hurairah r.a.,katanya:Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Dua kalimat yang ringan diucapkan akan tetapi berat pada timbangan, iaitu: subhanallahi wa bihamdih,subhanallahil ‘adziim.”
[H.R. Bukhari dan Muslim]
Dari Samurah bin Jundub: Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Ada
empat perkataan yang dicintai oleh Allah iaitu: subhanallah,
walhamdulillah, wa laa ilaaha illaah, wallahu akbar. Tidak salah kalau
engkau memulai dari mana saja.”
[H.R. Muslim]
Terdapat banyak lagi hadis lain…
Mengapa kita tidak boleh membaca berlebih-lebihan?Apa salahnya baca beratus-ratus atau beribu-ribu?
Dari Abdullah bin Mas’ud: Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Binasalah orang-orang yang berlebih-lebihan.” Nabi s.a.w mengucapkannya sampai 3X.”
[H.R. Muslim]
Zikir selepas solat
Pembahagian zikir:
1. Ditentukan bilangan,waktu dan tempat
2. Ditentukan bilangan atau waktu atau tempat atau keduanya.
3. Tidak terikat dengan ketentuan.
Zikir
datangnya dari al-Quran dan sunnah yang sahih.Oleh itu,tidak dinamakan
ibadat jika datang dari siapa pun zikir yang tiada nasnya.Zikir ini
tidak boleh ditambah atau dikurangi jika ditentukan dengan syarat
tertentu walaupun hukumnya sunat.Adakah solat sunat dhuha boleh
dikerjakan tanpa Al-Fatihah walaupun hukumnya sunat?
Dari Kaab bin “Ujrah,Nabi s.a.w bersabda:
“Beberapa
kalimat yang diucapkan sesudah solat wajib,tidak akan rugi/kecewa orang
yang mengucapkannya/ mengerjakannya, iaitu: tiga puluh tiga kali (33)
tasbih (subhanallah),tiga puluh tiga (33)kali tahmid (alhamdulillah),
dan tiga puluh empat(34) kali takbir(allahu akbar).”
[H.R. Muslim dan lain-lain.]
Dari Abi Hurairah r.a.,Nabi s.a.w bersabda:
“Barangsiapa
bertasbih/mensucikan Allah(subhanallah) di belakang solat(fardu) tiga
puluh tiga(33) kali, dan bertahmid/memuji Allah(alhamdulillah) tiga
puluh tiga(33) kali,dan bertakbir/membesarkan Allah(allahu akbar) tiga
puluh tiga(33) kali, maka jumlahnya menjadi sembilan puluh sembilan(99)
kali.Kemudian mengucapkan(sekali):
Laailaha illallah wahdahu laasyarikalah lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa a’laa kulli syai’in qadir.
Nescaya diampunkan kesalahan-kesalahannya meskipun sebanyak buih di lautan.”
[H.R. Muslim dan lain-lain.]
Dari
Zaid bin Tsabit, dia berkata:Mereka(para sahabat) diperintah(oleh Nabi
s.a.w ) bertasbih(subhanallah) di belakang setiap solat (fardu) tiga
puluh tiga(33)kali, bertahmid(alhamdulillah) tiga puluh tiga(33)kali,dan
bertakbir(allahuakbar) tiga puluh empat(34)kali.Kemudian seorang lelaki
dari (kaum) Ansar bermimpi didatangi (seseorang) lalu dikatakan
kepadanya: “Bukankah Rasulullah s.a.w. telah memerintahkan kamu untuk
bertasbih di belakang setiap solat tiga puluh tiga(33)kali,bertahmid
tiga puluh tiga(33)kali,dan bertakbir tiga puluh empat(34)kali?” Jawab
lelaki Ansar tadai: “Betul!” Orang itu berkata lagi: “Jadikanlah dia dua
puluh lima(25) kali dan jadikanlah juga padanya tahlil(Laailaha
illallah atau Laailaha illallah wahdahu laasyarikalah lahul mulku wa
lahul hamdu wa huwa a’laa kulli syai’in qadir.) dua puluh lima(25)kali.”
Apabila
aku bangun pagi, lelaki Ansar itu datang kepada Nabi s.a.w. dan
menerangkan mimpinya itu.Maka Nabi s.a.w bersabda: “:Jadikanlah dia
seperti itu.”
[H.R. An-Nasa'i ,Ahmad,Ibnu Khuzaimah dan lain-lain.]
Dari Abu Hurairah r.a.,dia berkata:
“Orang-orang
yang fakr telah datang kepada Nabi s.a.w,mereka berkata: “Orang-orang
yang banyak harta/kaya telah memperoleh darjat yang tinggi dan
kenikmatan yang tetap, mereka solat seperti kami solat dan mereka puasa
seperti kami puasa,tetapi mereka memiliki kelebihan harta yang dengannya
mereka dapat berhaji,umrah,berjihad, dan bersedekah.” Nabi s.a.w
bersabda: “Maukah aku ceritakan sesuatu yang jika kamu mengamalkannya
kamu dapat mengejar orang-orang yang mendahului kamu, dan tidak ada
sesudah itu orang yang dapat mengamalkan seperti itu? Kamu hendaklah
brtasbih,bertahmid dan bertakbir di belakang setiap solat(fardu) tiga
puluh tiga kali(masing-masing 33X).”
[H.R. Al Bukhari dan Muslim]
Dari Abdullah bin Amr,Nabi s.a.w bersabda:
“Dua
macam yang tidak memelihara akan keduanya seorang hamba Muslim melainkan
dia akan masuk syurga(siapa yang memeliharanya akan masuk syurga).
Ketahuilah! Keduanya itu mudah,akan tetapi sedikit orang yang
mengamalkannya, iaitu mensucikan Allah(bertasbih subhanallah) di
belakang setiap solat maktubah/wajib sepuluh(10) kali,
memuji-Nya(bertahmid-alhamdulillah) sepuluh(10) kali, dan
membesarkan-Nya(bertakbir-allahuakbar) sepuluh(10) kali, maka yang
demikian itu menjadi seratus lima puluh (150) kali pada ucapan (30 X 5
solat fardu=150) dan seribu lima ratus(1500) kali pada
timbangan.Kemudian bertakbir(allahuakbar) tiga puluh empat(34) kali
ketika hendak tidur dan bertahmid(alhamdulillah) tiga puluh tiga(33)
kali dan bertasbih(subhanallah) tiga puluh tiga(33) kali, maka yang
demikian itu menjadi seratus(100) pada ucapan (34+33+33=100) dan
seribu pada timbangan. Maka, siapakah di antara kamu yang mengerjakan
dalam sehari semalam dua ribu lima ratus(2500) kesalahan?” Mereka (para
sahabat) bertanya: “Ya Rasulullah,mengapa kedua itu mudah tetapi sedikit
orang yang mengamalkannya?” Nabi s.a.w menjawab: “Kerana syaitan datang
kepada salah seorang kamu apabila dia telah selesai solatnya lalu
syaitan mengingatkannya akan keperluan ini dan itu,terus dia bangun dan
tidak mengucapkannya. Kemudian syaitan datang kpdnya apabila dia hendak
tidur lalu syaitan menidurkannya sebelum dia mengucapkannya.” Berkatalah
Abdullah bin Amr: Aku melihat Rasulullah s.a.w. menghitung tasbih
dengan tangan kanannya.”
[H.R. Abu Daud,Ahmad,An-Nasa'i,At-Tirmidzi,Ibnu Majah dan Ibnu Hibban-Sahih]
Dari Tsauban,dia berkata:
“Biasanya
Rasulullah s.a.w. apabila telah selesai solat mengucapkan:
astaghfirullah tiga(3) kali,kemudian mengucapkan: Allahumma antas salaam
wa minkas salaam tabaarakta yaa dzal jalaali wal ikram.”
[H.R. Muslim,Ahmad dan lain-lain.]
Dari ‘Uqbah bin Amir,dia berkata:
“Rasulullah
s.a.w. telah memerintahkanku supaya aku membaca ‘Al-Muawidzat’
(1.Qulhuwallahu Ahad. 2. Qul a’udzu bi rabbil falaq 3. Qul a’udzu bi
rabbinnaas.) di belakang setiap solat(fardu/wajib).”
[H.R. Ahmad,Abu Daud,An-Nasa'i dan lain-lain.- Sahih]
Dari Abi Umamah,Nabi s.a.w bersabda:
“Barangsiapa
membaca ayat kursi di belakang setiap solat maktubah/fardu/wajib,
nescaya tidak ada yang menghalanginya dari masuk syurga kecuali kalau
dia tidak mati.”
[H.R. An-Nasa'i dan lain-lain. –sahih]
Kelemahan hadis qunut subuh secara tetap
“Seutama solat iaitu panjangnya qunut(lama berdiri)”
[H.R. Muslim dan lain-lain.]
1. Dalil pihak yang menggunakan hadis membolehkan qunut secara tetap
Dari Anas ra.:
“Rasulullah terus-menerus berqunut dalam solat subuh sampai baginda wafat.”
[H.R. Ahmad,Baihaqi,Daruquthni,hakim,abdul Razak dan Abu Nuaim-daif/lemah]
1. Hujah pihak pembangkang tentang hadis membolehkan qunut secara tetap
Dalam
sanad hadis ada Abu Ja’far Ar-Razi atau nama sebenarnya Isa bin Abi
Isa.Hadis daripadanya dilemahkan oleh ahli-ahli hadis seperti Imam
Ahmad,An-Nasa’i,Abu Zur’ah,Al-Fallas,Ibnul Madini,Ibnu Hibban,Ibnu
Taimiah dan Ibnul Qayyim kerana hafalannya tidak kuat.
2. Dalil pihak yang menggunakan hadis membolehkan qunut secara tetap
Dari Ibnu Sirin:
Pernah
orang bertanya kepada Anas ibn Malik ra.,katanya: “Apakah Nabi
pernahmberqunut di solat Subuh?” Anas ra. menjawab: “Pernah.” Seseorang
bertanya: “Sebelum rukuk atau sesudahnya?” Anas ra. menjawab: “Sesudah
rukuk.”
[H.R. Al-Jamaah kecuali At-Tirmidzi]
2. Hujah pihak pembangkang tentang hadis membolehkan qunut secara tetap
Qunut yang ditanyakan adalah qunut nazilah sebagaimana tegas diterangkan oleh Al Bukhari dan Muslim.
3. Hujah pihak pembangkang tentang hadis membolehkan qunut secara tetap
Ashim bin Sulaiman berkata: “Kami pernah bertanya kepada Anas bin Malik:
“Sesungguhnya orang- menyangka bahwa Nabi s.a.w. sentiasa qunut dalam solat subuh.”
Jawab
Anas bin Malik: “Mereka dusta!!Baginda hanya qunut sebulan mendoakan
kecelakaan atas satu kabilah dari kabilah kaum musyrikin.”
[H.R. Al-Khatib-sahih]
4. Hujah pihak pembangkang tentang hadis membolehkan qunut secara tetap
Dari Anas,katanya:
“Bahwasanya
Nabi s.a.w tidak pernah qunut kecuali apabila baginda mendoakan
kebaikan bagi satu kaum(muslimin untuk kemenangan perang) atau mendokan
kecelakaan bagi kaum(kafir sebagai kebinasaan).”
[H.R. Ibnu Khuzaimah-sahih]
Inilah qunut nazilah.
5. Hujah pihak pembangkang tentang hadis membolehkan qunut secara tetap
Dari
Ibnu Abbas ra.,dia berkata: Rasulullah pernah berqunut sebulan lamanya
berturut-turut dalam solat zohor,asar,maghrib,isyak dan subuh. Di akhir
setiap solat selepas mengucapkan ‘sami’allahu liman hamidah’ di rakaat
akhir, baginda mendoakan kecelakaan atas mereka,iaitu satu kabilah dari
Bani Sulaim, Ri’il,Zakwaan dan ‘Ushaiyah sedangkan makmum yang di
belakang baginda mengucapkan amin.”
[H.R. Abu Daud-sahih]
6. Hujah pihak pembangkang tentang hadis membolehkan qunut secara tetap
Dari
Said bin Thariq Al-Asyja’i,dia berkata: “Aku pernah bertanya kepada
bapaku (Thariq bin Asyim): “Wahai bapa! Sesungguhnya engkau pernah solat
di belakang Rasulullah s.a.w.,Abu Bakar,Umar,Usman dan ali,apakah
mereka itu mengerjakan qunut subuh(qunut terus-menerus)?” Jawab bapaku:
“Hai anakku! Itu (qunut terus-menerus) adalah perbuatan bidaah!”
[H.R. Ahmad,At-Tirmidzi,An-Nasa'i dan Ibnu Majah-sahih]
7. Hujah pihak pembangkang tentang hadis membolehkan qunut secara tetap
Dari
Anas, dia berkata: “Bahwasanya Nabi s.a.w. qunut sebulan lamanya ketika
ahli-ahli Quran dibunuh. Maka,aku tidak pernah melihat baginda merasa
berdukacita lebih dalam dari itu. Baginda mendoakan kecelakaan atas
beberapa kabilah dari kabilah-kabilah bangsa Arab, kemudian baginda
meninggalkannya.”
[H.R. Al Bukhari dan Muslim-sahih]
8. Hujah pihak pembangkang tentang hadis membolehkan qunut secara tetap
Kata imam Syafi’e:
Apabila
kamu dapati dalam kitabku menyalahi sunnah Rasulullah s.a.w.,maka
hendaklah kamu berkata dengan sunnah Rasulullah lalu tinggalkanlah
perkataanku.
Apabila
kamu telah mendapati satu sunnah Muhammad Rasulullah s.a.w. yang
menyalahi perkataanku,maka sesungguhnya aku berkata dengannya.
Apabila
telah sah hadis menyalahi perkataanku,maka lemparkanlah perkataanku ke
belakang dinding dan kerjakanlah olehmu dengan hadis yang kukuh-kuat.
Tiap-tiap hadis dari Nabi s.a.w,maka dia perkataanku walaupun kamu tidak mendengarnya dariku.
Apabila telah sah hadis,maka itulah mazhabku.
Apabila
telah sah khabar yang menyalahi perkataanku,maka hendaklah kamu
mengikut khabar itu dan ketahuilah olehmu bahawa sesungguhnya itulah
mazhabku.
Imam ar-Rabi’ berkata: aku mendengar Imam asy-Syafi’e berkata:
Tiap-tiap
masalah yang pernah kubicarakan, padahal sah kabar(hadis) tentang
masalah itu dari Nabi s.a.w di sisi ahli riwayat dengan menyalahi apa
yang telah aku katakan, maka aku akan kembali kepadanya sama ada di kala
aku masih hidup mahupun sesudah aku mati.
Berzikir dengan suara keras dilarang
Allah swt perintahkan kita supaya berzikir dengan suara yang tidak keras.
[Surah Al-A’raf:55 dan 205]
Nabi s.a.w melarang berzikir dengan suara keras.
[H.R. Al Bukhari ,Muslim,Abu Daud,At-Tirmidzi dan Ahmad]
Nabi melarang orang yang sedang solat mengeraskan bacaan masing-masing .
[H.R. Abu Daud dan Ahmad]
*Orang
yang solat dilarang mengganggu orang yang solat,sudah tentu orang yang
di luar solat tidak boleh mengganggu orang yang sedang solat terutama
makmum masbuk yang menyempurnakan solat.
Ibnu
Mas’ud (sahabat nabi) pernah menegur orang yang berzikir dengan suara
keras dan mengetuainya.Mereka menjawab: Kami tidak menghendaki melainkan
kebaikan semata-mata. Ibnu Mas’ud menjawab kembali: “Dan berapa banyak
orang yang menghendaki kebaikan,tidak akan pernah mencapainya (tidak
sama seperti al-Quran dan sunnah).
-zikir dianjurkan,cuma cara mengerjakan tidak betul.
Imam
As-Syafie tegas memerintahkan makmum dan imam masing-masing
meyembunyikan bacaan.(Al Um-Kitab Solat bab Zikir selepas Solat)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan