Jumaat, 23 November 2012

AGAMA BUDDHA

  Menurut disiplin antropologi, agama merupakan sistem kepercayaan dan amalan dalam sesuatu masyarakat.
·           Manakala, mengikut pendapat lain, agama juga dilihat sebagai satu bentuk idea, sikap, kepercayaan dan perlakuan terhadap kuasa-kuasa supernatural yang wujud dalam konsep tuhan dewa-dewi, kuasa halus, roh, hantu dan sebagainya.
·           Mengikut seorang sarjana, Malinowaski menjelaskan bahawa emosi manusia menyebabkan kemunculan agama dan ia menjadi salah satu jawapan kepada semua persoalan yang di luar kawalan manusia seperti alam ghaib dan lain-lain lagi.
·           Kekukuhan sesuatu agama adalah bergantung kepada dua faktor iaitu agama universal dan kepercayaan komuniti.
·           Agama Buddha merupakan salah satu agama universal di Asia Selatan, Asia Tenggara dan Asia Timur.
 
Sejarah Asal-usul Agama Buddha
·           Agama Buddha diasaskan oleh Sidharta Gautama. Beliau merupakan seorang putera raja, anakanda Sudhadana dan Maya yang dilahrikan ke dunia ini tanpa mengetahui hal duniawi.
·           Semasa umur baginda mencapai 29 tahun, baginda telah keluar dari istana dan telah melihat 3 perkara iaitu tua, penyakit dan kematian. Untuk mencari jalan penyelesaian bagi segala penderitaan itu, baginda keluar dari istana dan meninggalkan segala-gala yang dimilikinya termasuklah anak, isteri, ibu dan bapa serta segala kemewahannya.
·           Setelah mengembara selama 6 tahun dan bertapa selama 48 hari di bawah pokok Bodhi atau pokok penenang dan pada hari ke-49, iaitu pada malam purnama Wesak, baginda telah menyedari dan memahami bahawa penderitaan adalah lumrah kehidupan manusia dan suatu teori tentang pembebasan penderitaan tidak boleh dilakukan hanya dengan bertapa sahaja sebaliknya melalui pemadaman nafsu.
·           Jika tidak ada nafsu, maka tidak adalah penderitaan, untuk membebaskan penderitaan pemadaman nafsu boleh dilakukan melalui “Jalan 8 Lapis Mulia” iaitu satu roda kehidupan manusia yang berteraskan kepada:
a.         Ketekunan yang benar
b.         Kehidupan yang benar
c.         Kepercayaan yang benar
d.         Perbuatan yang benar
e.         Pertuturan yang benar
f.           Usaha yang benar
g.         Fikiran yang benar
h.         Ingatan yang benar
·           Setelah baginda memahami teori ini, baginda keluar mengembara di serata tempat bagi menyebarkan fahaman ini.
·           Sidharta Gautama juga dikenali sebagai “Pemberi Cahaya”.
·           Ajaran Buddha yang disebarkan oleh beliau bukanlah satu ajaran metafizik atau falsafah tetapi lebih menekankan kepada ajaran yang berkaitan dengan psikologi dan etika-etika kehidupan.
·           Buddhisme disusun dalam sistem Tri Pitaka atau Tri Ratna iaitu Buddha, Sangha dan Dharma.
·           Ajaran Buddha terbahagi kepada dua aliran iaitu aliran Hinayana yang lebih mementingkan kehidupan secara masyarakat dan aliran Mahayana yang lebih mementingkan keupayaan dalam menentukan kehidupannya.
·           Ajaran Buddha menggalakkan penganutnya mengembara untuk mencari ilmu serta pengalaman dalam hidup tetapi dalam proses pengembaraan hanya pakaian yang serba ringkas seperti kain yang berwarna kuning keperangan dan semangkuk sahaja dibawa bersama seperti mana dilakukan oleh Sidharta Gautama dan tidak menyediakan simpanan atau harta untuk esok. Sebagai conoth, Raja Rama IV (Mongkut) juga terpengaruh dengan ajaran ini, lalu keluar mengembara untuk mendalami ajaran ini.
·           Ahimsa merupakan satu konsep ajaran yang dikongsi bersama penganut-penganut Hindu yang membawa erti penolakan terhadap pembunuhan makhluk-makhluk hidup yang lain.
·           Walaupun kita hendak mengisi perut, kita tidak bolehlah membunuh hidupan lain untuk kepentingan diri sendiri.
 
Pengamalan Agama Buddha
·           Ajaran Buddha ini mendapat sambutan yang baik di India dan mendapat sokongan daripada Maharaja India seperti Maharaja Asoka dan raja-raja Kanishka.
·           Agama ini berkembang pesat ke luar India pada zaman Asoka lagi, ini keranan Asoka telah mengambil tindakan dengan menghantar penyebar-penyebar agama ke luar India terutama Sri Lanka (Ceylon).
·           Akhirnya Ceylon telah menggantikan India sebagai pusat penyebaran agama Buddha kerana perkembangan agama ini di Ceylon tidak seimbang dengan di India disebabkan pengaruh agama Hindu yang kuat di India.
·           Di Myanmar, agama Buddha Thevarada merupakan agama rasmi negara.
·           Agama ini telah melahirkan peranan yang penting dalam aspek politik, ekonomi dan sosial di Myanmar.
·           Di Myanmar, rahib-rahib Buddha diambil sebagai penasihat kerajaan.
·           Sebagai sistem sosial pula, undang-undang Sangha atau biara digunakan untuk mengekalkan ketenteraman dan bekerja untuk kepentingan masyarakat.
·           Kira-kira 90% daripada penduduk Myanmar menganuti agama ini dan dikatakan terdapat seramai 350000 orang sami di Myanamr.
·           Setiap kampung mempunyai sebuah biara dan wujudnya bandar-bandar sami seperti bandar Sagaing yang mempunyai sebanyak 444 buah biara.
·           Semua pembinaan kuil-kuil dan patung-patung Buddha diperbuat gangsa.
·           Dan ajaran ini dikatakan telah membangkitkan semangat nasionalisme di kalangan rakyatnya semasa penjajahan kuasa luar iaitu British di Myanmar melalui gerakan-gerakan petani yang membabitkan golongan sami-sami Buddha.
·           Menurut J.F. Cady, “Faktor perpaduan di dalam masyarakat Myanmar ditonjolkan melalui perpaduan keluarga dan masyarakat. Selain itu, terdapat juga kesungguhan beragama di dalam penghormatan yang bersungguh-sungguh terhadap rahib-rahib Buddha yang lain.
·           Di Asia Tenggara, selain di Myanmar, Thailand juga dipengaruhi oleh ajaran ini. Terdapat hampir 95% daripada penduduknya menganuti agama ini.
·           Di Thailand, masyarakatnya percaya kepada karma iaitu kehidupan selepas kematian. Oleh itu, untuk mendapat kehidupan yang baik di kehidupan yang akan datang, kehidupan semasa hidup adalah masa terbaik untuk menentukan kehidupan yang akan datang melalui konsep pembebasan penderitaan melalui pemadaman nafsu dilakukan dengan sebaik mungkin.
·           Untuk membuat kebaikan, masyarakatnya gemar membuat lawatan ke kuil, persembahan bunga-bungan, menjemput sami-sami ke majlis tertentu dan sebagainya.
·           Di Kampuchea, agama ini dibawa masuk dari Thailand dan ia terbahagi kepada dua mazhab iaitu Mohanikay dan Thommayuttinikay. Perbezaan di antara dua mazhab ini adalah dari sudut disiplin biara dan pembacaan teks-teks suci.
·           Agama Buddha di Kampuchea sedikit demi sedikit masa telah menukarkan konsep ajaran yang berbentuk ajaran psikologi dan etika-etika kehidupan ini kepada konsep ketuhanan kerana kepercayaan komuniti yang masih diamalkan itu telah bercampur-aduk dengan agama Buddha.
·           Patung-patung Buddha dianggap sebagai Tuhan dan harus disembah serta diberikan persembahan.
·           Berbanding rantau Asia Selatan dan Asia Tenggara, wilayah Asia Timur lebih menyerapkan agama Buddha Mahayana terutamanya di China, Jepun dan Korea.
·           Agama Buddha mula meresap dalam kehidupan masyarakat China sejak abad ke-3SM apabila kekuasaan pusat semakin lemah.
·           Agama Buddha mendapat tentangan yang hebat dari golongan terpelajar penganut Confucius dan penganut Taoisme. Walaupun begitu, agama ini masih dapat bertapak di China kerana sokongan masyarakat bawahan seperti golongan petani.
·           Hal ini kerana pada masa itu, rakyat di China mengalami masalah kebuluran akibat peperangan.
·           Ajaran Buddha yang dibawa masuk pada masa itu dikatakan merupakan satu penerang kepada masyarakatnya.
·           Lambat-lanun, rakyat China terutama golongan petani (80% rakyat China adalah terdiri daripada golongan petani), telah menganuti agama ini.
·           Banyak tokong-tokong Buddha telah dibina dan agama ini telah menyerap ke dalam kehidupan masyarakat secara lembut sekali.
·           Agama ini  lebih menekankan penganutnya hidup secara sederhana dan jangan tamak kepada kemewahan duniawi. Akhirnya agama ini telah diterima oleh masyarakat China.
·           Penganut-penganut agama Buddha di China seperti Fa-Shien seringkali mengadakan lawatan-lawatan ke India untuk mempelajari dan menterjemahkan ajaran Buddha dalam Bahasa Pali ke tulisan Cina.
·           Disebabkan faktor ini, kedua-dua negara ini mempunyai hubungan diplomatik serta perdagangan yang rapat malah China dikatakan merupakan rumah kedua dalam penyebaran agama Buddha selepas India.
·           Agama Buddha di Jepun telah dibawa masuk dari China pada abad ke-6M. Walaupun agama ini mendapat tentangan dari agama Shinto dan Kerajaan Jepun iaitu Meiji sendiri, namun ia masih boleh menyesuaikan diri dengan melakukan tolak ansur dengan agama Shinto.
·           Misalnya, patung-patung Shinto dibenarkan dibawa masuk ke dalam kuil-kuil Buddha tetapi patung-patung itu dianggap sebagai jelmaan Buddha.
·           Terdapat 12 mazhab utama agama Buddha di Jepun dan di antaranya terdapat 3 mazhab yang aktif iaitu Zen, Nichirin dan Shin.
·           Mazhab Nichirin dikatakan mempunyai paling ramai pengikut dan mazhab ini berpegang kepada kitab suci Hakke yang dianggap sebagai kitab suci Buddha.
·           Kitab ini mengajar penganutnya cara mudah untuk masuk ke syurga iaitu dengan melafazkan ayat “Namu Myorengekyo” yang membawa maksud “Selamatkan Aku Kitab Suci Hakke”.
·           Sehingga tahun 1930-an, di seluruh Jepun terdapat seramai 50000 orang rahib Buddha dan 71000 buah patung Buddha pelbagai saiz.
·           Penganut-penganut agama ini mencapai 48 juta orang. Walau bagaimanapun, angka ini bukanlah angka mutlak kerana masyarakatnya mengamalkan dwi agama.
 
Kesimpulan
·           Secara kesimpulannya, walaupun agama Buddha mendapat tempat di ketuga-tiga wilayah itu, tetapi agama ini seperti agama Hindu, Islam, Kristian dan sebagainya turut bertapak bersama dan agama-agama ini masik kekal di negara-negara itu sehingga ke hari ini.
·           Pengamalan agama-agama inilah yang menentukan dasar negara dan corak kehidupan masyarakat pada hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan