Menurut disiplin antropologi, agama merupakan sistem kepercayaan
dan amalan dalam sesuatu masyarakat.
·
Manakala, mengikut pendapat lain, agama juga dilihat sebagai satu
bentuk idea, sikap, kepercayaan dan perlakuan terhadap kuasa-kuasa supernatural
yang wujud dalam konsep tuhan dewa-dewi, kuasa halus, roh, hantu dan sebagainya.
·
Mengikut seorang sarjana, Malinowaski menjelaskan bahawa emosi
manusia menyebabkan kemunculan agama dan ia menjadi salah satu jawapan kepada
semua persoalan yang di luar kawalan manusia seperti alam ghaib dan lain-lain
lagi.
·
Kekukuhan sesuatu agama adalah bergantung kepada dua faktor iaitu
agama universal dan kepercayaan komuniti.
·
Agama Buddha merupakan salah satu agama universal di Asia Selatan,
Asia Tenggara dan Asia Timur.
Sejarah
Asal-usul Agama Buddha
·
Agama Buddha diasaskan oleh Sidharta Gautama. Beliau merupakan
seorang putera raja, anakanda Sudhadana dan Maya yang dilahrikan ke dunia ini
tanpa mengetahui hal duniawi.
·
Semasa umur baginda mencapai 29 tahun, baginda telah keluar dari
istana dan telah melihat 3 perkara iaitu tua, penyakit dan kematian. Untuk
mencari jalan penyelesaian bagi segala penderitaan itu, baginda keluar dari
istana dan meninggalkan segala-gala yang dimilikinya termasuklah anak, isteri,
ibu dan bapa serta segala kemewahannya.
·
Setelah mengembara selama 6 tahun dan bertapa selama 48 hari di
bawah pokok Bodhi atau pokok penenang dan pada hari ke-49, iaitu pada malam
purnama Wesak, baginda telah menyedari dan memahami bahawa penderitaan adalah
lumrah kehidupan manusia dan suatu teori tentang pembebasan penderitaan tidak
boleh dilakukan hanya dengan bertapa sahaja sebaliknya melalui pemadaman nafsu.
·
Jika tidak ada nafsu, maka tidak adalah penderitaan, untuk
membebaskan penderitaan pemadaman nafsu boleh dilakukan melalui “Jalan 8 Lapis
Mulia” iaitu satu roda kehidupan manusia yang berteraskan kepada:
a.
Ketekunan yang benar
b.
Kehidupan yang benar
c.
Kepercayaan yang benar
d.
Perbuatan yang benar
e.
Pertuturan yang benar
f.
Usaha yang benar
g.
Fikiran yang benar
h.
Ingatan yang benar
·
Setelah baginda memahami teori ini, baginda keluar mengembara di
serata tempat bagi menyebarkan fahaman ini.
·
Sidharta Gautama juga dikenali sebagai “Pemberi Cahaya”.
·
Ajaran Buddha yang disebarkan oleh beliau bukanlah satu ajaran
metafizik atau falsafah tetapi lebih menekankan kepada ajaran yang berkaitan
dengan psikologi dan etika-etika kehidupan.
·
Buddhisme disusun dalam sistem Tri Pitaka atau Tri Ratna iaitu
Buddha, Sangha dan Dharma.
·
Ajaran Buddha terbahagi kepada dua aliran iaitu aliran Hinayana
yang lebih mementingkan kehidupan secara masyarakat dan aliran Mahayana yang
lebih mementingkan keupayaan dalam menentukan kehidupannya.
·
Ajaran Buddha menggalakkan penganutnya mengembara untuk mencari
ilmu serta pengalaman dalam hidup tetapi dalam proses pengembaraan hanya pakaian
yang serba ringkas seperti kain yang berwarna kuning keperangan dan semangkuk
sahaja dibawa bersama seperti mana dilakukan oleh Sidharta Gautama dan tidak
menyediakan simpanan atau harta untuk esok. Sebagai conoth, Raja Rama IV (Mongkut)
juga terpengaruh dengan ajaran ini, lalu keluar mengembara untuk mendalami
ajaran ini.
·
Ahimsa merupakan satu konsep ajaran yang dikongsi bersama
penganut-penganut Hindu yang membawa erti penolakan terhadap pembunuhan
makhluk-makhluk hidup yang lain.
·
Walaupun kita hendak mengisi perut, kita tidak bolehlah membunuh
hidupan lain untuk kepentingan diri sendiri.
Pengamalan
Agama Buddha
·
Ajaran Buddha ini mendapat sambutan yang baik di India dan
mendapat sokongan daripada Maharaja India seperti Maharaja Asoka dan raja-raja
Kanishka.
·
Agama ini berkembang pesat ke luar India pada zaman Asoka lagi,
ini keranan Asoka telah mengambil tindakan dengan menghantar penyebar-penyebar
agama ke luar India terutama Sri Lanka (Ceylon).
·
Akhirnya Ceylon telah menggantikan India sebagai pusat penyebaran
agama Buddha kerana perkembangan agama ini di Ceylon tidak seimbang dengan di
India disebabkan pengaruh agama Hindu yang kuat di India.
·
Di Myanmar, agama Buddha Thevarada merupakan agama rasmi negara.
·
Agama ini telah melahirkan peranan yang penting dalam aspek
politik, ekonomi dan sosial di Myanmar.
·
Di Myanmar, rahib-rahib Buddha diambil sebagai penasihat kerajaan.
·
Sebagai sistem sosial pula, undang-undang Sangha atau biara
digunakan untuk mengekalkan ketenteraman dan bekerja untuk kepentingan
masyarakat.
·
Kira-kira 90% daripada penduduk Myanmar menganuti agama ini dan
dikatakan terdapat seramai 350000 orang sami di Myanamr.
·
Setiap kampung mempunyai sebuah biara dan wujudnya bandar-bandar
sami seperti bandar Sagaing yang mempunyai sebanyak 444 buah biara.
·
Semua pembinaan kuil-kuil dan patung-patung Buddha diperbuat
gangsa.
·
Dan ajaran ini dikatakan telah membangkitkan semangat nasionalisme
di kalangan rakyatnya semasa penjajahan kuasa luar iaitu British di Myanmar
melalui gerakan-gerakan petani yang membabitkan golongan sami-sami Buddha.
·
Menurut J.F. Cady, “Faktor perpaduan di dalam masyarakat Myanmar
ditonjolkan melalui perpaduan keluarga dan masyarakat. Selain itu, terdapat juga
kesungguhan beragama di dalam penghormatan yang bersungguh-sungguh terhadap
rahib-rahib Buddha yang lain.
·
Di Asia Tenggara, selain di Myanmar, Thailand juga dipengaruhi
oleh ajaran ini. Terdapat hampir 95% daripada penduduknya menganuti agama ini.
·
Di Thailand, masyarakatnya percaya kepada karma iaitu kehidupan
selepas kematian. Oleh itu, untuk mendapat kehidupan yang baik di kehidupan yang
akan datang, kehidupan semasa hidup adalah masa terbaik untuk menentukan
kehidupan yang akan datang melalui konsep pembebasan penderitaan melalui
pemadaman nafsu dilakukan dengan sebaik mungkin.
·
Untuk membuat kebaikan, masyarakatnya gemar membuat lawatan ke
kuil, persembahan bunga-bungan, menjemput sami-sami ke majlis tertentu dan
sebagainya.
·
Di Kampuchea, agama ini dibawa masuk dari Thailand dan ia
terbahagi kepada dua mazhab iaitu Mohanikay dan Thommayuttinikay. Perbezaan di
antara dua mazhab ini adalah dari sudut disiplin biara dan pembacaan teks-teks
suci.
·
Agama Buddha di Kampuchea sedikit demi sedikit masa telah
menukarkan konsep ajaran yang berbentuk ajaran psikologi dan etika-etika
kehidupan ini kepada konsep ketuhanan kerana kepercayaan komuniti yang masih
diamalkan itu telah bercampur-aduk dengan agama Buddha.
·
Patung-patung Buddha dianggap sebagai Tuhan dan harus disembah
serta diberikan persembahan.
·
Berbanding rantau Asia Selatan dan Asia Tenggara, wilayah Asia
Timur lebih menyerapkan agama Buddha Mahayana terutamanya di China, Jepun dan
Korea.
·
Agama Buddha mula meresap dalam kehidupan masyarakat China sejak
abad ke-3SM apabila kekuasaan pusat semakin lemah.
·
Agama Buddha mendapat tentangan yang hebat dari golongan
terpelajar penganut Confucius dan penganut Taoisme. Walaupun begitu, agama ini
masih dapat bertapak di China kerana sokongan masyarakat bawahan seperti
golongan petani.
·
Hal ini kerana pada masa itu, rakyat di China mengalami masalah
kebuluran akibat peperangan.
·
Ajaran Buddha yang dibawa masuk pada masa itu dikatakan merupakan
satu penerang kepada masyarakatnya.
·
Lambat-lanun, rakyat China terutama golongan petani (80% rakyat
China adalah terdiri daripada golongan petani), telah menganuti agama ini.
·
Banyak tokong-tokong Buddha telah dibina dan agama ini telah
menyerap ke dalam kehidupan masyarakat secara lembut sekali.
·
Agama ini lebih
menekankan penganutnya hidup secara sederhana dan jangan tamak kepada kemewahan
duniawi. Akhirnya agama ini telah diterima oleh masyarakat China.
·
Penganut-penganut agama Buddha di China seperti Fa-Shien
seringkali mengadakan lawatan-lawatan ke India untuk mempelajari dan
menterjemahkan ajaran Buddha dalam Bahasa Pali ke tulisan Cina.
·
Disebabkan faktor ini, kedua-dua negara ini mempunyai hubungan
diplomatik serta perdagangan yang rapat malah China dikatakan merupakan rumah
kedua dalam penyebaran agama Buddha selepas India.
·
Agama Buddha di Jepun telah dibawa masuk dari China pada abad
ke-6M. Walaupun agama ini mendapat tentangan dari agama Shinto dan Kerajaan
Jepun iaitu Meiji sendiri, namun ia masih boleh menyesuaikan diri dengan
melakukan tolak ansur dengan agama Shinto.
·
Misalnya, patung-patung Shinto dibenarkan dibawa masuk ke dalam
kuil-kuil Buddha tetapi patung-patung itu dianggap sebagai jelmaan Buddha.
·
Terdapat 12 mazhab utama agama Buddha di Jepun dan di antaranya
terdapat 3 mazhab yang aktif iaitu Zen, Nichirin dan Shin.
·
Mazhab Nichirin dikatakan mempunyai paling ramai pengikut dan
mazhab ini berpegang kepada kitab suci Hakke yang dianggap sebagai kitab suci
Buddha.
·
Kitab ini mengajar penganutnya cara mudah untuk masuk ke syurga
iaitu dengan melafazkan ayat “Namu Myorengekyo” yang membawa maksud
“Selamatkan Aku Kitab Suci Hakke”.
·
Sehingga tahun 1930-an, di seluruh Jepun terdapat seramai 50000
orang rahib Buddha dan 71000 buah patung Buddha pelbagai saiz.
·
Penganut-penganut agama ini mencapai 48 juta orang. Walau
bagaimanapun, angka ini bukanlah angka mutlak kerana masyarakatnya mengamalkan
dwi agama.
Kesimpulan
·
Secara kesimpulannya, walaupun agama Buddha mendapat tempat di
ketuga-tiga wilayah itu, tetapi agama ini seperti agama Hindu, Islam, Kristian
dan sebagainya turut bertapak bersama dan agama-agama ini masik kekal di
negara-negara itu sehingga ke hari ini.
·
Pengamalan agama-agama inilah yang menentukan dasar negara dan
corak kehidupan masyarakat pada hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan