As-Salam.
Siapa Ali Adams Nih? Ali Adams, Sedikit Info Mengenai Latar Pendidikannya; Ali Adams Mempunyai Kelayakan Yang Agak Hebat Iaitu, Ph.D. Intelligent Data, Bournemouth University, UK; M.Sc. Software Engineering, Bournemouth University, UK;M.Sc. Electromagnetic Engineering, Cardiff University, Wales, UK.; B.Sc. Electrical Engineering University Of Technology, Baghdad, Iraq.
Menerusi Buku Yang Ditulis Olehnya, Al Quran 2012, Dia Membuat Penemuan-Penemuan Peristiwa Yang Bakal Berlaku Pada Tahun 2012 Berdasarkan Kajian Menggunakan Teori Nombor Perdana. Nombor Perdana Adalah Nombor Asli Yang Lebih Besar Daripada 1, Yang Faktor Pembahaginya Cuma 1 Dan Bilangan Itu Sendiri. Sebagai Contoh, 2 Dan 3 Adalah Nombor Perdana. 4 Bukan Nombor Perdana Kerana 4 Boleh Dibahagi 2. Sepuluh Nombor Perdana Yang Pertama Ialah 2, 3, 5, 7, 11, 13, 17, 19, 23 Dan 29.
Tahun 2012 Di Dalam Al-Quran Yang Dibentangkan Oleh Ali Adalah Berdasarkan Tahun Hijrah Iaitu Tahun 1433 Yang Diolah Dari Surah Ar-Rahmaan. Dalam Surah Ar-Rahmaan Allah Menegaskan Ayat (فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ) Sebanyak 31 Kali Iaitu Pada Ayat Bilangan Berikut;
13, 16, 18, 21, 23, 25, 28, 30, 32, 34, 36, 38, 40, 42, 45, 47, 49, 51, 53, 55, 57, 59, 61, 63, 65, 67, 69, 71, 73, 75, 77 Dan Jumlahnya Ialah (13 + 16 + 18 + 21 + 23 + 25 + 28 + 30 + 32 + 34 + 36 + 38 + 40 + 42 + 45 + 47 + 49 + 51 + 53 + 55 + 57 + 59 + 61 + 63 + 65 + 67 + 69 + 71 + 73 + 75 + 77) = 1433
1433 Merupakan Nombor Perdana Dan Jumlahnya (1+4+3+3=11), Juga Merupakan Nombor Perdana.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan