Sebelum
 kedatangan Islam, masyarakat Melayu menganut fahaman  animisme. Keadaan
 ini berubah selepas kedatanagan Islam yang membawa  konsep tauhid 
dengan menafikan kewujudan Tuhan yang banyak. Bermula  dengan konsep 
keesaan Tuhan dan ibadat yang luas Islam telah berjaya  menarik minat 
masyarakat tempatan. Sejak kedatangan Islam, kehidupan  harian 
masyarakat Melayu dan adat istiadat tertentu yang didapati  bertentangan
 dengan akidah ditinggalkan secara beransur-ansur (Ruslan  Zainuddin, 
2004: 91-92).
Kedatangan
 Islam ke Tanah Melayu dipercayai bermula pada abad  ke-7 masihi. 
Pandangan ini berdasarkan kemungkinan agama Islam  disebarkan oleh para 
pedagang dan pendakwah dari  Asia
 Barat ke Negara China.  Seterusnya Islam semakin berkembang pesat 
berikutan dengan kemunculan  beberapa buah kerajaan Islam di Pasai dan 
Perlak di persekitaran Selat  Melaka pada abad ke-13 Masihi. Mengikut 
cacatan Marco Polo, agama Islam  telah tersebar di Tanah Melayu sebelum 
abad ke-15. Pada tahun 1292,  semasa Marco Polo dalam perjalanan pulang 
dari China, beliau telah melawat  Sumatera. Perlak ialah pelabuhan 
pertama yang disinggahinya. Beliau  menyatakan pada masa itu telah wujud
 usaha-usaha untuk mengislamkan  penduduk tempatan oleh para pedagang 
Arab di Nusantara. Menurut beliau  lagi, itulah satu-satunya negeri 
Islam di Kepulauan Melayu pada masa itu  (Hall dlm Ruslan Zainuddin). 
Manakala Ibn Battutah, pengembara Arab  yang singgah sebanyak dua kali 
di Samudera semasa dalam perjalanan pergi  dan balik dari Negara China 
antara tahun 1345 hingga 1346, menyatakan  bahawa raja Samudera ketika 
itu telah memeluk Islam dan mengamalkan  Mazhab Shafie. Menurut beliau 
lagi, negeri-negeri lain di sekelilingnya  masih belum mmeluk Islam. 
Sepanjang tempoh abad ke-13 dan ke-16 Masihi,  agama Islam telah 
tersebar dengan meluas hampir ke seluruh Kepulauan  Melayu dan 
mengurangkan pengaruh agama Hindu-Buddha yang bertapak  berabad-abad 
lamanya di Tanah Melayu. Sejak itu, Islam telah berkembang  pesat 
sehingga menjadi agama yang dianuti oleh sebahagian besar penduduk  di 
Kepulauan Melayu (Ruslan Zainuddin, 2004: 91).
Asia

Dari
 sudut sejarahnya selepas kedatangan Islam dan pembentukan  Kerajaan 
Melaka yang bercorak keislaman, kita dapati proses Islamisasi  di bidang
 undang-undang, sosio-budaya dan politik berterusan berlaku.  Dalam 
bidang undang-undang dimulai dengan undang-undang Kanun Melaka  & 
Kanun Laut Melaka, diikuti pula dengan Kanun Pahang dan seterusnya  
Kanun Kota Setar dan lain-lain. Demikian juga dengan Perlembagaan  
Terengganu & Perlembagaan Negeri Johor. Perubahan dalam bidang  
sosio-budaya juga berlaku di mana orang Melayu telah menghayati  
nilai-nilai akhlak Islam dalam kehidupan yang terangkum dalam adab-adab 
 kehidupan mereka seperti adab berpakaian, adab berbahasa, adab berjiran
  dan sebagainya. Dalam bidang politik, pemerintah dianggap sebagai  
pemerintah di mana kekuasaan politik itu merupakan satu amanah Allah dan
  para pemimpin diminta bertindak mengikut lunas-lunas yang digariskan  
oleh Islam.
 PENGHAYATAN ISLAM BERTERUSAN DI ZAMAN PENJAJAHAN
Proses
 Islamisasi Undang-undang & Sosio-Budaya dan Politik  tergugat 
dengan kedatangan penjajah British, tetapi tidak banyak  terjejas di 
zaman Portugis dan Belanda. Di zaman penjajahan British  peranan 
Undang-undang Islam diperkecilkan bidang perlaksanaannya &  golongan
 yang terlibat dengan Undang-undang Islam, iaitu hanya untuk  
orang-orang Islam dan bidangnya hanya bidang undang-undang diri dan  
kekeluargaan. Sesungguhnya begitu, kita dapati dalam bidang-bidang yang 
 lain, seperti pendidikan agama, kehidupan keagamaan dan kehidupan  
individu dan keluarga serta masyarakat masih diberi ruang untuk dihayati
  dan tidak diganggu-gugat. Justeru itulah kita dapati perkembangan 
Islam  dan penghayatannya masih dapat dipertahankan (JAKIM).
 PENGHAYATAN ISLAM DI ZAMAN KEMERDEKAAN
Kemerdekaan
 Malaysia  yang dicapai pada 31 Ogos 1957 adalah usaha daripada UMNO, 
yang  dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman. UMNO cuba menunjukkan 
kekuatannya  kepada pihak berkuasa British dengan menggabungkan parti 
China (MCA) dan  parti India (MIC) dalam gagasan “Perikatan”, dengan 
mengekalkan  identiti parti masing-masing dalam perkara-perkara tertentu
 (JAKIM).
Berasaskan
 perikatan ini didapati pensyarikatan kuasa politik  berlaku antara 
etnik China,  India  dan Melayu, tetapi walau bagaimanapun UMNO masih 
merupakan kuasa  politik dominan dalam pemerintahan. Sejak daripada 
tahun 1957 sehingga  kini kedominan parti UMNO dapat dipertahankan dalam
 menguasai  pemerintahan negara. Sungguhpun UMNO sebuah parti sekular,  
pendukung-pendukungnya adalah dari golongan Melayu Muslim yang masih  
sensitif kepada Islam kerana adanya sensitif ini didapati kedudukan  
Islam dan orang Melayu Islam ada keistimewaan-keistimewaan tertentu dan 
 begitu juga intitusi-intitusi Islam di peringkat negeri dan pusat masih
  diberi kedudukannya yang tersendiri (JAKIM).
Sejak
 daripada tercapainya kemerdekaan, perhatian kepada  pembangunan 
masyarakat Islam terus berlaku dalam bidang pendidikan,  ekonomi dan 
sosial cuma yang agak tersekat dalam proses Islamisasi ialah  bidang 
undang-undang yang disegi kenyataannya untuk dibuat perubahan  secara 
menyeluruh terhalang disebabkan beberapa peruntukan yang  ditinggalkan 
oleh penjajah dalam perlembagaan, Undang-undang Federal dan  Pusat. 
Undang-undang yang agak ketara percanggahannya adalah di bidang  jenayah
 hudud, adapun di bidang jenayah membunuh & mencederakan  sebahagian
 daripada prinsip dan hukumnya tidak banyak beza dengan Islam,  demikian
 juga dalam hukum ta’zirkesalahan-kesalahan maksiat. Selain  daripada 
itu dalam muamalat hanya unsur riba yang ketara bercanggah  dengan 
Islam, tetapi dalam bahagian yang lain tidak banyak  percanggahannya. 
Dalam bidang kekeluargaan didapati sepenuhnya  undang-undang Islam 
dilaksanakan, kecuali negeri yang masih berpegang,  kepada adat perpatih
 (JAKIM).
Dalam
 proses meneruskan Islamisasi di bidang undang-undang  didapati 
peruntukan-peruntukan khas diwujudkan untuk kepentingan Islam  dan 
masyarakat Islam seperti Akta Bank Islam, Akta Takaful, Falsafah  
Pendidikan Negara, Akta Universiti Antarabangsa, Akta Koperasi dan  
sebagainya. Melihat kepada perkembangan ini ternyata proses Islamisasi  
berterusan berjalan dengan adanya ruang peruntukan dalam Undang-undang  
Negeri & Persekutuan, Cuma yang perlu diusahakan ialah  
bahagian-bahagian tertentu dalam Undang-undang Federal, Perlembagaan dan
  undang-undang Negeri yang menghalang perlaksanaan Islam yang 
menyeluruh  perlu dipinda (JAKIM).
 
SISTEM DEMOKRASI & PENGHAYATAN ISLAM
Selepas
 merdeka kita didedahkan dengan sistem demokrasi  berparlimen, yang 
ditaja oleh penjajah British sebelum Malaysia  diberi kemerdekaan. Untuk
 melaksanakan sistem demokrasi dalam  pemerintahan maka parti politik 
ditubuhkan. Dalam sistem berparti ini  terdapat peruntukan untuk parti 
pemerintah & parti pembakang.  Dilihat dari sudut Islam sistem 
demokrasi ini dapat diterima dari satu  sudut iaitu memberi suara kepada
 rakyat memilih pemimpin mereka secara  bebas dan terbuka tetapi yang 
tidak cocok dengan Islam ialah ia membelah  umat berterusan kepada dua 
kelompok, kelompok pemerintah dan kelompok  pembangkang yang menentang 
pemerintah dalam ruang terbatas. Sedangkan  dalam Islam mengajak kepada 
kesatuan umat dan mendekatkan jurang  pemisahan di antara kelompok, 
bukan meluaskan jurang (JAKIM).
Walau
 bagaimanapun kenyataan ini wujud di hadapan kita dan kita  terpaksa 
menerima sistem ini dengan dibuat perhitungan bahawa sistem ini  bukan 
suatu kebenaran mutlak dan ia adalah tajaan penjajah yang masih  
meneruskan polisinya “divide & rule”. Kalau diambil asas yang  
masakini iaitu kuasa politik Melayu Muslim masih ada sebagai titik tolak
  untuk menyatukan Kelompok Islam, dengan mengambil kira Islam sebagai  
asas dalam penyelesaian kuasa politik dan cuba menjauhkan titik-titik  
perbezaan serta mencari titik-titik persamaan yang membina, maka  
dirasakan ini lebih bermanfaat untuk kekuatan masa depan politik orang  
Islam. Kalau tidak kita berterusan menjadi alat idea penjajah “divide  
& rule” yang kita sendiri memecahkan kelompok kita dengan tangan  
kita sendiri. Oleh itu bagi memudahkan proses penyatuan umat di masa  
depan kita perlu menerima sebagai suatu kenyataan bahawa negara ini  
ialah sebuah negara Islam. Dengan menerima negara ini sebagai sebuah  
negara Islam bukan bermakna ianya telah selesai segala tuntutannya.  
Kesempurnaannya perlu kepada pengisian daripada kita, sama juga seorang 
 Muslim yang diakui sebagai Muslim selepas mengucap dua kalimah syahadah
  bukan bermakna Muslimnya sudah sempurna, kesempurnaan Islamnya  
bergantung kepada proses peningkatan ilmu & penghayatan Islam pada  
dirinya (JAKIM).
 KESIMPULAN
Tidak
 ada kesepakatan dikalangan ulama tentang kriteria negara  Islam kerana 
tidak terdapat nas Qat’i yang menentukannya. Justeru itu  ulama berbeza 
pandangan dalam ijtihadnya dalam menentukan ciri-cirinya. Ada yang  
mencirikan bilangan majoriti Muslim sebagai penentu dan ada mencirikan  
perlaksanaan syari’ah sebagai penentu. Dalam pengalaman sejarah politik 
 Islam tidak terdapat penentuan cara yang tetap dalam pemilihan pemimpin
  negara. Ada  secara pemilihan terbuka dan ada secara warisan, tetapi 
semua bentuk  pemimpin yang ditentukan itu diterima sah oleh ulama yang 
membincangkan  teori politik Islam. Ulama juga tidak sepakat pendapat 
tentang  syarat-syarat yang ditetapkan bagi ketua negara, kecuali 
beberapa syarat  sahaja seperti keupayaan jasmani, kelayakan 
undang-undang, adil,  kelayakan ilmu siasah, peperangan dan pentadbiran.
 Kerakyatan negara  Islam sama ada Muslim atau bukan Muslim adalah sama 
disegi hak dan  kewajipan kecuali perkara-perkara khusus yang 
dikecualikan. Mereka  dikira sebahagian daripada umat Islam (ummatun min
 al-Muslimin). Malaysia  adalah sebuah negara Islam berdasarkan kepada 
majoriti penduduk Islam,  keamanan yang dinikmati, perlaksanaan 
undang-undang Islam sebahagian  besarnya dan kepimpinan negara dikuasai 
oleh orang Melayu Muslim  (JAKIM).
 PENUTUP
Dengan penerimaan negara ini sebagai sebuah negara Islam  menimbulkan beberapa implikasi dalam kehidupan Muslim.
1. Muslim berhak menuntut pemerintah melaksanakan Islam  sepenuhnya kerana itu adalah tanggungjawabnya sebagai pemerintah Islam.
2.
 Muslim dapat hidup dengan harmoni dan dapat berusaha  meningkatan 
produktiviti untuk kepentingan Islam, kerana terdapat sikap  baik sangka
 antara satu dengan yang lain.
3.
 Menimbulkan tanggungjawab yang lebih kepada Muslim untuk  melaksanakan 
Islam di mana saja dia berada, kerana tidak dirasakan ada  sesuatu yang 
bercanggah yang patut dielakkan dalam kehidupannya.
4.
 Membina sikap positif dan membuat kritikan yang membina untuk  
kepentingan Islam, serta berpatisipasi dalam memenuhi tuntutan Islam di 
 mana saja ada kekurangan.
5. Setiap individu Muslim merasa berkewajipan untuk membangun  negara dan umatnya dalam keupayaan masing-masing.
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan