mungkin ramai yang dah tahu tapi mungkin juga ramai yang tak tahu..
jadi dikongsikan sebagai untuk mengingatkan balik kepada yang dah tahu dan memberi ilmu baru kepada yang masih belum tahu..
jangan main tukar je..hehehe..
biasanya kita memilih tayar berdasarkan nombor pada tayar tu kan..
contoh nombor kat tayar diatas P185/60R14 82H
Nombor 185 yang pertama dalam siri merujuk kepada lebar tayar itu dalam  milimeter, iaitu jarak diukur dari sisi ke sisi.
Nombor 60 menyatakan nisbah  aspek (aspact ratio) tayar atau ketinggian tayar berbanding dengan  kelebaran tayar itu.
Huruf "R" merujuk kepada binaan 
tayar radial dan kesemua tayar kereta  menggunakan binaan radial sejak 
20 tahun lalu. Tayar binaan radial tidak  mempunyai tiub dan memberi 
prestasi lebih bagus. 
Angka 14 merujuk  kepada garis pusat (diameter) rim untuk membolehkan tayar dimuatkan.
Nombor 82 melambangkan indek 
keupayaan mengangkut berat tayar itu. Rujuk jadual index beban. oleh 
kerana kereta menggunakan 4 tayar, darabkan berat dengan 4..
Huruf "H" yang terakhir adalah menyatakan kelajuan maksima bagi sesebuah tayar yang direka. Rujuk jadual kadar kelajuan.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan