7 Tips Mengatasi Masalah Putus Cinta
Malam tadi saya terima satu SMS daripada seorang kawan. SMS beliau mengatakan yang dia telah putus cinta. Situasi ini jugak banyak berlaku di facebook. Status di update dalam keadaan marah, manja, kecewa, ketawa, gembira dan sedih. Ini semua disebabkan satu perkataan iaitu CINTA.
Sudah menjadi adat orang bercinta, gaduh ala-ala hindustan sudah menjadi kemestian. Cuba anda bayangkan ikatan perkahwinan suami isteri pun boleh terpisah inikan pula pasangan kekasih tanpa sebarang ikatan.
Dengan hanya satu sebab, bila cinta itu tidak indah lagi seperti yang diimpikan pada awalnya. Cinta ini sangat aneh kalau anda hendak tahu. Ianya sangat sukar untuk diterjemahkan. Datangnya bukan dari paksaan dan perginya pula tanpa kerelaan.
Kita selalu dengar orang mengatakan cinta kepada seseorang hanyalah cinta sementara dan cinta yang kekal adalah cinta kita kepada-Nya. Cinta tidak berupa tatapan satu sama lain, tetapi memandang ke luar bersama dan ke arah yang sama iaitu mencari cinta Ilahi agar sesebuah ikatan itu diredhai-Nya.
Mungkin ada di antara kita yang pernah mengalami situasi seperti ini. Sungguh pahit untuk ditelan dan sakit untuk diubati. Apa yang pasti kecewa akan mengambil alih perasaan itu. Panas yang ku sangkakan hingga ke petang rupanya hujan ditengahari. Nah, 7 cara mudah untuk atasi kecewa putus cinta!
- Dekatkan diri dengan Allah dan perbanyakkan membaca al-Quran untuk ketenangan jiwa.
- Lakukan seberapa banyak kerja untuk melupakan perasaan sedih.
- Keluar bersama kawan kawan dan lakukan aktiviti tertentu yang bermanfaat.
- Tidak menyalahkan diri sendiri dan sentiasa berfikiran positif.
- Bagi yang berkemampuan, pergi membeli belah bersama keluarga atau kawan-kawan.
- Pergi ke tempat yang dapat menenangkan jiwa anda.
- Cari seberapa ramai kawan di laman sosial yang boleh membuatkan anda gembira dan rasa sedih itu hilang.
Ada juga yang mengatakan dengan menanam sifat benci terhadap bekas pasangan kekasih kita dengan cara menulis seberapa banyak perkara buruk tentang dia dapat membantu untuk melupakannya.
Pada pandangan saya, cara itu adalah silap. Semakin kita benci semakin kuat perasaan itu menguasai anda. Benci tapi rindu terutamanya cinta itu adalah cinta pertama anda. :)
Walaupun anda sudah berkahwin untuk 40 tahun lamanya, tetapi luka putus cinta anda 41 tahun yang lepas pasti masih terasa. Jadikan diri anda tuan cinta bukannya hamba cinta
Tiada ulasan:
Catat Ulasan