Musibah
 melanda lagi. Apa yang menimpa Gaza, harusnya dirasakan oleh kita jua. 
Jika tidak ada apa-apa terasa di jiwa, khuatir di dalam dada itu tidak 
ada rasa bersaudara. Dan tidak ada rasa bersaudara… petunjuk tidak ada 
iman.
Bukankah iman dan  persaudaraan itu 
saling berkaitan? Hanya dengan iman, datanglah rasa persaudaraan yang 
hakikit. Yakni persaudaraan yang merentasi jarak, bangsa dan rupa. Islam
 itu adalah syahadah yang mengatasi pertalian darah.
Siapapun akan menangis, melihat Gaza 
menangis. Dari jauh kita himpunkan doa. Dari dekat, kita menyatakan 
sikap. Di celah dinihari, moga ramai yang tahajud dan solat untuk  umat 
 Islam di Palestin.
Giliran mereka diuji, mengingatkan kita 
bahawa hari kita juga pasti datang. Dimulai dengan penjajahan fikiran 
dan perasaan melalui hedonisme, sekularisme dan materialisme… akhirnya 
 peluru api dan besi para tirani akan merobek batasan geografi dan watan
 kita. Ketika kita menangisi Gaza, tangisilah jua nasib umat kita di 
sini. Umat yang kian leka, lalai dan lupa… padahal rantai-rantai 
pemikiran sudah diikat di tengkok kita, dan jiwa kita sudah mula 
dikunci, hanya menanti masa sahaja iman dan Islam kita bakal disembelih!
Untuk sahabat-sahabatku  di Gaza, ku 
rakamkan tulisan ini sebagai titisan prihatinku untuk nasib kalian 
(nasib kita jua).  Hanya satu pesanku, untuk mu dan untuk ku… BELAJARLAH DARI MUSIBAH!
Selaku umat Islam yang wajib meyakini kasih sayang Allah sentiasa 
melindungi kehidupan kita. Kalimah “Bismillahir Rahman nir Rahim” – 
dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang – sentiasa 
menjadi sebutan kita. Namun ketika musibah seperti kematian, kesakitan, 
kemiskinan, kegagalan dan kekalahan melanda diri, mungkin hati kecil 
kita tertanya-tanya, mengapa? Mengapa Allah yang Maha Pengasih dan 
Penyayang itu mentakdirkan begitu? Sudah sirnakah kasih-sayangNya?
Jangan. Jangan begitu. Dalam apa jua 
keadaan pun kita wajib yakin bahawa takdir Allah pasti mengandungi 
banyak hikmah dan kebaikan. Istilah buruk, hanya ada dalam rumus 
pemikiran manusia. Manakala di sisi Allah, segalanya punya maksud baik 
walaupun kekadang pada zahirnya tidak begitu. Kelihatannya sangat pahit,
 tetapi ia manis dan indah. Hanya apabila hikmahnya dapat dicungkil, 
insya-Allah.
Mengetahui dan merasai hikmah sesuatu musibah akan dapat meringankan 
beban perasaan dan menjawab banyak tanda tanya dalam jiwa terhadap 
perkara-perkara yang tidak selari dengan kehendak kita. Ia adalah syarat
 bahagia dan ketenangan jiwa.  Apa pun, hanya mereka yang sempurna akal 
dan penelitiannya sahaja yang dapat menjangkau hikmah yang tersirat di 
sebalik cubaan dan bala yang menimpa.
Justeru seorang ahli hikmah, Ibn Ataillah
 Askandari pernah berkata, “Barang siapa yang menyangka sifat kasih 
sayang Allah terpisah dalam takdir-Nya, maka itu adalah kerana 
pen¬deknya penglihatan akal dan mata hati seseorang.”  Tegasnya, apa jua
 takdir Allah pasti bermaksud baik walaupun kelihatannya pahit. Beliau 
berkata lagi, “Bila Allah menguji orang Islam dengan tragedi, maka 
mereka mesti melihat dengan mata hati, dan memikirkan dengan akal, agar 
tercungkil hikmahnya. Jika tidak, itu petanda penglihatan hati tidak 
jauh, akal yang pendek.”
Untuk mencari hikmah sesuatu musibah kita
 mesti meyakini terlebih dahulu bahawa musibah adalah sebahagian ujian 
yang pasti menimpa manusia. Ujian adalah satu sunnatullah (peraturan 
Allah) yang tidak ada siapa pun dapat menghindarkannya kerana hidup ini 
hakikatnya adalah satu ujian. Bila sanggup hidup, mesti sanggup diuji. 
Firman Allah s.w.t.:
“Dijadikan mati dan hidup kepada kamu untuk menguji siapakah yang terbaik amalannya.”
(Surah al-Mulk: 3)
“Dijadikan mati dan hidup kepada kamu untuk menguji siapakah yang terbaik amalannya.”
(Surah al-Mulk: 3)
Apa itu musibah? Secara ringkasnya musibah ditakrifkan sebagai segala 
sesuatu yang tidak disukai oleh manusia berupa kematian, kesakitan, 
kemiskinan, ketakutan, kegagalan, kesedihan dan lain-lain.  Jadi, Allah 
pasti menguji kita dengan sesuatu yang tidak kita sukai (musibah). Kita 
tidak sukakan kematian, tetapi siapa yang boleh mengelak daripada mati? 
Kita benci kesakitan, tetapi itulah adalah lumrah hidup. Lalu hati kita 
bertanya lagi, mengapa Allah datangkan semua itu? Apa perlunya musibah?
Musibah ditakdirkan adalah untuk 
menyerlahkan nilai diri kita di sisi Allah. Terutamanya Allah hendak 
menilai (walaupun hakikatnya Allah maha Mengetahui) sejauh mana hati 
kita. Sesungguhnya, Allah menilai hati kita dan amalan kita. Sabda 
rasulullah SAW:
“Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa kamu tetapi Allah melihat hati dan amalan kamu.”
“Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa kamu tetapi Allah melihat hati dan amalan kamu.”
Dengan ujian sakit, barulah diketahui 
tahap kesabaran dalam hati kita. Bila diuji dengan peperangan, baru 
terserlah tahap keberanian kita. Khususnya bagi orang yang beriman, 
ujian didatangkan untuk menilai dan mengukur semula sejauh mana keimanan
 kita kepada Allah. Oleh itu iman dan ujian saling berkaitan. Lebih 
tinggi tahap keimanan seseorang semakin berat ujian yang diterimanya.
Apa¬bila diuji barulah diketahui apakah hati itu telah yakin (beriman) ataupun masih ragu-ragu. Firman Allah s.w.t.:
“Apakah manusia mengira, ia akan dibiarkan sahaja, mengatakan kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji?”
(Surah al-Ankabut: 2)
“Apakah manusia mengira, ia akan dibiarkan sahaja, mengatakan kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji?”
(Surah al-Ankabut: 2)
Namun begitu, perlu diketahui bahawa 
Allah menguji orang Islam atas se¬bab-sebab yang berbeza yakni mengikut 
tahap hubungan mereka dengan ALLAH. Berdasarkan sebab-sebab itulah 
letaknya kemuliaan atau kehinaan seseorang manusia. Ujian yang berlaku 
kepada manusia sama ada memuliakannya atau menghinakannya.
Musibah menimpa semua manusia – tidak kira sama ada yang baik atau yang 
jahat. Cuma bagaimana keadaan seseorang semasa dia ditimpa musibah dan 
bagaimana dia menghadapi musibah itu menentukan darjatnya di sisi Allah.
  Benarlah seperti yang selalu diungkap“… it’s not what happens to you, 
but it’s what you do about it.”
Bukan kerana apa yang berlaku kepada kita yang penting, tetapi apa yang kita lakukan terhadapnya. Jadi amat berbeza sekali apa yang dilakukan oleh orang yang akrab dengan Allah berbanding dengan orang yang jauh daripada Allah walaupun musibah yang menimpa mereka sama. Ya, kita tidak boleh mengelakkan diri daripada musibah tetapi kita mampu mengubah musibah itu menjadi satu kebaikan sekiranya kita dapat merasai hikmahnya dan bertindak selaras dengan hikmah tersebut.

Sekurang-kurangnya ada tiga jenis musibah
 (walaupun pada hakikatnya musibah itu sama sahaja) tetapi yang berbeza 
adalah disebabkan keadaan diri orang yang menerimanya dan bagaimana 
mereka bertindak ketika menghadapi musibah tersebut.
1. Kifarah.
Yakni musibah ke atas orang yang baik 
tetapi ketika itu terlanjur melakukan kejahatan kerana kelalaian dan 
tidak mampu melawan hawa nafsu. Maka musibah itu diturunkan sebagai 
“tebusan” untuk meng¬hapus¬kan dosa dan ketelanjuran itu. Ertinya, Allah
 membalas kesalahannya di dunia untuk melepaskannya daripada dibalas di 
akhirat. Ini lebih baik kerana azab di dunia lebih ringan berbanding 
azab di akhirat.
Ringkasnya, kifarah adalah ujian untuk “orang baik yang terbuat jahat”. Dengan ujian itu, “orang baik” tersebut akan mendapat peringatan dan amaran atas kelalaian dan ketelanjurannya lalu berusaha untuk bertaubat kepada Allah.

“Dan Kami (Allah) timpakan kepada mereka azab supaya mereka kembali ke jalan yang benar.” (Surah al-Zukhruf, 43: 48)
“Dan Kami (Allah) timpakan kepada mereka azab supaya mereka kembali ke jalan yang benar.” (Surah al-Zukhruf, 43: 48)
Firman Allah swt:
“Dan kami bagi mereka di dunia ini menjadi beberapa golongan. Di antara mereka ada yang soleh dan di antara mereka ada yang tidak demikian. Dan Kami cuba mereka dengan nikmat yang baik-baik dan bencana yang buruk-buruk, agar mereka kembali kepada kebenaran.” Al A’raf 168

2. Bala.
Yakni ujian ke atas orang jahat yang 
sedang melakukan kejahatan. Allah datangkan musibah itu sebagai hukuman 
di dunia sebelum dihukum lebih berat di akhirat. Dengan kemurkaan-Nya 
Allah turunkan kepedihan dan kesengsaraan di dunia lagi sebelum orang 
itu diazab di neraka. Orang yang begini akan diseksa dua kali, pertama 
di dunia, kedua di akhirat.
Ringkas¬nya, bala ialah bentuk ujian ke 
atas “orang jahat yang buat jahat”. Umat Nabi Nuh yang ditenggelamkan 
banjir,  Fir’aun yang ditenggelamkan di Laut Merah, Namrud yang dibunuh 
nyamuk, Qarun yang ditelan bumi adalah antara mereka yang ditimpa bala 
di dunia lagi sebelum merasai pula seksa di akhirat.
Firman Allah s.w.t.:
“Dan jika mereka berpaling, nescaya Allah akan meng¬azab mereka dengan azab yang pedih di dunia dan di akhirat.”
(Surah al-Tawbah, 9: 74)
“Dan jika mereka berpaling, nescaya Allah akan meng¬azab mereka dengan azab yang pedih di dunia dan di akhirat.”
(Surah al-Tawbah, 9: 74)
Firman Allah lagi:
“maka masing-masing (mereka itu) Kami seksa disebabkan dosanya, maka di antara mereka ada yang Kami timpakan kepadanya hujan batu krikil dan ada antara mereka yang ditimpa suara keras yang mengguntur, dan di antara mereka ada yang Kami benamkan ke dalam bumi, dan di antara mereka ada yang Kami tenggelamkan, dan Allah sekali-kali tidak menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri.” Al Ankabut: 40

3. Ibtila’
Yakni musibah ke atas orang baik ketika 
melakukan ke¬baikan. Ia adalah tanda kasih sayang Allah kepada hamba-Nya
 yang taat. Justeru dengan ibtila’ hamba itu akan mendapat pahala 
berganda dan ditinggikan darjatnya di sisi Allah. Dengan musibah, orang 
yang soleh ini akan mendapat pahala syahid, pahala sabar, pahala redha, 
pahala qanaah, pahala pemaaf, sangka baik dan sebagainya.
Justeru jika tidak diuji, bagaimana hamba yang taat itu hendak mendapat 
pahala sabar, syukur, reda, pemaaf, qanaah daripada Allah? Maka dengan 
ujian bentuk inilah ada di kalangan para rasul ditingkatkan kepada 
darjat Ulul Azmi (Nabi Muhammad, Nabi Nuh, Nabi Musa, Nabi Ibrahim, Nabi
 Isa) – yakni mereka yang paling gigih, sabar dan berani menanggung 
musibah.
Ringkas¬nya, ibtila’ ialah ujian ke atas 
“orang baik yang buat baik”. Golongan para nabi, siddiqin, syuhada dan 
solehin ialah mereka yang sentiasa diuji dalam bentuk ibtila’ ini 
khususnya ketika mereka berjuang menegakkan kebenaran. Untuk mengambil 
ibrah dan hikmah daripada sikap mereka ini Allah s.w.t. telah 
mengingatkan kita menerusi firman-Nya:
“Apakah kamu mengira akan masuk ke dalam syurga sedangkan kepada kamu belum datang penderitaan sebagai¬mana yang dideritai orang-orang terdahulu daripada kamu, iaitu mereka ditimpa kesengsaraan, kemelaratan dan ke¬goncangan, sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya merintih: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?”
(Surah al-Baqarah: 214)

Pendek kata, bagi orang beriman, ujian 
bukanlah sesuatu yang negatif kerana Allah sentiasa mempunyai 
maksud-maksud yang baik di sebalik ujian itu. Bila menerima musibah 
tidak sekalipun mereka tidak mengeluh atau mengadih, “kenapa aku yang 
kena?” sebaliknya mereka akan berkata, “aku telah terpilih.” Maksudnya, 
terpilih untuk ditinggikan darjat di sisi Allah dan terpilih untuk 
mendapat pahala yang besar berganda.
Untuk orang yang sabar Allah menjanjikan bahawa orang yang sabar itu diganjari dengan pahala tanpa hisab.
Bagi mereka yang syahid pula, Rasulullah saw telah bersabda:
“Akan diampuni bagi orang yang mati syahid setiap dosanya kecuali hutang.” (HR Muslim).
Bagi mereka yang syahid pula, Rasulullah saw telah bersabda:
“Akan diampuni bagi orang yang mati syahid setiap dosanya kecuali hutang.” (HR Muslim).
Atas dasar itulah sebahagian ulama salaf berkata:
“Andaikan tidak ada musibah di dunia, tentu kita datang pada hari kiamat tanpa membawa pahala.”
Bagaimana pula nasib orang yang derhaka ketika mereka ditimpa musibah? Apakah Allah tidak sayangkan mereka? Jangan tersilap, malah dalam keadaan ber¬dosa sekalipun, ujian didatangkan Allah adalah untuk kebaikan.

Jika orang baik mendapat peningkatan 
darjat bila menerima musibah, maka orang yang berdosa pula mendapat satu
 pengampunan dengan musibah (kafarah) yang diterimanya. Rasulullah saw 
bersabada:
“Tidaklah seorang mukmin tertimpa musibah tertusuk duri atau lebih dari itu, kecuali dengannya Allah akan menghapuskan sebagaian dosanya.” (HR Bukhari dan Muslim.)
“Tidaklah seorang mukmin tertimpa musibah tertusuk duri atau lebih dari itu, kecuali dengannya Allah akan menghapuskan sebagaian dosanya.” (HR Bukhari dan Muslim.)
Tanpa menuding jari kepada sesiapa maka 
kita harus bermuhasabah terhadap diri sendiri, ketika ditimpa musibah 
kita di golongan yang mana?  Golongan yang diuji secara ibtila’, kafarah
 atau bala? Paling tidak tidaknya, biarlah kita diuji secara kafarah, 
yang dengannya kita akan menyegerakan taubat kepada Allah. Tagihlah 
janji Allah ini:
“Dan apa sahaja musibah yang menimpa kamu adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, maka Allah memaafkan sebahagian besar dari kesalahan-kesalahanmu.” Syura: 30
“Dan apa sahaja musibah yang menimpa kamu adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, maka Allah memaafkan sebahagian besar dari kesalahan-kesalahanmu.” Syura: 30
Itulah antara hikmah terbesar di 
sebaliknya datangnya musibah. Yang dapat dimanfaatkan bukan sahaja oleh 
hamba Allah yang taat, tetapi juga hamba yang menderhakai-Nya. Maka 
daripada dimensi pemikiran inilah kita harus melihat apa di sebalik 
musibah demi musibah yang menimpa umat Islam kini.
Umat Islam telah dibunuh, dijajah, 
dirogol, ditimpa pelbagai bencana alam seperti tsunami, banjir besar dan
 lain-lain. Musibah ini dideritai oleh semua umat, tidak kira yang 
derhaka atau yang taat menepati apa yang telah ditegaskan Allah menerusi
  firman-Nya:
“Dan peliharalah dirimu daripada seksaan yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zalim sahaja di antara kamu. Dan ketauilah Allah amat keras seksaan-Nya.” Al Anfal 25
“Dan peliharalah dirimu daripada seksaan yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zalim sahaja di antara kamu. Dan ketauilah Allah amat keras seksaan-Nya.” Al Anfal 25
Semua musibah itu hakikatnya untuk 
mengingatkan umat Islam agar kembali kepada Allah – beriman dan 
menegakkan hukum-hakam-Nya dalam seluruh aspek kehidupan. Firman Allah:
“Dan sesungguhnya kami telah mengutus (rasul-rasul) kepada umat-umat yang sebelum kamu, kemudian Kami seksa mereka dengan menimpakan kesengsaraan dan kemelaratan supaya mereka memohon kepada Allah dengan tunduk merendah diri.” Al An’am 42.

Malangnya, sebahagian besar umat Islam 
masih berdegil. Justeru,  tidak mustahil Allah akan terus “membersihkan”
 bumi Afghanistan, Iraq, Khasmir dan Palestin daripada terus dihuni oleh
 insan-insan derhaka melalui musibah sama ada yang berbentuk iblita’, 
kafarah atau bala. Kematian, kehancuran dan penjajahan akan terus 
berlaku. Insya-Allah setelah dunia Islam “dibedah” dan orang-orang jahat
 yang umpama “barah” yang menanah itu dikeluarkan, maka barulah muncul 
generasi yang lebih bersih, kuat dan ber¬iman.
Dan hanya pada ketika itu dua golongan 
umat Islam – pertama mereka yang diuji secara ibtila’ dan kedua, mereka 
yang kembali bertaubat bila diuji secara kafarah, akan mendapat bantuan 
Allah untuk menggerakkan satu kebangkitan baru Islam yang lebih kuat dan
 bertenaga.
Akhirnya, perlulah diketahui bahawa 
rahsia kejayaan  para rasul dalam misi perjuangan mereka ialah kerana 
mereka sentiasa mendapat bantuan daripada Allah. Untuk itu mereka 
berusaha melalui dua dimensi. Pertama, dimensi lahiriah yakni dengan 
memerah tenaga, fikiran dan menyediakan kekuatan material dan fizikal. 
Kedua, dimensi rohaniah yakni dengan melakukan amalan taat dan 
meninggalkan maksiat. Hasilnya, mereka dapat mengalahkan musuh yang 
lebih ramai, kuat, dan kaya daripada mereka.
Firman Allah s.w.t.:
“Berapa banyakgolongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang ramai dengan izin Allah.”
Musibah yang berlaku ke atas umat Islam 
di serata dunia sesungguhnya membawa hikmah yang besar apabila dilihat 
dengan mata hati. Pada zahirnya, negatif tetapi secara tersirat ia 
membawa seribu satu hikmah dan pengajaran. Dalam apa jua keadaan, susah 
mahupun senang, orang yang beriman akan mendapat kebaikan. Rasulullah 
s.a.w. bersabda:
“Perumpamaan orang yang beriman apabila ditimpa ujian, bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilanglah karatnya (tahi besi) dan tinggallah yang baik sahaja!”
“Perumpamaan orang yang beriman apabila ditimpa ujian, bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilanglah karatnya (tahi besi) dan tinggallah yang baik sahaja!”
Rasulullah s.a.w. bersabda lagi:
“Amat menarik hati keadaan orang beriman, semua pekerjaannya baik belaka, dan itu ada hanya pada orang beriman: Jika memperoleh kesenangan, dia bersyukur. Dan itu memberikannya kebaikan (pahala). Jika ditimpa bahaya (kesusahan), dia sabar dan itu juga memberikannya kebaikan.” – Al Hadis.

Ya, yang penting dalam musibah yang 
menimpa umat Islam kini ialah bagaimana kita bangun kembali setelah 
diuji. Kata bijak pandai: “It is not how low you fall but how high you 
bounce back!” Tegasnya, musibah-musibah yang datang bertubi-tubi ke atas
 umat Islam kini ialah untuk menyerlahkan siapakah di antara kita umat 
Islam sebenar dan siapa pula umat Islam yang menyamar?
Hanya umat Islam yang benar-benar 
berpegang dan mengamalkan kebenaran sahaja akan diberi kemenangan dalam 
menghadapi musuh-musuhnya. Musibah adalah kaedah Allah untuk 
menyerlahkan siapa yang benar itu. Mereka yang memohon keampunan lalu 
diberikan keampunan dan dibebaskan daripada kesempitan. Sabda Rasulullah
 saw:
“Barangsiapa yang memperbanyakkan istighfar, maka Allah akan membebaskannya dari kesedihan, dan memberi jalan keluar bagi kesempitannya dan akan memberi brezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.” HR Abu Daud

Tiada ulasan:
Catat Ulasan