Aduh...
terkelu lidah ini tatkala membaca artikel seorang pejuang indonesia
mengenai pendapat beliau agak keras dan keterlaluan mengenai Tabiat orang Melayu seperti Yahudi.
Sampai begini jauhnya pandangan mereka terhadap kita. Tidaklah aku
menyangka yang mana kita menganggap mereka saudara terdekat malah kita
dibalas satu ayat yang tidak dapat diterima oleh akal sihat. Menyamakan
kita seperti Yahudi seolah-2 kita seperti kaum Laknatullah yang hanya
mementingkan diri dan berbuat sesuka hati seperti yang kita lihat
sehari-2 di kaca television mengenai layanan Yahudi terhadap Palestin
yang di rampas tanah dan harta benda mereka. Aku teringin sekali
menjawab dan membandingkan apa yang mereka katakan.
Orang melayu malingsia harus kita beri perhatian khusus, bukan karena mereka orang melayu, tapi karena merekalah yang mengisi pos-pos penting di dalam kehidupan bernegara malingsia. Sehingga hampir semua kebijakan negara, mereka yang mengeluarkan. Penting bagi kita untuk mengetahui karakter orang melayu malingsia sebelum kita mengambil tindakan. Pengalaman saya tinggal di sana, dalam hal politik, orang cina dan india cuma punya peran yang sangat sedikit kalau tidak mau dibilang tidak ada sama sekali. - Waduh bung, terlalu jahatnya kami dimata anda.. saya lebih suka memberitahu anda bahawa satu jari yang menunding kearah orang lain lebih kecil berbanding 4 jari yang menunding kearah anda kembali.
Mari kita bandingkan apakah peran India dan Cina di tempat kami berbanding anda disana. Populasi penduduk Malaysia yang hanya sekitar 1 per 10 dari penduduk Indonesia dan lihat etnis dan suku kaum yang berada didalamnya. Diperkirakan 1/4 bagi orang kaum (ethnis) Cina dan 1/10 terdiri dari kaum (ethnis) India dari keseluruhan penduduknya. Dan kirakan jumlah menteri yang berada didalamnya mengikut kaum (ethnis) dan buat perbandingan. Jika anda menyatakan bahawa dalam hal politik, orang cina dan india cuma punya peran yang sangat sedikit kalau tidak mau dibilang tidak ada sama sekali mari kita buat perhitungan tanpa buruk sangka. Jika dikira dari kesuluruhan jemaah menteri termasuk menteri utama, timbalan (wakil menteri) dan Parlimen Sekretaris kira-kira terdapat : 49 orang Melayu, Cina 24 orang dan India 7 orang serta Sabah dan Serawak 5 orang. Dimana letaknya kenyataan tidak bertangungjawab anda yang telah tinggal di Malaysia selama 5 tahun. Mungkin penulis ini tinggal dikongsi pendatang haram. Maka dia tidak nampak apa yang berlaku disini.Nah, Bandingkan pula dengan keadaan dan cuaca politik di negara anda. Kelihatannya penduduk Indonesia (seperti juga Malaysia) merangkumi berbagai suku dan ethinis. Berdasarkan cia.gov jelas menunjukkan Indonesia didiami oleh 29% penduduk bukan peribumi. Mungkin dalam 29% tadi berkemungkinan besar 25% adalah bangsa Cina Indon dengan kata lain ia dapat mewakili 1/10 penduduk Indonesia yang berjumlah kurang lebih 250 juta. Dengan jumlah sebanyak itu ia hampir sama dengan penduduk Malaysia keseluruhannya (termasuk di Sabah dan Sarawak). Tapi yang menjadi sangat hairan, tidak ada satu pun bangsa Cina, jauh sekali bangsa India yang mewarnai Parlimen anda? Secara amnya perhitungan ini sama dengan 9 penduduk peribumi dan seorang warga Cina tapi dan secara adil dan saksama ia mestilah sama dengan jika ada 40 ahli parlimen Indonesia sekurang-kurangnya harus ada 4 orang wakil Cina. Adakah ini namanya adil?. Jangan bicara jika tidak ada bangsa Cina dan India di Indonesia tidak berminat menjadi menteri. Tidak masuk akal namanya tuh. Kemana perginya mereka semua? Dan yang lebih menarik lagi kelihatannya anggota Parlimen anda diwarnai oleh kebanyakkan dari Suku Jawa. Dahulu diwaktu zaman batu terdapat seorang warga Cina menjadi menteri anda. Jangan di andalkan yang itu sebagai perbandingan. Kini sudah tiada lagi dan saya rasa tidak mungkin sama sekali mulai hari ini dan mendatang.
Tambah anda lagi - Yang saya perhatikan ketika tinggal di malingsia selama 5 tahun, orang melayu disini menganggap diri mereka seperti “the choosen community”. Mereka selalu merasa spesial, selalu diatas, selalu menang dan tidak ingin kalah. Kalo boleh saya bilang, tabiat mereka hampir mirip-mirip orang yahudi dengan konsep “umat pilihan” Mungkin anda tidak dapat bezakan antara si menumpang dan tuan rumah. Jika di Indonesia sendiri penduduk pendatang seperti Cina dan India adakah dikira sebagai peribumi? Saya tidak yakin sama sekali anda dan rakyat Indon ingin berlaku adil kepada mereka sebagai warga pendatang. Lihat saja di pejabat-pejabat pemerintahan kalian. Mau terasa terkeluar biji (bola) mata ini kiranya saya terlihat ethnis Cina atau India mejawat departement (Jabatan-2) anda. Jangankan peringkat atasan malah pencuci WC (tandas) sekali pun kita tidak akan menjumpainya dan tidak akan ada sama sekali. Sekali lagi jangan jadikan alasan bahawa negara Indon sudah memberi peluang ini dan Ethnis lain tidak berminat... Tidak masuk akal sama sekali. Sifat lumrah ini wujud disetiap manusia atau tuan dinegaranya sendiri. Jika bukan kerja keras Ethnis pendatang mungkin mereka akan dipijak dan direndahkan-2 oleh tuan tanah yang ditumpanginya. Tidak kira dimana sahaja. Ini juga berlaku di Indon mahu pun Malaysia. Negara Thai juga begitu pendatang tidak diberi ruang untuk menyaingi peribumi.
Saya lihat perbedaan yang paling nyata, Ethnis (Kaum) Cina dan India di Indonesia tidak sesekali berani bertindak seperti berdemon di depan gedung MPR kalian. Mungkin kerana takut akan diambil tindakan dan di cop sebagai tidak tahu diri menumpang di negara orang tapi banyak ulah.
Seperkara lagi potongan diskaun untuk bumiputera tidak terlalu banyak, hanya sekitar 10% sahaja. Ini cuma kunci menggalakan pembeli peribumi untuk memiliki rumah yang kadang-2 hanya kaum Cina yang mampu memilikinya. Kerajaan tidak mengalakkan Cina, India dan Melayu tinggal dikawasan mengikut Ethnis. Harga murah ini tidak lain menggalakkan orang Melayu membeli rumah kerana kebanyakkan orang Melayu masih ada yang kurang beruntung dan kurang mampu.
Kenapa bisa seperti itu, padahal orang melayu malingsia itu keturunan suku-suku di indonesia, seperti suku minang, bugis, jawa, bawean, madura, dll, yang kalo di indonesia bisa menerima perbedaan pendapat dan kehendak? Kenapa mereka bisa begitu arogan? Kenapa mereka tidak mempunyai semangat yang sama dengan saudara-saudara se-suku mereka yang di indonesia?Anda mengatakan.. bahawa kami tidak sama seperti kalian di Indonesia yang menerima perbezaan dan kehendak? - Benar kami memang berasal dari Indonesia dan beberapa suku dari Thailand tapi perbezaan kehendak hanya kami turuti dari suku kami (Melayu) sahaja dan kami tidak pernah menganggap Jawa, Madura dan sebagainya adalah suku. Kami akan masukkan mereka ke dalam sebuah ethnis (Kaum) iaitu kaum Melayu. Makanya anda akan lihat parlimen Malaysia seperti Rojak. Tidak didominasi oleh satu suku sahaja. Kalau Di Parlimen Indonesia yang saya perhatikan banyak nama yang dihujungi abjad "Oe" atau "O". Saya tidak percaya jika anda juga menuruti kehendak Ethnis Cina dan India yang mahu menjadi menteri dan meminta yang sama seperti peribumi begitu juga orang Thailand akan menuruti kehendak pendatang, tidak seperti Malaysia dimana ada orang Thailand mengatakan orang peribumi Melayu terlalu baik dan memberi muka kepada pendatang sedangkan satu hari nanti kamu akan dipijak jelasnya. Sedangkan Malaysia mahu berbahagi rezeki ekonomi kepada seluruh kaum namun mengikut budget dan "tuan rumah" mesti diutamakan. Itu sahaja.