Rabu, 7 November 2012

ORANG MELAYU ADALAH SIFAT YANG KOTOR SERTA DENGKI DAN KHIANAT

Barisan Nasional akan berhadapan dengan cabaran yang paling besar pada PRU 13 ini untuk mendapatkan majoriti 2/3 diparlimen. Dalam masa yang sama survival orang MELAYU juga bakal menjadi taruhan. PRU13 ini bakal menentutkan bukan saja keupayaan Barisan Nasional malahan masa depan bangsa MELAYU itu sendiri.
Umum tahu bahawa orang MELAYU ketika ini berhadapan dengan pepercahan yang amat serious. Perbedaan ideology politik yang amat beremosi membuatkan orang MELAYU sanggup membakar jambatan mereka sendiri. Takala munculnya kelompok-kelompok yang menjadi agen pepercahan dikalangan orang MELAYU kini masih terdapat musuh yang berada dikalangan kita sendiri.
Musuh yang dimaksudkan adalah mereka-mereka yang mempunyai sifat hasad dengki yang amat tinggi sehingga sanggup mengadaikan maruah dan merosakan perancangan yang sedia ada. “Cah-keting” istilah yang muncul ketika pilihanraya ke 12 bakal muncul kembali dikalangan pemimpin-pemimpin UMNO yang kecewa jika mereka tidak dipilih menjadi calon. Inilah budaya politik yang akan membuatkan Barisan Nasional tersungkur dan rebah pada PRU 13.
Sudah terdapat tanda-tanda yang ini bakal berlaku dan sudah jelas mereka-mereka ini akan terus membuat onar didalam parti. Ianya bukan saja bakal terjadi dikalangan bakal-bakal calon malahan ianya juga bakal terjadi dikalangan penyandang-penyandang yang akan digugurkan. Sama ada dikalangan Menteri maupun dikalangan pemimpin-pemimpin parti yang telah melabur begitu banyak untuk menjadi calon.
Budaya yang amat mengerunkan dan budaya yang akan menghancurkan Barisan Nasional. Dalam Perdana Menteri berusaha untuk mendapatkan mandat baru demi menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju, golongan-golongan ini bakal menjadikan negara sebagai medan huru-hara. Tidak perlu kita memandang kepada pembangkang dan menyalahkan pembangkang kerana musuh yang paling merbahaya adalah musuh dikalangan kita sendiri.
Sikap manusia memang tidak boleh diubah, didepan menyalak-yalak kata sokong tetapi dibelakang muncul satu sikap pendendam dan hasad dengki. Kita kembali kepada sejarah silam dimana kejatuhan empayar Melaka adalah disebabkan oleh pengkhianatan dikalangan pemimpin sendiri dan tidak mustahil sejarah bakal berulang.
Kelompok-kelompok ini akan mengadaikan UMNO dan menjadikan orang MELAYU sebagai mangsa. Sudah ramai yang membuktikan yang mereka adalah golongan yang sanggup manghancurkan masa depan bangsa. Kini kita dapat lihat dikalangan pemimpin-pemimpin veteran yang kecewa sudah pun menunjukan belang mereka dengan menentang UMNO secara terang-terangan dan ada yang lebih ekstrim lagi dengan keluar UMNO dan menghina UMNO yang telah banyak berjasa pada mereka dahulu. Ini jelas menunjukan pemimpin-pemimpin yang kecewa dan menpunyai sifat dengki dan busuk hati yang mendalam terhadap kepimpinan parti.
Sampai bila orang MELAYU akan terus dihimpit keadaan sebegini dek sifat pemimpin-pemimpin yang mempunyai perasaan  dengki yang tebal ini?
Yang menjadi mangsa adalah bangsa MELAYU sendiri, keadaan ini umpama menang sorak kampung tergadai. Untuk kepuasan diri mereka menghancurkan parti. Usah kita membicarakan tentang perpaduan dengan parti pembangkang sedangkan dikalangan pemimpin parti kita sendiri belum tentu dapat bersatu demi bangsa dan agama.
Kepentingan peribadi diletakan melebihi dari kepentinga bangsa dan agama,kekayaan diri lebih tinggi darjatnya dari pengorbanan terhadap kemajuan anak bangsa. Bila kita akan sedar akan pergolakan yang terjadi ini? Dimanakah nilai murni dan sifat rendah diri pemimpin parti?
Rayuan demi rayuan telah diluahkan oleh Perdana Menteri selaku Presiden parti sejak dahulu lagi. Bekas Presiden pernah menitiskan air mata kerana bangsa kita. Bekas Presiden pernah meluahkan rasa kecewa terhadap bangsa kita dan kita masih lagi belum sedar dan belum mahu berubah dan melakukan pengorbanan.
PRU13 bakal menentukan segala-galanya, survival bangsa MELAYU umpama seperti telur dihujung tanduk.  Perlukah kita kekal sebergini  ataupun kita dengan cekalnya melakukan pengorbanan. Pilihan ditangan kita, jangan gadaikan maruah bangsa untuk sekian kalinya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan