AL-QURAN menceritakan peristiwa penciptaan manusia yang pertama oleh
Allah SWT, yakni Adam a.s., dalam surah al-Baqarah, ayat 30-38,seperti
berikut:
Dan ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku
hendak menjadikan seorang khalifah di bumi;" mereka berkata: "Adakah
Engkau hendak menjadikan di bumi itu makhluk yang akan membuat bencana
dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa memuji-Mu dan
mensucikan-Mu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang
kamu tidak ketahui."(30)
Dan Dia pun mengajarkan Adam akan nama-nama seluruhnya, kemudian
ditunjukkannya kepada malaikat, lalu Dia berfirman: "Terangkanlah kepada
Aku nama benda-benda ini semuanya, jika kamu golongan yang benar."(31)
Malaikat berkata, "Mahasuci Engkau, kami tidak punyai ilmu selain apa
yang Engkau ajarkan kepada kami.Sesungguhnya Engkau jualah yang amat
mengetahui lagi amat bijaksana."(32)
Allah berfirman, "Wahai Adam, terangkanlah nama benda-benda ini semua
kapada mereka." Maka setelah Adam menerangkan nama benda-benda itu
kepada mereka, Allah berfirman: "Bukankah Aku telah katakan kepada kamu
bahawa Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi dan Aku mengetahui
apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?"(33)
Dan ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah kepada Adam." lalu
mereka semua tunduk memberi hormat, melainkan iblis. Dia enggan dan
takbur, dan jadilah dia dari golongan yang kafir.(34)
Dan Kami berfirman: "Wahai Adam, tinggallah engkau dan isterimu dalam
syurga, dan makanlah makanannya apa sahaja yang kamu berdua suka
sepuas-puasnya dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu hampiri)
maka akan jadilah dari golongan orang yang zalim."(35)
Setelah itu syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan
menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka berada di
dalamnya, dan Kami berfirman: "Turunlah kamu, sebahagian kamu menjadi
musuh kepada sebahagian yang lain, dan hingga kamu semua disediakan
tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu
masa."(36)
Kemudian Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimat, lalu Allah
menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah, Dialah yang amat pengampun lagi
amat mengasihi.(37)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan