Selasa, 15 Januari 2013

RAKYAT SATU MALAYSIA AGUNGKAN BAHASA ASING TIDAK MEMENTINGKAN BAHASA MALAYSIA SEBAGAI BAHASA RASMI

KONGRES Bahasa dan Persuratan Melayu yang ke-8 pada 28 – 30 Oktober 2011 telah membuat ketetapan penting berhubung usaha memartabatkan Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan Negara, terutama Bahasa Melayu tetap menjadi bahasa utama dalam sistem pendidikan Negara, manakala pengajaran Matematik dan Sains dibatalkan, dan mewajibkan subjek sastera dalam sistem pendidikan Negara dari tadika sehingga ke pusat pengajian tinggi. Langkah ini bagi melahirkan pelajar mempunyai kekuatan jatidiri dan membentuk akhlak yang mulia serta melahirkan rakyat Malaysia bersatu padu bagi membina Negara bangsar Malaysia.
Gagasan dan ketetapan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ke-8 dibuat berdasarkan beberapa cabaran dan desakan yang dihadapi dalam melaksanakan bahasa Melayu di dalam sistem pemerintahan negara terutama dalam melaksanakan Dasar Pelajaran Kebangsaan, Perkhidmatan Awam di Jabatan dan agensi kerajaan dan swasta, dan gagasan kerajaan yang disalahertikan seperti yang dicetuskan oleh Perdana Menteri, Dasar Pendidikan Pengajian Tinggi, Dasar Liberalisasi pihak swasta dan sikap pemimpin yang mementingkan keuntungan dan kepentingan materialistik dari membina modal insan yang mempunyai kekuatan jati diri Malaysia berteraskan ajaran Islam dan nilai – nilai murni berbilang bangsa, sikap remeh – temeh pemimpin kerajaan dan bukan kerajaan yang tidak patriotik serta menghormati Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam semua peringkat.
Walaupun bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan, manakala bahasa asing boleh digunakan (Perkara 152), namun sikap kita yang menghormati bahasa Melayu ini telah mendorongkan bahasa asing terutama bahasa inggeris dan bahasa Mandarin menjadi dominan dan bahasa tunggal.
Semua ini berlaku kerana golongan  – golongan ini tidak mempunyai semangat patriotism dan jatidiri Malaysia yang kukuh dan bersatu padu di bawah satu Gagasan Rakyat Malaysia. Gagasan 1Malaysia berhasrat melahirkan sebuah Negara bangsa sebagai satu konsep kenegaraan yang berdaulat bagi satu – satu bangsa dimana rakyatnya berkongsi satu bahasa, budaya dan nilai yang bukan ciri – ciri negara asalnya, dengan menentukan masa depan bangsanya mengikut acuan sendiri.
Malangnya, Gagasan 1Malaysia disalah tafsir apabila ia dianggap sebagai dasar liberal dan toleransi pengunaan bahasa bahasa asing diberi tempat dalam majlis – majlis rasmi atau yang melibatkan rakyat Malaysia sehingga bahasa kebangsaan dipinggirkan atau sekadar memulakan ‘Selamat Datang’ seterusnya menggunakan bahasa asing. Apabila bahasa Melayu tidak digunakan seiring dengan bahasa asing, maka dapatlah kita simpulkan pemimpin dan penganjur ini tidak mempunyai semangat patriotik dan menghormati bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan di Negara Malaysia yang mempunyai bahasa kebangsaan sendiri menggambarkan kekuatan jatidiri Malaysia. Penjajahan mental yang mengagungkan bahasa asing yang menular di kalangan pemimpin kita masih bermaharajalela sehingga ia lupa diri bahawa ia berada di sebuah negara Malaysia yang mempunyai bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa, bahasa jatidiri, bahasa perdagangan dan sebagainya. Golongan ini tidak berazam mewujudkan dan menerapkan teras perpaduan. Keadilan social dan kenegaraan serta melahirkan masyarakat yang berbudi bahasa, hormat menghormati, merap nilai-nilai murni, kesederhanaan dan sikap rendah diri.
Walaupun Malaysia sudah 55 tahun merdeka dan mempunyai dasar bahasa Melayu sebagi bahasa kebangsaan, namun Negara kita masih tidak menonjol sebagai Negara yang dihormati mendaulatkan bahasa kebangsaan di persada dunia antarabangsa seperti Jepun, China, Jerman, Korea, Peranchis dan sebagainya. Ini bukan liberal tetapi mereka adalah ‘total bahasa kebangsaan’, Badan mereka berada di Malaysia tetapi jiwa mereka telah rosak dan fikiran mereka sudah kacau kerana tidak menghormati dan menjiwai bahasa Melayu sebagai Bahasa Jiwa Bangsa di tanahair, tumpah darahnya seperti yang dituntut dalam Perlembagaan Malaysia.
Masalah besar segolongan rakyat kita segolongan rakyat kita yang tidak menghormati bahasa Melayu sebagai kebangsaan, telah mendorongkan pejuang – pejuang bahasa dan nasionalis yang mempunyai semangat patriotism cinta kepada Negara Malaysia yang bermaruah dan berdaulat, bangkit menegur dan mengkritik golongan – golongan yang tidak patriotik ini. Atas kesedaran ini, rakyat Malaysia yang patriotik ini telah mengingatkan kerajaan melalui seminar, kongres, memorandum, pertemuan demi pertemuan agar kerajaan bersikap tegas melaksanakan penggunaan dan menghormati penggunaan Bahasa Melayu dalam semua peringkat seperti yang dituntut dalam Perlembagaan Persekutuan.
Memandangkan penggunaan bahasa Melayu masih di tahap yang lemah dan masih lagi tidak menghormati penggunaannya, pejuang-pejuang bahasa meminta kerajaan mengadakan peruntukan penguatkuasa, bahasa dan menghukum pihak yang tidak menghormati bahasa kebangsaan. Akta Dewan Bahasa dan Pustaka wajar diperuntukkan hak penguatkuasa dan menghukum pihak yang tidak melaksanakan penggunaan bahasa kebangsaan di smeua peringkat.
Kerajan telah berusaha menubuhkan Jawatankuasa Perlaksanaan Bahasa Kebangsaan yang dipengerusikan oleh Menteri Pelajar, merangkap Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 2010. Enam sektor utama telah dibentuk dan GAPENA turut menganggotai Jawatankuasa ini di bawah Sekretariat Dewan Bahasa dan Pustaka. Usaha murni Kerajaan dalam membuat satu penyelarasan dan pelaksanaan penggunaan Bahasa Kebangsaan telah dirancang dan berusaha bagi memartabatkan bahasa Melayu dalam semua peringkat.  Usaha ini bukan mudah untuk dilaksanakan terutama di pihak swasta dan sikap pemimpin yang tidak patriotik dan menghormati penggunaan bahasa kebangsaan dalam mencapai matlamat yang murni ini.
Bagi memperkasakan penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam perkhidmatan awam, semua Ketua Jabatan hendaklah memastikan penggunaan Bahasa Kebangsaan dilaksanakan dengan baik dan betul serta secara menyeluruh dalam Perkhidmatan Awam berdasarkan lima panduan – panduan yang diberikan iaitu :
1.        Urusan rasmi dalam Negara.
2.         Urusan Rasmi Antarabangsa.
3.        Pengiklanan kekosongan jawatan dalam Perkhidmatan Awam.
4.        Perkhidmatan kaunter
5.        Maklum balas aduan di akhbar dan isu Media Massa.
Bagi memastikan penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Perkhidmatan Awam dapat dilaksanakan dengan berkesan, kesemua Pegawai Awam, Ketua Jabatan serta Anggota Pentadbiran hendaklah menggunakan Bahasa Kebangsaan dengan baik dan betul dalam semua urusan rasmi sama ada secara bertulis atau lisan.
Pegawai juga hendaklah melengkapkan diri dengan kemahiran dan pengetahuan bahasa kebangsaan yang baik dari segi ejaan, sebutan, istilah dan tatabahasa serta menghayati penggunaannya semasa berkomunikasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab.
Ketua jabatan bertanggungjawab memastikan setiap urusan rasmi dalam pentadbiran agensi masing-masing hendaklah menggunakan bahasa kebangsaan seperti yang dinyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan.
Ketua jabatan juga bertanggungjawab menjalankan kawalan dan pengawasan penggunaan bahasa kebangsaan yang baik dan betul serta meluas di agensi masing-masing. Tanggungjawab ini adalah selaras dengan matlamat untuk memartabatkan bahasa kebangsaan dalam perkhidmatan awam.
Sementara itu anggota pentadbiran adalah bertanggungjawab memastikan setiap urusan rasmi di kementerian masing-masing hendaklah menggunakan bahasa kebangsaan; mengguna dan mengutamakan bahasa kebangsaan yang baik dan betul serta meluas dalam setiap urusan dengan matlamat untuk memartabatkan bahasa kebangsaan dalam perkhidmatan awam.
Kementerian Pelajaran telah melancarkan program Memartabatkan Bahasa Melayu Mengukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) dan Kementerian Pengajian Tinggi pula mengemukakan garis panduan penggunaan bahasa Melayu dalam pembelajaran, penyelidikan dan kenaikan pangkat. Beberapa kementerian dan jawatankuasa kecil lain pula sedang merancang dengan mengadakan seminar dan garis panduan memartabatkan bahasa Melayu dalam semua peringkat.
Adalah diharapkan Dasar Pendidikan Kebangsaan akan melahirkan warga negara Malaysia yang menjiwai dan mempunyai kekuatan jatidiri Malaysia. Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi sewajarnya bertanggungjawab dan menjadikan agenda penting bagi memartabatkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam pembelajaran, penyelidikan dan kenaikan pangkat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin