Masjidil Haram pada tahun 1970an |
Salam 2 all,
Pada akhir tahun 1979 Masjidil Haram yang di dalamnya mempunyai Kaabah yang menjadi kiblat kepada jutaan umat Islam sejak berkurun lama telah diserang dan ditawan oleh lebih kurang 500 orang penyerang yang diketuai oleh Juhaiman ibn Muhammad ibn Saif al Utaibi seorang pengikut fanatik ajaran dan fahaman Wahhabi.
Menurut sumber, beliau telah mengiktiraf abang iparnya Abdullah Hamid Mohammed Al-Qahtan sebagai Imam Mahdi dan beliau mempunyai kepercayaan bahawa semua ketua-ketua kerajaan di dunia Islam pada masa itu adalah korup dan menjadi proksi kepada kuasa barat terutamanya Amerika Syarikat dan beliau mahu keluarga Di Raja As- Saud yang memerintah Arab Saudi digulingkan. Dengan perancangan teliti dan rapi beliau dan pengikutnya telah menyerang Masjidil Haram pada 20 November 1979 dan menjadikan ribuan jemaah yang sedang melakukan ibadah di dalamnya telah dijadikan sebagai tebusan. Inilah pertumpahan darah yang pertama di dalam sejarah moden kota Mekah
![]() |
Juhaiman ibn Muhammad ibn Saif al Utaibi |
Serangan ke atas Masjidil Haram menggemparkan dunia Islam kerana pada waktu itu musim haji baru sahaja berakhir. Pagi itu ketika Imam Masjidil Haram ketika itu , Sheikh Mohammed al-Subayil sedang bersedia untuk mengimamkan hampir puluhan ribu jemaah untuk menunaikan solat Subuh , Juhaiman dan orang-orangnya berjaya mengunci kesemua pintu keluar masuk masjid, membunuh dua anggota polis yang hanya bersenjatakan cota dan menahan ribuan jemaah yang terperangkap sebagai tebusan. Juhaiman kemudiannya mengambil alih sistem pembesar suara masjid dan mengumumkan Imam Mahdi akhirnya telah muncul di Kota Mekah. Selain daripada itu beliau mahukan ekspot minyak Arab Saudi ke Amerika Syarikat dan negara-negara lain dihentikan serta merta dan meminta pengusiran kesemua penasihat ketenteraan bukan Islam dari tanah Arab Saudi.
Masjidil Haram ketika serangan subuh 20 November 1979 |
Ketika itu telah timbul masalah dari segi syara' mengenai penggunaan senjata api di dalam perkarangan Masjidil Haram. Majlis Ulama' Arab Saudi pada awalnya menghalang penggunaan senjata kerana ia akan mencemarkan kesucian Kaabah tetapi atas desakan tentera dan kerajaan akhirnya Majlis Ulama' Arab Saudi mengizinkannya dengan mengeluarkan satu fatwa untuk membenarkan penggunaan senjata api untuk melawan Juhaiman.
Setelah serangan awal untuk menawan kembali Masjidil Haram gagal, kerajaan Arab Saudi terpaksa meminta bantuan dari Pasukan Anti Keganasan Peranchis (GIGN) dan seramai tiga orang anggota GIGN dihantar ke Arab Saudi. Di lapangan terbang Jeddah , Majlis Ulama' Arab Saudi menetapkan syarat supaya ketiga-tiga anggota GIGN secara rahsia memeluk Islam bagi membolehkan mereka menjejakkan kaki ke dalam kawasan 'tanah haram' Mekah. Walaupun mereka “telah memeluk Islam” kehadiran anggota komando Peranchis ini dirahsiakan pihak Arab Saudi bagi menutup kegagalan mereka dalam usaha menamatkan pengepungan yang telah berlanjutan hampir dua minggu itu.
![]() |
Komando GIGN Perancis yang "masuk Islam" untuk operasi pembebasan Masjidil Haram |
![]() |
Kesan selepas operasi serangan |
Abdullah Hamid Mohammed Al-Qahtan yang mendakwa "Imam Mahdi" terbunuh dalam serangan |
![]() |
Pengikut Juhaiman yang telah ditahan |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan