PERISTIWA BERDARAH DI MEKAH PADA TAHUN 1979 
|  | 
| Masjidil Haram pada tahun 1970an | 
Salam 2 all,
Pada akhir tahun 1979 Masjidil Haram yang di dalamnya mempunyai Kaabah 
yang menjadi kiblat kepada jutaan umat Islam sejak berkurun lama telah 
diserang dan ditawan oleh lebih kurang 500 orang penyerang yang diketuai
 oleh Juhaiman ibn Muhammad ibn Saif al Utaibi seorang pengikut fanatik 
ajaran dan fahaman Wahhabi.
Menurut sumber, beliau telah mengiktiraf abang iparnya Abdullah Hamid 
Mohammed Al-Qahtan sebagai Imam Mahdi dan beliau  mempunyai kepercayaan 
bahawa semua ketua-ketua kerajaan di dunia Islam pada masa itu adalah 
korup dan menjadi proksi kepada kuasa barat terutamanya Amerika Syarikat
 dan beliau mahu keluarga Di Raja As- Saud yang memerintah Arab Saudi 
digulingkan. Dengan perancangan teliti dan rapi beliau dan pengikutnya 
telah menyerang Masjidil Haram pada 20 November 1979 dan menjadikan 
ribuan jemaah yang sedang melakukan ibadah di dalamnya telah dijadikan 
sebagai tebusan. Inilah pertumpahan darah yang pertama di dalam sejarah 
moden kota Mekah
|  | 
| Juhaiman ibn Muhammad ibn Saif al Utaibi | 
20 November 1979 dipilih Juhaiman kerana ianya bersamaan
 pada hari pertama tahun 1400 Hijrah. Ini kerana terdapat ramalan bahawa
 Imam Mahdi akan muncul dan ditabalkan pada hari tersebut. Beberapa hari
 sebelum serangan , mereka telah menyembunyikan senjata , peluru dan 
bekalan makanan yang secukupnya di dalam bilik-bilik bawah tanah 
Masjidil Haram. Senjata yang diperolehi mereka itu dicuri dari depot 
senjata Tentera Pengawal Kebangsaan Arab Saudi beberapa bulan 
sebelumnya. Untuk mencuri dan menyeludup senjata adalah perkara mudah 
bagi Juhaiman kerana beliau dan beberapa pengikutnya pernah berkhidmat 
di dalam Tentera Pengawal Kebangsaan Arab Saudi selama 18 tahun.
Serangan ke atas Masjidil Haram menggemparkan dunia Islam kerana pada 
waktu itu musim haji baru sahaja berakhir. Pagi itu ketika Imam Masjidil
 Haram ketika itu , Sheikh Mohammed al-Subayil sedang bersedia untuk 
mengimamkan hampir puluhan ribu jemaah untuk menunaikan solat Subuh , 
Juhaiman dan orang-orangnya berjaya mengunci kesemua pintu keluar masuk 
masjid, membunuh dua anggota polis yang hanya bersenjatakan cota dan 
menahan ribuan jemaah yang terperangkap sebagai tebusan. Juhaiman 
kemudiannya mengambil alih sistem pembesar suara masjid dan mengumumkan 
Imam Mahdi akhirnya telah muncul di Kota Mekah. Selain daripada itu 
beliau mahukan ekspot minyak Arab Saudi ke Amerika Syarikat dan 
negara-negara lain dihentikan serta merta dan meminta pengusiran kesemua
 penasihat ketenteraan bukan Islam dari tanah Arab Saudi.
|  | 
| Masjidil Haram ketika serangan subuh 20 November 1979 | 
Sebagai tindak balas dari serangan tersebut Tentera 
Pengawal Kebangsaan dan Tentera Arab Saudi cuba merempuh masuk 
perkarangan Masjidil Haram menggunakan kereta kebal menerusi pintu masuk
 utama tetapi gagal kerana kekukuhan pintu tersebut. Tentera dibawah 
arahan Juhaiman juga diletakkan di atas menara masjid lengkap dengan 
sniper (penembak curi). Akibat dari tentangan kuat dari pihak Juhaiman 
dan korbanyang tinggi dari pihak tentera Arab Saudi, serangan balas itu 
dihentikan.
Ketika itu telah timbul masalah dari segi syara' mengenai penggunaan 
senjata api di dalam perkarangan Masjidil Haram. Majlis Ulama' Arab 
Saudi pada awalnya menghalang penggunaan senjata kerana ia akan 
mencemarkan kesucian Kaabah tetapi atas desakan tentera dan kerajaan 
 akhirnya Majlis Ulama' Arab Saudi mengizinkannya dengan mengeluarkan 
satu fatwa untuk membenarkan penggunaan senjata api untuk melawan 
Juhaiman.
Setelah serangan awal untuk menawan kembali Masjidil Haram gagal, 
kerajaan Arab Saudi terpaksa meminta bantuan dari Pasukan Anti Keganasan
 Peranchis (GIGN) dan seramai tiga orang anggota GIGN dihantar ke Arab 
Saudi. Di lapangan terbang Jeddah , Majlis Ulama' Arab Saudi menetapkan 
syarat supaya ketiga-tiga anggota GIGN secara rahsia memeluk Islam bagi 
membolehkan mereka menjejakkan kaki ke dalam kawasan 'tanah haram' 
Mekah. Walaupun mereka “telah memeluk Islam” kehadiran anggota komando 
Peranchis ini dirahsiakan pihak Arab Saudi bagi menutup kegagalan mereka
 dalam usaha menamatkan pengepungan yang telah berlanjutan hampir dua 
minggu itu.
|  | 
| Komando GIGN Perancis yang "masuk Islam" untuk operasi pembebasan Masjidil Haram | 
Antara rancangan awal GIGN ialah membanjiri bilik bawah 
tanah Masjidil Haram yang digunakan sebagai tempat penahanan tebusan dan
 tempat persembunyian para pengikut Juhaiman. Selepas bilik-bilik ini 
dibanjiri kabel hidup yang mempunyai voltan tinggi akan dijatuhkan 
kedalamnya tetapi rancangan ini ditolak kerana ia boleh membawa kepada 
kematian ramai tebusan. Akhirnya mereka mengambil kata putus untuk 
menebuk lubang-lubang pada lantai masjid dan menjatuhkan bom tangan 
terus ke bilik-bilik bawah tanah tersebut.
|  | 
| Kesan selepas operasi serangan | 
Selepas hampir dua minggu, peristiwa serangan dan 
pengepungan Masjidil Haram berjaya ditamatkan pada 4 Disember 1979. 
Mengikut laporan rasmi dari pihak berkuasa Arab Saudi menyatakan bahawa 
seramai 127 orang telah terbunuh dan 451 yang lainnya tercedera. Jumlah 
ini termasuklah para jemaah yang dijadikan tebusan, anggota pasukan 
keselamatan Arab Saudi dan juga pengikut-pengikut Juhaiman. Namun ada 
yang percaya angka sebenar kematian ialah 255 orang dan 560 orang lagi 
tercedera. Setelah menyerah diri Juhaiman , Abdullah Hamid Mohammed 
Al-Qahtani dan para pengikutnya yang masih hidup telah dijatuhkan 
hukuman pancung oleh Kerajaan Arab Saudi.
|  | 
| Abdullah Hamid Mohammed Al-Qahtan yang mendakwa "Imam Mahdi" terbunuh dalam serangan
 | 
Rata-rata umat Islam seluruh dunia marah dengan 
keengganan kerajaan Arab Saudi untuk memenuhi permintaan dan tuntutan 
Juhaiman dan seterusnya menghalalkan pembunuhan serta penggunaan senjata
 di perkarangan masjid. Ramai yang berpendapat bahawa keputusan itu 
banyak menyebelahi Amerika Syarikat dan akibatnya beberapa kedutaan 
Amerika Syarikat seperti di Pakistan dan Libya telah dibakar oleh para 
perusuh dalam tunjuk perasaan. Demonstrasi dan protes juga diadakan di 
Filipina, Turki, UAE , Bangladesh dan India bagi membantah tindakan dan 
keputusan yang telah dibuat oleh Raja Faisal. Bagi kebanyakan orang 
Islam tindakan keluarga As-Saud itu membuktikan kebenaran yang mereka 
itu hanyalah boneka Amerika Syarikat.
|  | 
| Pengikut Juhaiman yang telah ditahan | 
Ketika peristiwa itu berlaku, Masjidil Haram sedang 
dalam proses pengubahsuaian dan pembesaran masjid. Kerja-kerja 
pengubahsuaian ini dilakukan oleh kontraktor yang dilantik oleh kerajaan
 Arab Saudi iaitu  Syarikat Pembinaan Ben Laden. Ianya adalah syarikat milik kepada bapa Osama Bin Laden.
 Insiden ini juga telah membakar semangat Osama dan beberapa tahun 
kemudian beliau telah diusir keluar dari Arab Saudi kerana 
kelantangannya mengkritik keluarga As-Saud. Selebihnya kita telah tahu 
dengan apa yang telah tercatat di dalam lipatan sejarah.
 
 
 
 
          
      
 
 
KETURUNAN SIAM MALAYSIA.
Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan