Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1
Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2
Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3
Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4
Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5
Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6
Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7
Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8
Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9
no.1
—-
Anda
 sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam 
asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin 
mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, 
berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda 
akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang 
matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan 
anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan
 anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah 
professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang 
yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang 
bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.
no.2
—-
Tak
 kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda 
berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em…bagus! Anda suka
 bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi 
and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang
 sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan 
keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and 
mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda 
seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh 
mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua 
kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab 
dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.
no.3
—-
Anda
 adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama 
dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai 
masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda 
sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi 
anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda 
perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati 
orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan 
hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya 
anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan.
 Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa 
harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda 
adalah no.6, 9.
no.4
—-
Anda
 adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan 
orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang 
bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam 
penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan
 yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati 
dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan 
anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan 
selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat 
mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas.
 Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.
no.5
—-
Anda
 sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara
 hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani 
perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang 
humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli 
keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan 
bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda 
suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang 
pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui 
pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.
no.6
—-
Anda
 dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa 
perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat 
pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, 
baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai
 paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang 
pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan 
anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, 
peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal
 anda adalah no.1, 3, 9.
no.7
—-
Anda
 mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang 
realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang
 pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap 
iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan 
untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi 
sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda 
telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda 
seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda 
adalah no.2.
no.8
—-
Anda
 mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami
 anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda 
juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah 
menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. 
Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. 
Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. 
Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga 
adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. 
Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.
no.9
—-
Anda
 adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. 
Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang 
yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh 
menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia 
yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila 
usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan
 hormati mereka. Anda sesuai menceburi bidang kejuruteraan atau 
perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan 
model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan