 
          
                
STATUS Malaysia 
sebagai sebuah negara Islam bukan satu perkara yang boleh dipertikaikan 
lagi.  Selain pengisytiharan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun 
Dr Mahathir pada 2001, agama rasmi dan penyertaan dalam OIC, banyak 
sistem dalam negara ini diadaptasi dari sistem Islam seperti perbankan, 
pengurusan jemaah haji dan sebagainya.
Agama lain pun ada sistem masing-masing tapi sistem Islam juga yang dipilih sebab ini negara Islam.
Justeru, jika yang cuba nak menjatuhkan 
kerajaan negara ini dengan cara tidak sah, maka ia dianggap cubaan untuk
 menjatuhkan kerajaan Islam juga.  Termasuk dalam cara tidak sah itu 
ialah menerima dana dari organisasi yang ada kaitan dengan yahudi.
Penglibatan PAS dengan dana asing, 
termasuk dana yahudi yang hebat diperkatakan sekarang ini, juga bukan 
satu rahsia.  Tidak menerima secara terus, tapi PAS menerima dana 
tersebut dari NGO haram seperti Bersih dan SUARAM yang aktif terlibat 
menganjurkan himpunan haram bagi pihak Pakatan Rakyat yang turut 
disertai PAS.
Inilah akibatnya bila tidak memeriksa 
sumber wang untuk menaja ahli menghadiri himpunan haram Bersih, asal 
duit masuk PAS terima, asal mana duit, PAS tidak peduli.
Atau PAS mungkin tahu tapi buat tidak 
tahu kerana yang penting duit masuk saja.  Kalau benar kemungkinan yang 
kedua ini berlaku, maka tidak hairanlah kenapa PAS semakin hari semakin 
liberal dan konsovertif dari segi aktiviti dan kepimpinannya.
Hudud kemana, negara Islam kemana, negara berkebajikan pun dah tak tahu kemana.
Semua ini berbeza dengan PAS yang dulu, 
jangan kata yang direct haram, yang ada unsur-unsur syubahah pun PAS 
akan pertikai dan jadikan isu dalam kempen dan ceramah mereka.
Paling menonjol sudah tentulah hasil 
cukai sebuah kilang arak di Selangor yang dulu dijadikan modal politik 
oleh PAS kenapa rakyat Selangor perlu menolak UMNO dan BN.  Tapi 
sekarang semuanya hanyalah sandiwara kerana setelah PAS bersama-sama PKR
 dan DAP membentuk kerajaan di Selangor, kilang itu masih tegak berdiri,
 malah ada ura-ura nak diperbesarkan lagi.
Begitulah hebatnya tarbiah Anwar Ibrahim 
ke atas PAS, sehinggakan yang dulu haram boleh jadi halal, yang dulu 
syubahah, sudah jadi tidak apa.  Dana yahudi ini juga tidak terkecuali.
Kalau kita lihat sekarang, semua dan-dana
 asing (termasuk dana yahudi) ini disalurkan melalui NGO haram yang ada 
kaitan dengan PKR.  Antaranya SUARAM, IKD, Malaysiakini dan Bersih 
(sekadar menyebutkan beberapa).
PKR pula adalah rakan komponen PAS dalam 
Pakatan Rakyat, PAS juga menyokong Bersih.  Itulah hubungkait mudahnya, 
kalau masih ada yang berkira-kira nak mempersoalkan betul atau tidak PAS
 menerima dana yahudi ini.
Hubungkait lebih kompleks, termasuk dokumen, semua ada di tangan kita tapi tunggu parlimen bubar dululah ya.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan