“SEMBAHYANG adalah perkara wajib. Tiang agama. Tapi ia tidak menentukan samaada pasangan tu baik untuk kita atau tidak.”
lalu harus bagaimana?
Akhlak seseorang itu dapat kita perhatikan bila mereka dengan keluarga.
Mengapa?
Kerana keluarga yang bersama kita dari kecil hingga dewasa. Jadi mereka cenderung menjadi diri sendiri apabila dengan keluarga.Jika dia seorang yang menjaga akhlaknya,dia akan sentiasa menjaga akhlak apabila dengan keluarga terutama ibu bapa.Mendengar kata,membantu ibu bapa dengan membuat kerja rumah.Menghormati ibu bapa.Menghormati dan menyayangi adik beradik.
“Maksud ayah”
“Eleh.orang tutup aurat pakai tudung pun buat dosa.Pakai tudung,tutup sana sini bukan baik sangat pun”
Contohilah sifat Rasullullah saw dan pilihlah pasangan yang mengikuti sifat-sifat tersebut.
Satu kisah yang saya baca,setiap kali Rasullullah pulang lewat malam,beliau akan tidur di luar pintu rumah demi untuk tidak mengejutkan isterinya. Adakah lagi suami seperti Rasullullah saw. Itulah sifat bertimbangrasa.
“Ah,itu rasulullah.Dia mmg rasul pilihan. “
Kita mungkin bukan Rasullulah SAW.tapi kita boleh mencontohi sifatnya.
lalu harus bagaimana?
Inilah antara soalan yang perlu ditanya sebelum kita memilih teman hidup. Solat 5 waktu tidak cukup kerana ia hanya asas. Yang dilakukan kerana wajib. Tetapi adakah solat tu dapat menghalang kita melakukan kemungkaran itu penting. Jika tidak, tak sempurnalah solat itu.1)adakah solat itu dapat menghalangnya dari melakukan kemungkaran?2)bagaimana akhlaknya?. Semasa dengan ibu bapa,adik beradik,rakan-rakan
3)bagaimana tutur katanya?
4)siapa kawan-kawannya?
5)bagaimana pemakaiannya?
6)bagaimana kebiasaannya?
7)adakah dia seorang yang berpegang pada kata-katanya?
8)adakah dia seorang yang sentiasa mencuba untuk menjadi lebih baik?
9)Bagaimana sifat semulajadinya?
10)Bagaimana keluarganya?
Akhlak seseorang itu dapat kita perhatikan bila mereka dengan keluarga.
Mengapa?
Kerana keluarga yang bersama kita dari kecil hingga dewasa. Jadi mereka cenderung menjadi diri sendiri apabila dengan keluarga.Jika dia seorang yang menjaga akhlaknya,dia akan sentiasa menjaga akhlak apabila dengan keluarga terutama ibu bapa.Mendengar kata,membantu ibu bapa dengan membuat kerja rumah.Menghormati ibu bapa.Menghormati dan menyayangi adik beradik.
Tutur kata
 juga penting. Tutur kata melambangkan peribadi sesesorang.Seorang yang 
soleh dan solehah akan menjaga tutur kata mereka kerana ia mencerminkan 
iman dan diri kita sebagai seorang muslim.Tutur kata yang kasar 
melambangkan peribadi seseorang yang kasar.Ingat lidah adalah anggota 
yang paling berbahaya.Dari lidah terjadilah 
umpat-mengumpat,keji-mengeji,
Kawan-kawan juga mencerminkan diri kita.
 Seorang yang soleh akan mencari sahabat yang soleh sebagai teman untuk 
mengingat ketika lupa.Ini fitrah manusia.Seorang yang liar tidak akan 
mencari seorang yang soleh sebagai sahabatnya kecuali dia mendapat 
hidayah dariNya. Manusia sering mencari teman yang sama jenis denganya.
“Dia 
baik.. Cuma kawan-kawannya saja begitu.Tapi dia dapat kenal 
buruk-baik.Kalau diorang pergi kelab dia tak ikut pun.Time solat dia 
solat.Jarang tinggal”
“Mungkin baik tapi tak cukup soleh.Mungkin juga baik pada pandangan manusia,tapi tak cukup baik padaNya” “Maksud ayah”
“Orang 
yang soleh takkan berkawan dengan orang yang dia tahu bila-bila masa 
dapat mengheretnya jauh dari Tuhan.Bila dia melepak,membuang 
masa,bercakap perkara-perkara yang tidak patut bersama,sedikit sebanyak 
dapat menghitamkan hatinya.Walau dia menjaga solat. Iman bukan pada 
solat sahaja tapi amalan “
Pemakaian juga aspek penting untuk dinilai dalam memilih pasangan.“Eleh.orang tutup aurat pakai tudung pun buat dosa.Pakai tudung,tutup sana sini bukan baik sangat pun”
Wajarkah 
kita bercakap sedemikian. Orang yang berusaha menutup aurat biarpun 
masih melakukan dosa sekurangnya dosanya tak menutup aurat terhapus. 
Kita yang tidak menutup aurat malah mengeji syariat bagaimana?. TIDAK 
TERHITUNG dosanya. Mencuba untuk menutup aurat ialah satu jihad. Jihad dalam diri. Bukan mudah untuk menutup aurat yang sebetul-betulnya di zaman moden ini.
Ini benar.
 Saya juga selalu merasakan yang sama.Rasa tidak cantik. Tapi tanamkan 
dalam diri seindah perhiasan adlah wanita solehah. Sebenarnya wanita 
yang menjaga diri lebih cantik. Bukan sahaja cantik wajah tapi juga 
akhlak. Terpelihara dari fitnah dan pandangan yang tidak sepatutnya. Dan
 juga lebih dihormati.
Bagi yang 
lelaki jangan fikir oleh kerana aurat anda cuma sedikit maka anda 
terselamat.TIDAK.Fenomena sekarang ramai antara lelaki yang berpakaian 
ketat.Baju yang menampakkan tubuh badan.skinny jeans.Pakaian yang dapat 
menarik perhatian dan nafsu lawan jantina hukumnya haram. Perhiasan yang
 berlebihan juga haram. Lelaki yang hensem dan macho bukan terletak pada
 gayanya.rambut,baju,seluar dan stailnya tapi pada akhlaknya.
Lalu ada juga persoalan “Jika dia menutup aurat tapi masih tidak dapat menentukan dia pasangan baik atau tidak lalu bagaimana?”
“Percayalah
 wanita dan lelaki yang baik untuk lelaki dan wanita yang baik.Mungkin 
masa lalunya tidak baik tapi jika dia bertaubat dia lebih baik dari 
orang yang tidak pernah bertaubat.”
Percaya dan bergantunglah kepada Allah.
bagaimana kebiasaannya?
Pasangan yang baik,kebiasaanya juga 
mestilah baik.Dia mestilah seorang yang istiqamah.yakni tidak 
berubah-ubah.seorang yang bertimbangrasa.Contohilah sifat Rasullullah saw dan pilihlah pasangan yang mengikuti sifat-sifat tersebut.
Satu kisah yang saya baca,setiap kali Rasullullah pulang lewat malam,beliau akan tidur di luar pintu rumah demi untuk tidak mengejutkan isterinya. Adakah lagi suami seperti Rasullullah saw. Itulah sifat bertimbangrasa.
“Ah,itu rasulullah.Dia mmg rasul pilihan. “
Kita mungkin bukan Rasullulah SAW.tapi kita boleh mencontohi sifatnya.
Pernah 
seorang pemuda dizaman Rasulullah saw. Dia tidak tahan dengan sikap 
isterinya yang suka membebel. Lalu dia pergi kerumah Umar Al Khatab 
untuk mengadu. Setibanya dia dirumah Umar,dia terdengar isteri Umar 
sedang membebel pada Umar. Tapi Umar hanya diam tanpa melawan sepatah 
pun. Setelah Umar keluar dari rumah pemuda itu bertanya “Wahai 
Umar,mengapa isterimu membebel tapi kamu hanya diam sahaja”.
“Aku diam 
kerana aku tahu walau dia suka membebel tapi hatinya baik.Jasanya 
terlalu besar jika nak dibandingkan dengan kekurangannya.Dia ibu kepada 
anak-anakku.Yang menjaga makan minumku.yang menjaga anak,harta dan 
maruahku semasa ketiadaanku. “Mendengar kata-kata Umar,pemuda itu lalu 
balik semula kerumah.
Sifat itu 
yang perlu ada dalam diri pasangan.Sifat bertolak ansur.Seringkali 
terjadi penceraian sekarang hanya kerana perkara kecil.Manusia sering 
lupa.Sering membesar-besarkan kekurangan dan kesalahan.Sedangkan banyak lagi benda baik yang kita lupa.Maka anak-anak menjadi mangsa.
adakah dia seorang yang berpegang pada kata-katanya?
Ada 3 
perkara tanda manusia itu munafik.Pertama apabila bercakap ia berbohong.
 Apabila dia berjanji dia tidak tunaikan. Dan apabila dia diberi amanah 
dia khianat.
Orang yang
 tidak berpegang pada kata-katanya adalah contoh orang munafik. Kerana 
itu islam amat menitik beratkan soal memberi janji.Ini kerana memberi 
janji umpama memberi harapan.
Memberi harapan pada orang lalu khianat hukumnya haram.
Pilihlah 
pasangan yang sentiasa berpegang pada janji.Takdir itu ketentuanNya.Jika
 kita sudah berusaha untuk berpegang pada janji.Berusaha sebaik mungkin 
tapi tidak berjaya itu namanya takdir.Maka kita kena redha dan meminta 
maaf dari insan yang diberi janji.
tapi syaratnya kita perlu berusaha sehabis mungkin untuk berpegang pada janji
adakah dia seorang yang sentiasa mencuba untuk menjadi lebih baik?
Seorang yang soleh akan sentiasa mencuba untuk menjadi lebih soleh.Jika dia berbuat silap dia akan bertaubat.
“Ah,watpe taubat.Nanti buat balik”
Rasullullah
 saw bertaubat hampir seratus kali sehari.Fitrah manusia sering lalai 
dan alpa.Sering kita bertaubat tapi kita buat lagi.Tetapi sekurangnya 
bila kita bertaubat dosa sebelum yang kita lakukan telah terhapus. Untuk
 bertaubat kita memerlukan kekuatan dan bantuan dariNya.
Mengapa selalu bila bertaubat kita lakukan lagi?
Kerana kita tak betul2 buang punca kita jauh dariNya.Kita tak betol2 berhasrat untuk berubah .
Dengan kata lain tak betul2 ikhlas.Kita 
bertaubat kerana rasa sakit dengan kesan kesilapan kita bukan kerana 
berubah untuk mencari keredhaaNya.
Bagaimana sifat semulajadinya?
Sifat semulajadi adalah seperti adakah dia seorang yang panas baran atau penyabar.lembut atau keras hati.
Saya 
sendiri sebenarnya seorang yang cepat panas.Tapi bagaimana kita 
menghandlenya.yakni dengan sabar.bila kita rasa ingin marah sangat2 kita
 sabar.kawal diri.Marah ini sifat syaitan.Dengan marah yang terlalu 
boleh membuat manusia hilang kewarasan maka terjadilah kes 
penderaan.memukul isteri.Pasangan yang baik ialah pasangan yang dapat 
mengawal emosinya.Dapat mendengar untuk didengari.Dapat memberi untuk 
menerima.Maksudnya dapat mendengar dan menerima pendapat dan pandangan 
pasangan.
Mengapa?
Kerana orang yang dapat mendengar dan 
menerima pandangan,pendapat,perasaan orang lain yang akan dapat 
meluahkan pandangan,pendapat dan perasaannya pada orang lain utk 
didengari.
DAN
hanya orang yang dapat memberi yang dapat menerima
itulah give and take.
Kerana itu
 penting untuk memilih pasangan yang tidak trlalu keras hati.Kerana 
orang yang sebegini lazimnya ingin didengari tapi tidak ingin 
mendengar.Maka itulah punca kepada kemusnahan sesuatu hubangan yakni 
perkahwinan.
Bagaimana keluarganya?
Iman tidak
 diwarisi oleh keturunan.Keturunan yang tidak baik tidak semestinya 
tidak melahirkan anak yang bertakwa.Itu bukti Allah itu maha adil.Semua 
insan tidak kira pangkat atau keturunan dapat mencari 
keredhaanNya.Tetapi,keluarga juga adlah aspek pnting dalam memilih 
pasangan hidup.Ini kerana,jika kita berkahwin kita tak berkahwin hanya 
dengannya tapi dengan keluarganya sekali.
Contoh
“Ibu tak setuju dengan perkahwinan ini”
atau
ibunya queen control.
Kita mesti
 memikirkan kesan akan datang.Apabila sikap keluarganya begitu,menjadi 
sukar untuk kita mempertahankan perkahwinan.Maka terlalu banyak duri 
ranjau yang perlu kita hadapi.Sedangkan fungsi perkahwinan adalah untuk 
mendapat ketenangan dan redha Allah.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan