Jika 
saudara-saudari pernah ke Bangkok, Thailand, penulis yakin bahawa anda 
pernah melihat wajah Raja Bhumibol Adulyadej ataupun Raja Rama IX. Tidak
 kira dimana jua pasti anda akan nampak wajah Raja Thailand, selalunya 
gambarnya ketika muda.
Bukan hanya di jalan 
raya, tetapi jika anda masuk kedalam bangunan-bangunan di Thailand 
penulis percaya mesti tergantungnya sebuah potret Raja Bhumibol. Bukan 
setakat di Thailand, malahan jika terdapat restoran Thailand yang pure 
di Malaysia pasti ada gambar Raja mereka.
Itu 
menunjukkan bertapa hormatnya mereka terhadap Raja mereka yang telah 
memerintah Thailand selama 64 tahun menjadikan beliau sebagai Raja yang 
paling lama memerintah ketika ini.
Jika di 
Malaysialah, perkara-perkara seperti ini mesti dipertikaikan pelbagai 
pihak. Institusi Raja di Malaysia bagai pelampung ditengah laut yang 
terus menerus dipukul ombak gelora.
Di
 Thailand jika ada sesiapa mengutuk ataupun mempersendakan Raja mereka, 
tidak akan terlepas tindakan undang kepada mereka yang melakukan 
perbuatan sebegitu. Pernah terjadi dimana seorang warga asing yang 
menetap di Thailand ditangkap kerana mempersendakan Raja Thailand.
Suatu
 perkara lagi yang penulis perasan tentang rakyat Thailand ini adalah 
tentang pemakaiannya. Pada hari Isnin setiap minggu, rakyat Thailand 
akan memakai baju kuning.
Mengapa mereka memakai baju kuning ?
Bapa
 penulis pernah bertanya kepada seorang pemilik restoran Arab di Bangkok
 mengapa ramai orang memakai pakaian bewarna kuning. Pemilik restoran 
itu menjelaskan bahawa Raja Thailand lahir pada hari Isnin, disebabkan 
itulah mereka memakai baju kuning setiap Isnin kerana warna kuning warna
 kemegahan Raja.
Dan jika tidak silap 
penulislah, hari Jumaat rakyat Thailand disarankan memakai baju bewarna 
biru kerana Ratu Thailand lahir pada hari Jumaat.
Sambutan
 besar-besaran hari keputeraan Raja Thailand akan diadakan setiap bulan 
Disember setiap tahun. Ini kerana Raja Bhumibol lahir pada 5 Disember 
1927. 
Perkara-perkara yang selalu penulis 
nampak adalah bendera bewarna kuning yang memaksudkan warna bagi 
institusi diRaja Thailand. Selalunya terdapat disekitar jalan raya, 
pejabat kerajaan ataupun sekolah di seluruh Thailand.
Bertapa
 taatnya mereka kepada Raja mereka hinggakan bendera-bendera kuning itu 
dipacak sendiri oleh rakyat Thailand tanpa perlu meminta upah walaupun 
mereka adalah bukanlah manusia yang senang.
Sambutan
 yang meriah tetapi diadakan walaupun Raja Thailand sedang gering. 
Rakyat tetap mendoakan Raja mereka sihat dan sambutan diadakan tetap 
hangat. Sambutan tahunan mereka terhadap Raja sama hebat seperti jubli 
emas pemerintahan 50 tahun Sultan Kedah.
Tetapi
 Jubli Emas pemerintahan 50 tahun Sultan Kedah pada 2008 dipenuhi dengan
 aktiviti-aktiviti yang dihadiri oleh Sultan Kedah. Tetapi dari segi 
poster yang ditampal sama hebat dengan sambutan hari lahir Raja 
Thailand.
Itu sesuatu yang amat-amat dikagumi 
penulis terhadap rakyat Thailand yang memang mesra dengan penulis dari 
dahulu lagi. Penulis tidak sedikit pun berasa terancam ketika berada di 
Thailand malahan penulis pernah keluar berseorangan di Bangkok ketika 
dahulu.
Kekayaan Raja Bhumibol Adulyadej yang 
telah dikeluarkan oleh majalah Forbes dimana Raja Thailand merupakan 
Raja terkaya didunia dengan aset bernilai US$ 30 billion bersamaan Rm 90
 billion.
Walaupun
 memiliki kekayaan sehingga Rm 90 billion tetapi tiada pemertikaian oleh
 rakyat Thailand bukan seperti sesetengah pihak di Malaysia yang 
mempersendakan penglibatan anak perempuan Sultan Perak, Y.A.M Raja Dato'
 Seri Eleena Azlan Shah sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah 
Gamuda Berhad.
Dekat Malaysia, Potret-potret 
Raja pun susah untuk dijumpai kecuali jika kita berada di 
kompleks-kompleks kerajaan. Itupun gambar Sultan dinegeri itu dan 
Perdana Menteri.
Penulis yakin jika saudara 
semua ke Thailand mesti punya saudara akan kenal Raja Thailand. Penulis 
pertama kali ke Thailand pun sudah nampak muka Raja Thailand di merata 
tempat membuatkan penulis bertanya kepada bapa penulis muka siapakah 
yang seri terpampang di jalanraya sekitar Bangkok.
Ini
 membuatkan penulis mengetahui siapakah manusia yang sering penulis 
lihat disana sekaligus mengenalkan penulis dengan Raja Thailand. Ini 
sesuatu perkara yang menarik dimana kerajaan Thailand berjaya 
memperkenalkan Raja mereka ke muka dunia.
Rasanya
 Malaysia patut mencontohi langkah Thailand yang meletak gambar Raja 
mereka dimerata tempat. Tetapi mesti anda tertanya, negara kita ada 9 
sultan ataupun raja ataupun yang dipertuan besar jadi yang mana nak 
letak?
Senang sahaja, letak saja gambar-gambar 
Yang di-Pertuan Agong dan Sultan ataupun Raja ditempat tersebut. 
Contohnya di Sunway Pyramid dimana berada dalam jajahan Selangor, jadi 
letaklah gambar Sultan Selangor dan Yang di-Pertuan Agong ketika itu.
Ini
 bakal mengenalkan Sultan dan Raja kita kepada pelancong-pelancong asing
 yang datang ke Malaysia. Teringat penulis dimana seorang warga Libya 
bertanya kepada penulis yang manakah Yang di-Pertuan Agong Malaysia 
ketika Sambutan Maulidur Rasul tempoh hari.
Dan
 penulis harap sangat-sangat supaya kerajaan mengambil tindakan yang 
tegas kepada mana-mana individu yang tidak menghormati Sultan ataupun 
Raja disini. Kerana jika ia dibiarkan, tidak mustahil suatu hari nanti 
institusi Diraja akan terus dipersendakan.
Ingat
 orang kita memang dari dahulu lagi taat dan setia kepada Raja. Bahkan 
sebelum buat salah kita dah minta ampun dari Sultan dahulu. Jangan lepas
 ini dah buat salah baru minta ampun dari polis-polis.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan