Anda ingin mengetahui adakah masyarakat Yahudi
 tinggal di Malaysia. Hasil dari perasaan ingin tahu tersebut dan 
pencarian maklumat di beberapa kedai-kedai buku dan juga di Internet, 
aku telah mendapat maklumat yang terang lagikan bersuluh. Memang ada 
masyarakat Yahudi yang tinggal di Malaysia! Di sini, aku coretkan 
sedikit maklumat tentang sejarah kewujudan masyarakat Yahudi di 
Malaysia. Entri aku akhir-akhir ini banyak tentang mereka (Yahudi, 
Israel, Zionisme dan lain-lain, aku ingin tegaskan entri-entri itu bukan
 untuk menyanjung mereka tetapi sebagai info kepada kamu-kamu di luar 
sana untuk menegenali mereka, sikap mereka, dan siapa mereka itu) 
Sesunggunya Yahudi adalah kaum yang laknat! (Bagi mereka yang 
mengamalkan ajaran Zionisme). saya seorang  insan yang suka mengkaji bahan-bahan sejarah yahudi peningalan di negara malaysia. 
Orang Yahudi Malaysia 
adalah sebuah istilah yang dirujukkan pada orang Yahudi yang tinggal di 
Malaysia, atau yang berasal dari negara itu. Mereka kebanyakannya 
tinggal di negeri Pulau Pinang, tetapi mereka dapat dijumpa di 
tempat-tempat lain di negara ini, khususnya di Kuala Lumpur dan Melaka. 
Orang Yahudi Malaysia kebanyakannya dari Yahudi Timur (kebanyakan mereka
 adalah Yahudi Baghdad), dengan yang lainnya Yahudi Eropah (Yahudi 
Ashkenazi) dan kemungkinan Yahudi Cina, yang melarikan diri dari 
Kaifeng, China, sewaktu pengambil alihan Komunis pada tanah besar China 
dari Chin Nasionalist pada 1949.
Perhubungan pertama antara masyarakat 
Yahudi dan masyarakat di Malaya (yang kemudiannya dikenali sebagai 
Malaysia) bermula di sekitar kurun ke 9 yang bermula di Lembah Bujang 
dan kemudiannya pada kurun ke 18 di Bazaar Kosmopolitan di Malaka. 
Kemunculan Yahudi Baghdad di Penang kemungkinan besar berlaku adalah 
disebabkan kemajuan perniagaan dan perdangangan yang diuruskan oleh 
British pada sekitar kurun ke 19. Keadaan ini telah mempengaruhi 
saudagar-saudagar Yahudi seperti Sassoons dan Meyers dari
 India. Ada juga yang mengatakan terdapat penghijrahan secara 
beramai-ramai pada skala yang besar Yahudi dari Empayar Uthmaniah dari 
Provinis Baghdad ketika pemerintahan Daud Pasha dari tahun 1817-1831.
Yahudi yang pertama telah tiba dan mendiami Malaya adalah Ezekiel Aaron Menasseh.
 Beliau telah berhijrah dari Baghdad dan tiba di Malaya pada tahun 1895.
 Menurut sumber, Manasseh mengamalkan kehidupan dan budaya Yahudi selama
 30 tahun sehingga selepas Perang Dunia Yang Pertama. Ketika itu, 
bilangan populasi masyarakat Yahudi yang berhijrah dan mendiami Malaya 
semakin meningkat.  Ketika Jepun menyerang Malaya, masyarakat Yahudi 
telah dipindahkan ke Singapura dan sebilangan telah dibunuh dan 
dikebumikan ketika pendudukan Jepun di Malaya dan Singapura. Selepas 
penjajahan Jepun, majoriti masyarakat Yahudi Malaya telah berhijrah ke 
Singapura, Australia, Israel dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1963 hanya
 terdapat sekitar 20 keluarga yang tinggal di Malaysia.
Rumah ibadat Yahudi (Synagogue) di Penang
 terletak di Jalan Nagore telah ditutup pada tahun 1976. Penutupan ini 
adalah disebabkan masyarakat Yahudi yang pada ketika itu tidak dapat 
melakukan ibadat Minyan, di mana terdapat seramai 10 orang lelaki 
berkumpul untuk beribadat secara beramai-ramai.  Kini, dianggarkan 
terdapat 100 orang Yahudi di Malaysia dan kebanyakkan mereka adalah 
pelarian dari Russia. Kebanyakkan dari mereka telah berhijrah ke negara 
lain disebabkan oleh semangat Anti-Semetik yang kuat dan polisi 
anti-israel yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia yang bermula sejak
 tahun 1970.
Jalan Yahudi (Jew Road) di Penang dimana 
terdapat majoriti masyarakat Yahudi yang mendiami kawasan tersebut telah
 ditukarkan nama kepada Jalan Zainal Abidin. Keadaan ini telah 
menyebabkan entiti Yahudi yang ada hilang. Kini legasi yang tinggal dari
 masyarkat Yahudi di Malaysia hanya Tanah Perkuburan Yahudi dan Rumah 
Ibadat Synagoggue yang tidak digunakan lagi.
Keturunan masyarakat Yahudi Malaysia yang
 tinggal kini menetap di Singapura, Australia, Kanada, New Zealand, 
United Kingdom dan Amerika Syarikat (terutamanya di New York) dan 
bilangan populasi mereka sehingga kini tidak diketahui. Majoriti 
masyarakat Yahudi Malaysia berkomunikasi di dalam Bahasa Melayu, Bahasa 
Inggeris dan juga ada juga yang boleh berkomunikasi di dalam bahasa 
Yiddish, Parsi, Hebrew dan juga Bahasa Arab.
Tanah Perkuburan Yahudi di Penang telah 
diwujudkan pada tahun 1805 dan adalah dipercayai merupakan tanah 
perkuburan Yahudi yang tertua di Malaysia. Ianya berukuran 38,087 kaki 
persegi dan terletak di Jalan Zainal Abidin (sebelum ini dikenali 
sebagai Jalan Yahudi). Jalan ini merupak jalan kecil yang terletak di 
antara Jalan Burmah dan Jalan Macalister di Geroge Town. Kubur tertua 
bertarikh 9 Julai 1805 yang juga dipercayai kubur tertua di Tanah 
Perkuburan Yahudi itu. Kubur yang dimiliki oleh Puan Shoshan Levi. 
Dianggarkan terdapat 106 buah kubur dan kubur yang paling baru dibina 
adalah pada tahun 1978. Boleh dikatakan, tanah perkuburan ini dibina 
khusus untuk maysarakat Yahudi di sini. Walllahu’ A lam.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan