|  | 
| 
Peta di atas menunjukkan kedudukan negara kota 
Malayu dan empayar Srivijaya di Kepulauan
Sumatera. | 
Kisah kemasyhuran kerajaan Malayu telah sampai ke pengetahuan Khalifah Mu’awiyah bin Abu Sufian atau Khalifah Mu’awiyah I (661-680 Masihi) - pengasas dan pemerintah pertama empayar Bani Umayyah yang berpusat di Damsyik (atau Damascus).
|  | 
| 
Empayar Bani Umayyah yang berpusat di
Damsyik pada zaman kegemilangannya. | 
Setelah terdengar akan kemasyhuran kerajaan Malayu di sebelah Timur, maka
 timbullah niat di hati baginda untuk mengIslamkan kerajaan Malayu serta
 memonopoli perdagangan lada hitamnya. Kebetulan pula, baginda sedang 
berusaha untuk memperluaskan empayar Islam serta ajaran Islam ke seluruh
 dunia.
Pada ketika itu, kerajaan Malayu berada di bawah pemerintahan seorang maharaja yang bernama Sri Maharaja Lokitawarman. Baginda berbangsa Melayu dan beragama Buddha. Lantas, Khalifah Mu’awiyah I telah mengajak maharaja Malayu tersebut untuk memeluk Islam. Walau bagaimanapun, Sri Maharaja Lokitawarman telah menolak pelawaan khalifah tersebut secara baik.
Keengganan maharaja Malayu tersebut untuk memeluk agama Islam telah membantutkan niat Khalifah Mu’awiyah I untuk mengIslamkan kerajaan Malayu serta memonopoli perdagangan lada hitamnya. Tidak berapa lama kemudian, Sri Maharaja Lokitawarman telah mangkat dan tempatnya diambil alih oleh Sri Maharaja Srindrawarman.

Kerajaan Malayu yang berpusat di Jambi,
Sumatera 
sangat terkenal dengan hasil pengeluaran
lada hitamnya. | 
Ketika zaman pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz (717-720 Masihi),
 baginda telah mengutus surat kepada Sri Maharaja Srindrawarman dan 
mengajak maharaja Malayu tersebut untuk memeluk agama Islam. Hubungan 
yang terjalin di antara kedua-dua pemerintah tersebut (khalifah Bani 
Umayyah dan maharaja Malayu) dikatakan sangat baik.
Usaha Khalifah Umar akhirnya membuahkan hasil apabila maharaja Malayu 
tersebut telah terbuka hati untuk menerima Islam. Peristiwa tersebut 
berlaku kira-kira pada tahun 718
Masihi. Menurut catatan sejarah, Sri Maharaja Srindrawarman dipercayai
merupakan orang Melayu pertama di dunia yang memeluk agama Islam. 
Setelah peristiwa tersebut, maka bermulalah zaman di mana Malayu mula 
dikenali sebagai sebuah kerajaan Islam. Inilah kerajaan Islam yang 
PERTAMA sekali di Kepulauan Melayu atau Nusantara. PengIslaman Sri 
Maharaja Srindrawarman sekaligus telah menarik
minat ramai pedagang Arab dan Islam untuk datang berdagang di negara 
kota Malayu.
Malah, para pedagang Arab juga telah menggelar Malayu sebagai ‘Sribuza Islam' (Srivijaya Islam) atau ‘Zabaq’ (yang berasal dari nama Muara Sabak di Jambi).
Walau bagaimanapun, berita tentang pengIslaman kerajaan Malayu di Pulau Sumatera tidak begitu disenangi oleh golongan pemerintah Dinasti Tang di tanah besar China. Pada pandangan mereka, pengIslaman kerajaan Malayu hanya akan menyebabkan aktiviti perdagangan lada hitam mereka tergugat dan terancam.
|  | 
| 
I-Tsing - seorang sami Buddha dari tanah
besar China 
pernah melawat kerajaan Malayu dan empayar
Srivijaya. | 
Menurut
catatan yang ditulis oleh seorang sami Buddha berketurunan Cina bernama I-Tsing,
kerajaan Malayu pada ketika itu berada di bawah pengaruh kekuasaan empayar
Srivijaya yang berpusat di Palembang. Agama rasmi empayar Srivijaya ialah Buddha bermazhab Vajrayana, yakni 
berbeza dengan Malayu yang sudah pun menjadi sebuah kerajaan Islam.
Pada tahun 680
Masihi, pemerintah Dinasti Tang di tanah besar China telah bertindak 
menghantar
dua orang pendeta Buddha iaitu Vajrabodhi dan Amoghavajra ke Srivijaya. 
Tujuannya ialah untuk mengembangkan agama Buddha bermazhab Mahayana di 
Srivijaya serta menyekat pengaruh perkembangan Islam di Malayu.
Hasil campur
tangan Dinasti Tang telah memaksa empayar Srivijaya untuk menyerang 
kerajaan Malayu pada sekitar tahun 730 Masihi. Pada ketika itu, Malayu 
berada di bawah pemerintahan Sri Maharaja Indrawarman - putera
kepada Sri Maharaja Srindrawarman yang sudah mangkat.
| 
Amoghavajra - salah seorang dari dua Sami
Buddha yang dihantar oleh 
Dinasti Tang ke Srivijaya untuk menyekat
perkembangan Islam di Malayu. | 
Serangan tersebut telah mengakibatkan Sri
Maharaja Indrawarman mangkat dibunuh. Akhirnya, negara kota Malayu 
(Sribuza Islam atau Zabaq) telah berjaya ditawan oleh empayar Srivijaya.
Penaklukan tersebut menandakan berakhirnya kekuasaan sebuah kerajaan Islam yang terawal di Kepulauan Melayu atau Nusantara di bawah pemerintahan dua orang maharajanya yang beragama Islam iaitu Sri Maharaja Srindrawarman dan puteranya, Sri Maharaja Indrawarman.

Kronologi Maharaja-maharaja Malayu 
(Sila klik gambar di atas untuk melihat
dengan lebih jelas). | 
MAKLUMAT TAMBAHAN
Kebanyakan sumber pensejarahan di Malaysia dan Indonesia hari ini 
mengatakan kononnya, kerajaan Islam yang pertama di Kepulauan Melayu 
atau Nusantara adalah Kesultanan Perlak ataupun Kesultanan 
Samudera-Pasai. Walau bagaimanapun, cerita di atas telah membuktikan 
bahawa kerajaan Islam yang pertama di Kepulauan Melayu atau Nusantara 
adalah kerajaan Malayu.
SUMBER RUJUKAN
- 101 Puteri Dunia Melayu - Sejarah dan Legenda.
- Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu.
- Pensejarahan Patani.
- Laman web Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP.
Tuesday, December 13, 2011
ADRUJA WIJAYAMALA SINGA - PUTERI WIRAWATI MELAYU YANG DILUPAKAN.
|  | 
| Buku 101 Puteri Dunia Melayu - Sejarah dan Legenda. | 
Demi mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan Semenanjung Tanah Melayu dari dijajah oleh pihak musuh, puteri Melayu ini telah bertindak memenggal kepala salah seorang raja Siam (Thai) yang zalim. Ini sekaligus menjadikan nama baginda begitu gah dalam sejarah bangsa Melayu.
Walau bagaimanapun, kebanyakan rakyat Malaysia hari ini TIDAK lagi mengenali puteri Melayu ini. Lebih memilukan, sejarah hidup dan pengorbanan besar puteri Melayu ini hampir dilupakan oleh bangsa Melayu itu sendiri. Ada yang mengatakan, terdapat pihak-pihak tertentu yang sengaja mahu melenyapkan nama puteri Melayu ini dari catatan sejarah demi kepentingan mereka.
Syabas diucapkan kepada Nisriwani Yahaya, Syed Zulflida S.M. Noor dan Dato’ Dr. Adi Haji Taha. Ketiga-tiga tokoh dari Malaysia ini telah mengambil inisiatif untuk mengumpul dan menyusun kembali kisah-kisah riwayat dan sejarah hidup puteri Melayu kebanggaan bangsa kita ini.
Semoga hasil usaha mereka akan dapat mengharumkan kembali nama puteri Melayu ini sebelum ianya luput dari ingatan anak cucu bangsa Melayu di masa akan datang. Berikut adalah kisahnya...
PENGENALAN
|  | 
| 
Adruja Wijayamala Singa. | 
Adruja Wijayamala Singa (1335-1345 Masihi) berasal dari Grahi - sebuah 
negara kota dan negara persekutuan Melayu yang terletak di utara 
Semenanjung Tanah Melayu. Baginda merupakan puteri kesayangan kepada 
Raja Sang Tawal atau Sultan Muhammad (1267-1335), Maharaja Grahi yang 
ketiga. Tahun kelahiran dan nama bonda puteri Melayu ini tidak 
diketahui. Adruja dilahirkan dan membesar di Kota Grahi, iaitu ibu kota 
kerajaan Grahi.
Adruja mempunyai empat orang saudara kandung, iaitu dua lelaki dan dua perempuan. Mereka ialah Raja Bharubhasa, Raja Singhadiraja, Puteri Cendana dan Puteri Linang Cahaya. Oleh kerana Adruja memiliki sifat keperibadian yang tegas dan garang, rakyat Grahi yang berketurunan Melayu-Hindu telah menggelar puteri Melayu ini sebagai ‘Dewi Durga’.

Carta keluarga Adruja Wijayamala Singa. 
(Sila klik gambar di atas untuk melihat dengan lebih jelas). | 
Lebih menarik lagi, Adruja merupakan keturunan Srimat Trailokyaraja 
Maulibhusana Warmadewa, Maharaja Srivijaya-Malayu (Palembang-Jambi) dari
 dinasti Mauli. Menurut manuskrip Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin),
 nama sebenar maharaja tersebut ialah Demang Lebar Daun. Nama 'Adruja 
Wijayamala Singa' dikatakan berasal dari bahasa Sanskrit, di mana:
- ‘Adruja’ ialah kependekan bagi sebutan “adhi raja” yang bermaksud raja yang besar, mulia, tinggi darjatnya, yang utama, yang terbaik dan pemuka pasukan perang;
- ‘Wijayamala’ pula merujuk kepada sejenis bunga seroja sakti yang dikatakan dapat menghidupkan orang mati; manakala
- ‘Singa’ pula merupakan satu variasi bagi sebutan “simha” yang bermaksud singa - raja segala haiwan.
|  | 
| Carta salasilah leluhur atau nenek-moyang Adruja Wijayamala Singa. (Sila klik gambar di atas untuk melihat dengan lebih jelas). | 
KEHIDUPAN AWAL
|  | 
| 
Kedudukan Grahi (atau juga dikenali sebagai
Jawaka) 
terletak di kawasan utara Semenanjung Tanah
Melayu.
(Sila klik gambar di atas untuk melihat dengan lebih jelas). | 
Sebagai Maharaja Grahi yang baharu, Raja Sang Tawal telah mengarahkan supaya dibina sebuah kota yang teguh demi menghalang tentera Siam Sukhothai dari menceroboh masuk ke Semenanjung Tanah Melayu. Setelah siap, kota tersebut diberi nama Kota Grahi.
Sejak dari usia kanak-kanak lagi, Adruja dikatakan pandai menunggang kuda dan bermain senjata seperti kelewang. Meskipun perilaku baginda menyerupai lelaki, namun Adruja dikatakan amat menyukai wangian kayu cendana yang telah dicampurkan ke dalam minyak wangi yang diperbuat daripada bunga melur. Ia adalah satu kesukaan khas yang menunjukkan bahawa Adruja masih ada sifat kewanitaan.
PEMBAWA BENDERA GRAHI
Setelah umurnya mencecah belasan tahun, Adruja sentiasa menjadi pembantu
 ayahandanya di medan perang. Puteri tersebut biasanya dibenarkan 
membawa bendera kerajaan Grahi ketika Raja Sang Tawal pergi berperang 
dengan tentera Siam Sukhothai. Pengalaman berada di medan perang telah 
membantu Adruja membiasakan diri dengan melihat keganasan perang dalam 
segala aspek.
Setelah perang berakhir, Adruja akan membantu membalutkan luka dan memberi minuman kepada mana-mana tentera ayahandanya yang cedera. Melihatkan keadaan tentera Grahi yang kurang semangat juang serta rakyatnya yang sentiasa berundur, maka tergeraklah di hati puteri tersebut untuk membentuk satu pasukan khas yang terdiri dari kaum wanita.

Selain untuk membantu kaum lelaki di medan perang, tujuan pasukan khas 
wanita tersebut ditubuhkan adalah untuk membela nasib kaum wanita Melayu
 di Grahi yang sering diperkosa oleh tentera Siam Sukhothai tatkala 
mereka menyerang kampung-kampung yang jauh dari Kota Grahi. Selain itu, 
Adruja juga mahu membuktikan bahawa kaum wanita juga setanding dengan 
kaum lelaki walaupun di medan perang.
|  | 
| 
Gambaran wajah dan pakaian yang 
dipakai oleh Adruja Wijayamala Singa. | 
Cadangan Adruja untuk membentuk satu pasukan khas wanita telah diusulkan
 kepada ayahandanya, Raja Sang Tawal. Pada mulanya, Raja Sang Tawal 
enggan memperkenankan cadangan puterinya itu kerana tugas kaum wanita 
pada zaman tersebut hanya terhad kepada kerja memasak dan membantu 
merawat kecederaan tentera di medan perang sahaja.
Namun begitu, Raja Sang Tawal berubah fikiran dengan serta-merta setelah mengenangkan tindakan puteri kesayangannya itu yang pernah beberapa kali mempertahankan bendera kerajaan Grahi ketika di medan perang. Raja Sang Tawal akur lalu memperkenankan cadangan Adruja itu.
Pada masa yang sama, baginda cuba untuk menyelamatkan Adruja dengan mengahwinkan puteri tersebut. Walau bagaimanapun, Adruja terus menolak rancangan ayahandanya itu dengan berkata:

"Ayahanda mahu kahwinkan anakanda? Tidak! Sesiapa yang mahukan
anakanda, sila bertarung senjata satu lawan satu. Jika menang, boleh". 
  
Melihatkan ketegasan dan kedegilan puteri tersebut, akhirnya Raja Sang 
Tawal terpaksa mengalah dan mengikut sahaja kehendak puterinya itu.
LAHIRNYA PASUKAN SERI WIJAYAMALA 
Setelah cadangan tersebut diperkenankan oleh Raja Sang Tawal, maka 
Adruja pun berusaha untuk membentuk sebuah pasukan khas yang dianggotai 
kaum wanita. Baginda mula mencari mana-mana perempuan yang mahu 
menyertainya.
Oleh kerana golongan perawan telah menolak ajakannya, maka dicari pula 
segala janda muda yang kematian suami di medan perang. Ada di kalangan 
kumpulan janda muda tersebut yang membantah atas alasan -
 berperang bukanlah kerja kaum wanita. Jawapan tersebut telah membuatkan
 Adruja murka, lalu menengking mereka dengan berkata:
Hidup tercungap-cungap, merempat, harapkan belas kasihan orang. Bagaikan pengemis!
Lebih baik kalian ku latih agar dapat berperang. Bahkan lebih berani daripada bapa-bapa
dan abang-abang kamu yang takut menghadapi gajah Sukhothai hingga kecut pelir mereka.
Inilah masanya kalian menuntut bela agar tenteram roh mereka yang sudah pergi.
Beta tak dapat memberikan harta kepada kalian. Tetapi ingat! Ketika kalian mati,
kalian akan mati syahid kerana mempertahankan agama dan negara kalian.
Itulah janji bagi orang Islam, agama yang baru kamu anuti sekarang.
Insyallah, kalian akan dikenang sebagai bunga-bunga suci
di medan perang di dalam sejarah Grahi.”
Setelah mendengar kata-kata puteri tersebut, maka kumpulan janda muda 
tersebut akhirnya bersetuju untuk menyertai pasukan khas yang dipimpin 
dan dilatih sendiri oleh Adruja. Pasukan khas tersebut diberi nama Seri 
Wijayamala. 
Adruja telah berusaha mendapatkan segala bekalan senjata untuk pasukan khasnya. Baginda telah menempah senjata ringan dengan mengarahkan agar dibentuk busur panah yang kecil tetapi lebih cekap. Selain itu, puteri tersebut juga telah membeli puluhan ekor kuda, kain serta keperluan wanita dari para saudagar Arab dan Turki di pelabuhan yang berhampiran dengan Kota Grahi. Dari mereka jugalah, Adruja mempelajari bahasa Arab dan Turki.

Kuda putih milik Adruja Wijayamala Singa
yang dinamakan 
Halilintar sentiasa mengiringi puteri
tersebut ketika di medan
perang. | 
Selain itu, Adruja juga telah membeli seekor kuda putih untuk dirinya 
sendiri. Kuda tersebut diberi nama Halilintar dan ianya sentiasa 
mendahului sesiapa sahaja, termasuklah pelatih Adruja yang berbangsa 
Turki bernama Inologlu.
Pada suatu hari, Adruja Wijayamala Singa masuk menghadap Raja Sang Tawal yang sedang sibuk bermesyuarat dengan para panglima perang. Ketika itu, mereka sedang melihat selembar peta. Setelah salam diberi, Adruja terus membuka daun-daun tingkap istana lalu mengajak Raja Sang Tawal dan para panglima perang supaya melihat ke luar tingkap. Puteri itu seraya berkata:
“Itulah pasukan khas patik. Hanya 41 orang. Kebanyakannya janda dan
hamba abdi serta budak suruhan, untuk berperang bersama ayahanda kelak”.
Setelah melihat pasukan khas tersebut, para panglima bertanya kepada 
Adruja tentang kemampuan mereka - sama ada mereka mampu memikul tombak 
serta memanah atau pun tidak. Malah, ada juga di antara mereka yang 
memperlekehkan kemampuan pasukan khas tersebut dengan tersengih-sengih 
dan ketawa kecil.
Tindakan para panglima tersebut telah membuatkan dada Adruja membara, lalu ditariknya salah seorang dari kumpulan panglima tersebut dan membawanya ke ruang tingkap. Adruja segera memberi arahan kepada Puspa, salah seorang pengikutnya yang berdiri puluhan ela di bawah istana supaya terus memanah panglima tersebut.
Anak panah yang dilepaskan Puspa berdesing membelah udara lalu melekat pada daun tingkap - hanya sejengkal dari muka panglima tersebut. Adruja lantas berkata kepada para panglima yang memperlekehkan pasukan khasnya:
“Jika itu belum memuaskan kalian, silalah tunggu di tingkap itu untuk perintahku yang kedua”.
  
SERI WIJAYAMALA BERTINDAK
hamba abdi serta budak suruhan, untuk berperang bersama ayahanda kelak”.
Tindakan para panglima tersebut telah membuatkan dada Adruja membara, lalu ditariknya salah seorang dari kumpulan panglima tersebut dan membawanya ke ruang tingkap. Adruja segera memberi arahan kepada Puspa, salah seorang pengikutnya yang berdiri puluhan ela di bawah istana supaya terus memanah panglima tersebut.
Anak panah yang dilepaskan Puspa berdesing membelah udara lalu melekat pada daun tingkap - hanya sejengkal dari muka panglima tersebut. Adruja lantas berkata kepada para panglima yang memperlekehkan pasukan khasnya:
“Jika itu belum memuaskan kalian, silalah tunggu di tingkap itu untuk perintahku yang kedua”.
Tindakan berani Adruja dan pengikutnya, Puspa telah menyebabkan semua 
orang terdiam. Adruja terus menyembah Raja Sang Tawal lalu turun dari 
istana. Menurut catatan sejarah, peristiwa tersebut berlaku pada tahun 
1317 Masihi.
Pada suatu hari, angkatan tentera Siam Sukhothai telah mula bergerak ke 
arah selatan untuk menyerang kerajaan Grahi dan ibu kotanya, Kota Grahi.
 Pada asalnya, penduduk Kota Grahi sememangnya sudah lama bersedia untuk
 menghadapi serangan dari tentera Siam Sukhothai. Walau bagaimanapun, 
penantian yang terlalu lama telah menyebabkan mereka menjadi leka.
|  | 
| 
Kedudukan Kota Grahi dipercayai
terletak  
di daerah Chaiya, wilayah Surat
Thani, Thailand. | 
Namun begitu, Adruja dan pasukan khas Seri Wijayamala sentiasa bersiap 
sedia. Sifat waspada mereka telah berhasil apabila pada suatu malam, 
salah seorang pengawalnya telah ternampak panah berapi menembusi 
angkasa. Pengawal tersebut lantas memaklumkan kepada Adruja mengenai 
sebuah kampung di sebelah utara yang mula diserang oleh tentera Siam 
Sukhothai.
Dengan serta-merta, Adruja dan semua anggota pasukan khas Seri Wijayamala berlengkap lalu menunggang kuda mereka dan menyerbu keluar mengikut rakan-rakan yang membawa obor. Setelah tiba, Adruja mendapati tentera Siam Sukhothai sedang mengganas. Mereka membakar kampung, membunuh segala lelaki dan mengheret wanita keluar dari kampung itu.
Seorang panglima Siam Sukhothai telah merebahkan seorang perempuan muda ke tanah untuk mencabulnya. Melihat keadaan tersebut, Adruja segera menebas leher panglima tersebut dengan kelewang panjang miliknya yang dinamakan Kilatan. Kemudian, baginda seraya memberi arahan kepada pasukan Seri Wijayamala:
“Bunuh kesemuanya! Jangan biarkan seekor pun terlepas! Cincang yang masih bernafas!”
Arahan tersebut segera dipatuhi. Ada di kalangan para pengikut Adruja 
yang mengalami muntah-muntah serta pengsan setelah melihat darah, kepala
 musuh terpelanting dan terdengar jeritan tatkala musuh disembelih.
Pada malam itu, Adruja berjaya menyelamatkan ramai wanita Melayu. Tiada seorang pun tentera Siam Sukhothai yang berjaya pulang ke markas mereka. Adruja dan para pengikutnya pula hanya mengalami luka-luka kecil. Mereka berjaya membuktikan kecekapan mereka di medan perang.
DENDAM RAMA KHAMHAENG

Semua pihak di negeri Siam Sukhothai telah mula berasa gentar setelah 
angkatan perang mereka tidak pulang ke markas. Namun begitu, tidak 
sedikit pun terguris di hati Raja Rama Khamhaeng walaupun telah 
kehilangan ratusan tenteranya.
Sebaliknya, raja zalim itu telah mengambil keputusan untuk menyerang Grahi dan Kota Grahi sekali lagi. Pada kali ini, baginda sendiri yang akan mengetuai bala tenteranya.
Sebaliknya, raja zalim itu telah mengambil keputusan untuk menyerang Grahi dan Kota Grahi sekali lagi. Pada kali ini, baginda sendiri yang akan mengetuai bala tenteranya.
|  | 
| 
Patung Rama Khamhaeng, Raja Siam
Sukhothai 
yang dibina di wilayah Sukhothai, Thailand. | 
Sementara di Kota Grahi pula, Raja Sang Tawal telah mendapat maklumat 
mengenai bala tentera Siam Sukhothai yang sudah menghampiri sempadan 
Grahi. Baginda segera mengarahkan semua menteri dan panglima perang 
(kecuali Adruja Wijayamala Singa) datang berunding.
Selesai mesyuarat, Raja Sang Tawal telah menitahkan supaya Adruja tinggal di dalam Kota Grahi sementara baginda dan para tentera Grahi keluar menentang musuh. Arahan ayahandanya itu telah membuatkan Adruja berasa begitu geram kerana tidak dibenarkan untuk turut serta berperang.
Selepas Raja Sang Tawal dan para tenteranya keluar dari Kota Grahi untuk menentang tentera Siam Sukhothai, seorang perempuan penduduk kota yang mengenali Adruja datang bertanya:

“Raja fikir aku perempuan biasa. Layak menunggu di dalam kota sahaja”.
Kata Adruja kepada perempuan tersebut. Lantas perempuan tersebut berkata:
“Tapi… kami dengar cerita dari orang Tuan Puteri sendiri,
banyak kampung di utara Grahi telah Tuan Puteri selamatkan”.
KOTA GRAHI DISERANG LAGI
“Kau Seroja, panah dari atas kota sana. Kau Sundari, suruh para abdi siapkan kuda kita”.
LELAKI TUA BERTONGKAT DAN TASBIH
Pasukan Seri Wijayamala menangis teresak-esak, sambil mendakap para wanita dan kanak-kanak yang meraung. Air mata Adruja jatuh berlinangan. Adruja mengetapkan bibirnya. Tiba-tiba, datang seorang lelaki tua bertongkat menuju ke arah puteri tersebut lalu berkata dengan sebaknya:
Lelaki tua bertongkat itu mengucup tangan Adruja lalu pergi dari situ. Belum sempat sang puteri mengucapkan terima kasih, para anggota Seri Wijayamala sudah mengerumuninya dan bersiap-sedia. Adruja memberi arahan kepada pasukan Seri Wijayamala:
TUMBANGNYA RAMA KHAMHAENG
              
Setelah mendengar kata-kata perempuan tersebut, maka tersenyumlah sang 
puteri seorang diri. Adruja mula menyedari bahawa perihal itu tidak 
pernah dilaporkan kepada Raja Sang Tawal dan sememangnya ingin 
dirahsiakan.
Sepanjang pagi tersebut, Adruja berasa gelisah. Tatkala tengah hari 
pula, nalurinya mengatakan ada sesuatu yang tidak kena. Lalu diarahnya 
Puspa supaya pergi selidik di luar Kota Grahi.
Alangkah terkejutnya Puspa apabila melihat tentera Siam Sukhothai telah berjaya mencerobohi kota. Mereka membunuh dan bertindak ganas terhadap orang-orang tua, kanak-kanak dan wanita di dalam Kota Grahi.
Ternyata Rama Khamhaeng seorang yang licik. Raja tersebut telah membahagikan angkatan tenteranya kepada dua ketumbukan - satu untuk berperang dengan angkatan tentera Raja Sang Tawal di medan perang manakala yang satu lagi pula untuk menyerang Kota Grahi secara senyap dan mengejut.

Contoh pakaian tentera Siam (Thai) ketika
zaman kerajaan Sukhothai. | 
Puspa segera memaklumkan kepada puterinya. Adruja lantas mengarahkan 
semua anggota Seri Wijayamala bertindak. Kehadiran mereka telah 
mengejutkan pihak musuh.
Jerit Adruja seraya menghayunkan kelewang panjangnya (Kilatan) sambil memecahkan kepala serta memutuskan tubuh-tubuh musuh. Kemudian, arahan diberikan kepada dua orang rakan seperjuangannya yang bernama Seroja dan Sundari:
“Jahanamkan mereka! Bunuh semuanya! Anak haram jadah! Binatang! Cincang habis!”
Jerit Adruja seraya menghayunkan kelewang panjangnya (Kilatan) sambil memecahkan kepala serta memutuskan tubuh-tubuh musuh. Kemudian, arahan diberikan kepada dua orang rakan seperjuangannya yang bernama Seroja dan Sundari:
“Kau Seroja, panah dari atas kota sana. Kau Sundari, suruh para abdi siapkan kuda kita”.
Pencerobohan itu akhirnya berjaya dihindari dan Kota Grahi terselamat. 
Namun begitu, itulah pertama kali hati Adruja berasa amat hiba dan 
remuk-redam kerana perbuatan pihak musuh yang amat zalim terhadap 
orang-orang yang lemah.
Pasukan Seri Wijayamala menangis teresak-esak, sambil mendakap para wanita dan kanak-kanak yang meraung. Air mata Adruja jatuh berlinangan. Adruja mengetapkan bibirnya. Tiba-tiba, datang seorang lelaki tua bertongkat menuju ke arah puteri tersebut lalu berkata dengan sebaknya:
“Tuan Puteri, hamba sudah tua… Tiada tenaga lagi memerangi musuh kita.
Bawalah tasbih hamba ini. Semoga Tuan Puteri mencapai kemenangan
yang luar biasa… Insyallah…. Ucaplah, ‘Ya Jabbar Ya Qahhar’…”.
Bawalah tasbih hamba ini. Semoga Tuan Puteri mencapai kemenangan
yang luar biasa… Insyallah…. Ucaplah, ‘Ya Jabbar Ya Qahhar’…”.
Lelaki tua bertongkat itu mengucup tangan Adruja lalu pergi dari situ. Belum sempat sang puteri mengucapkan terima kasih, para anggota Seri Wijayamala sudah mengerumuninya dan bersiap-sedia. Adruja memberi arahan kepada pasukan Seri Wijayamala:
“Wahai pasukanku, Seri Wijayamala… Lilitlah rambutmu dengan kain hijau
seperti serban yang dipakai ayahmu, suamimu atau saudaramu yang pergi berjuang
demi agama dan tanah air. Aku tahu, tentera ayahanda sedang terpukul teruk.
Aku juga tahu, hari ini Rama Khamhaeng turut memimpin tenteranya.

Hari ini hari penentuan! Puspa, lilitkan serban kuning ini ke kepalaku.”
Tiba-tiba, kedengaran laungan azan berkumandang di atas kota. 
Suara seorang tua - dipercayai lelaki tua bertongkat yang memberi tasbih
 kepada Adruja sebentar tadi. Adruja segera memakai tasbih tersebut di 
lehernya dan terus menunggang kuda putihnya yang bernama Halilintar.
|  | 
| 
Adruja memakai tasbih pemberian seorang
lelaki tua bertongkat di lehernya. | 
Selesai sahaja azan, Adruja melaungkan ungkapan “Allahuakbar” 
yang kemudiannya disambut oleh semua yang hadir. Semua wirawati Seri 
Wijayamala terus memecut kuda yang menderu keluar dari kota bagai angin 
taufan. Tanpa menoleh ke belakang lagi, pasukan khas tersebut terus 
memacu kuda di belakang ketua mereka - Adruja Wijayamala Singa.
Benarlah jangkaan Adruja. Di medan perang, segala pasukan bergajah Siam 
Sukhothai sedang meredah dan merempuh apa sahaja di hadapan mereka. 
Orang dan kuda habis dibelit dengan belalai, dipijak dengan kaki atau 
dirodok oleh gading gajah.
Lima anggota Seri Wijayamala telah bersiap-sedia dengan tombak bercangkuk. Mereka turut dibantu oleh pasukan berpanah dan pasukan yang memakai kusa - sejenis alat yang ditakuti gajah.
Sementara itu, Puspa pula diarahkan untuk memegang bendera khas Adruja 
Wijayamala Singa, iaitu corak helang merah berlatarkan kuning. 
Tiba-tiba, mata Puspa terpandang ke arah pasukan bergajah Siam Sukhothai
 yang juga mengibarkan bendera pihak musuh.
Adruja terus memecut kuda putihnya ke arah gajah hitam khas milik Rama Khamhaeng tanpa menghiraukan segala hiruk-pikuk di sekitarnya. Api kemarahan dari lubuk hati Adruja telah mengalir ke tangannya yang menggenggam erat Kilatan yang berkilauan disambar matahari petang.
Adruja mengarahkan pasukan berpanahnya supaya memanah semua askar di sekeliling Rama Khamhaeng. Setelah kesemuanya mati terbunuh, baginda lantas mengarahkan pengikutnya supaya membaling tombak ke arah Rama Khamhaeng. Beberapa tombak telah terkena pada tubuh raja tersebut lalu meragut nyawanya. Jasadnya terkeluar dari rengga gajah lalu jatuh rebah ke bumi.
Lima anggota Seri Wijayamala telah bersiap-sedia dengan tombak bercangkuk. Mereka turut dibantu oleh pasukan berpanah dan pasukan yang memakai kusa - sejenis alat yang ditakuti gajah.
|  | 
| 
Contoh gambar kusa - sejenis alat yang
digunakan 
pada zaman dahulu untuk mengawal dan
menakutkan gajah. | 
“Tuan Puteri! Itu dia, Rama Khamhaeng!”
Adruja terus memecut kuda putihnya ke arah gajah hitam khas milik Rama Khamhaeng tanpa menghiraukan segala hiruk-pikuk di sekitarnya. Api kemarahan dari lubuk hati Adruja telah mengalir ke tangannya yang menggenggam erat Kilatan yang berkilauan disambar matahari petang.
Adruja mengarahkan pasukan berpanahnya supaya memanah semua askar di sekeliling Rama Khamhaeng. Setelah kesemuanya mati terbunuh, baginda lantas mengarahkan pengikutnya supaya membaling tombak ke arah Rama Khamhaeng. Beberapa tombak telah terkena pada tubuh raja tersebut lalu meragut nyawanya. Jasadnya terkeluar dari rengga gajah lalu jatuh rebah ke bumi.
|  | 
| 
Setiap gajah perang biasanya dilengkapi
dengan 
rengga gajah yang dipasang di bahagian
belakang. | 
Adruja dengan pantas terus merodok pusat Rama Khamhaeng dengan Kilatan, 
lalu ditusuknya ke atas hingga ke tenggorok. Pecahlah jantung dan 
terburailah segala tali perut dengan semburan darah membuak-buak. 
Kelewang dicabut, lalu leher raja tersebut ditebas hingga terpisahlah 
kepalanya dari tubuh. Kemudian, Puspa mengambil kepala Rama Khamhaeng 
dan menancapnya pada hujung tombak lalu diberikan kepada Adruja.
“Heret bedebah ini ke laut! Cincang sesiapa yang cuba menghalang!”
Jerit Adruja kepada pasukan Seri Wijayamala. Dua orang wirawati segera 
mengangkat kedua-dua belah kaki Raja Siam Sukhothai itu lalu 
mengheretnya dengan kuda menuju ke pantai.
Perbuatan tersebut telah menyebabkan tentera Siam Sukhothai bersikap 
seperti orang gila. Mereka cuba untuk mendapatkan kembali kepala Rama 
Khamhaeng. Adruja dengan segera mencantas dan menebas mereka. Para 
tentera Siam Sukhothai yang cuba mendapatkan badannya pula terus dipanah
 oleh pasukan berpanah Seri Wijayamala.
“Seroja, bawa balik kepala ini. Biar beta selesaikan saki-baki anjing-anjing ini.”
Para tentera Siam Sukhothai mula hilang semangat setelah menyaksikan 
kematian raja mereka. Tiada apa yang boleh mereka lakukan selain 
berlutut meratap menyembah bumi. Itulah hari bencana besar bagi bangsa 
Siam (Thai) dari negara Sukhothai kerana tidak menjangka yang mereka 
akan mati dibunuh oleh seorang puteri raja dengan pasukan khas wanitanya
 yang bengis.
KATA-KATA KERAMAT ADRUJA
Adruja mengarahkan semua wirawati supaya mencantas belalai gajah-gajah 
milik tentera Siam Sukhothai. Pada mulanya, mereka tidak sampai hati 
hendak membunuh haiwan-haiwan tersebut. Setelah melihat Adruja sendiri 
mencantas belalai gajah hitam milik Rama Khamhaeng, akhirnya mereka 
turut berbuat demikian.
Habis semua gajah jatuh merempuh pihak musuh. Barisan hadapan tentera 
Siam Sukhothai yang berlutut meratapi kehilangan raja mereka turut 
diranap oleh gajah mereka sendiri. Saki-baki tentera Siam Sukhothai yang
 lainnya habis dibunuh oleh Adruja dan pasukan khas Seri Wijayamala.
Sementara itu, badan Raja Rama Khamhaeng yang sedang diheret ke pantai pula terus ditombak dan dicincang sepanjang jalan sehingga hanya tinggal rangka dan cebisan daging sahaja. Setelah tiba di tepi pantai, badannya dicampak lalu dihanyutkan ke Laut China Selatan.
|  | 
| 
Gajah hitam yang ditunggang oleh Raja Rama
Khamhaeng ialah 
Elephas
maximus indicus - sejenis subspesis gajah Asia. | 
Sementara itu, badan Raja Rama Khamhaeng yang sedang diheret ke pantai pula terus ditombak dan dicincang sepanjang jalan sehingga hanya tinggal rangka dan cebisan daging sahaja. Setelah tiba di tepi pantai, badannya dicampak lalu dihanyutkan ke Laut China Selatan.
Perbuatan tersebut dilakukan di hadapan tentera Siam Sukhothai yang mengiringi mayat raja mereka. Akibat terlalu takut, maka larilah saki-baki tentera musuh untuk menyelamatkan nyawa mereka. Inilah kata-kata keramat Adruja Wijayamala Singa:
“Dengan tertebasnya kepala si bedebah ini (Raja Rama Khamhaeng),
maka ku harap bangsa ini (Siam atau Thai) akan tersekat dan tidak
melanda tanah bangsa Melayu (Semenanjung Tanah Melayu) seterusnya,
agar kekallah bangsaku (Melayu) dan agamaku (Islam) zaman-berzaman”. 
Setelah berakhirnya perang, pasukan khas Seri Wijayamala membantu 
rakan-rakan mereka yang tercedera dan membawa mereka pulang ke Grahi. 
Adruja adalah orang terakhir yang meninggalkan medan perang, ketika 
merah senja mewarnai langit di sebelah barat. Menurut catatan sejarah, 
peristiwa Adruja memenggal kepala Raja Rama Khamhaeng ini berlaku pada 
tahun 1317 Masihi.
   
Beberapa bulan kemudian, datanglah rombongan dari negara Siam Sukhothai 
untuk menebus kembali kepala raja mereka. Rombongan tersebut terdiri 
daripada puluhan sami berjubah kuning pinang masak, berkepala botak, 
berkaki ayam sambil membawa 10 pedati berisi emas dan perak. Mereka 
memohon kepada Raja Sang Tawal untuk bertemu dengan Adruja.
Setelah Raja Sang Tawal tiba di halaman istana bersama Adruja, semua 
sami berkenaan berlutut lalu menyembah kedua-dua raja dan puteri 
tersebut. Ketua sami terus menyampaikan hasrat mereka. Setelah kepala 
Raja Rama Khamhaeng diberikan, mereka terus pulang ke negara Siam 
Sukhothai sambil meratap.
|  | 
| 
Sekumpulan sami Buddha Siam (Thai) sedang
berdoa di dalam sebuah wat di Thailand. | 
Ketika saat kemangkatan Raja Rama Khamhaeng, puteranya yang bernama 
Loethai sedang berada di tanah besar China untuk menghadap Maharaja 
China. Alangkah terkejutnya Loethai setelah mengetahui ayahandanya 
mangkat dibunuh oleh seorang puteri Melayu. Setelah pulang ke tanah air,
 Loethai telah ditabalkan sebagai pemerintah yang baharu dengan gelaran 
Raja Loethai.
Meskipun mengalami kekalahan teruk, namun pihak Siam Sukhothai tidak pernah belajar dari kesilapan. Sebaliknya, Raja Loethai dan bangsa Siam (Thai) telah bersumpah akan menghapuskan seluruh bangsa Melayu di Semenanjung Tanah Melayu. Mereka nekad mahu menjajah Grahi serta bumi Semenanjung demi menuntut bela di atas kematian Raja Rama Khamhaeng.
Setiap kali pasukan tentera dari kedua-dua belah pihak bertembung di medan perang, tentera Siam Sukhothai sentiasa mencabar pahlawan Melayu untuk beradu ketangkasan satu lawan satu di hadapan kedua-dua angkatan perang.
Adruja adalah individu yang sering dicabar keluar kerana pihak musuh sememangnya berniat mahu membunuh puteri tersebut demi menuntut bela di atas kematian bekas raja kesayangan mereka. Setelah pertarungan hebat satu lawan satu berakhir, hanya Adruja seorang sahaja yang tinggal dengan Kilatan berlumuran darah.
Setelah sekian lama bertahan dari serangan tentera Siam Sukhothai, 
akhirnya kerajaan Grahi dan Kota Grahi jatuh juga pada tahun 1325. 
Kekalahan tersebut menandakan bermulanya zaman pencerobohan bangsa Siam 
(Thai) di bumi Semenanjung Tanah Melayu.
Meskipun mengalami kekalahan teruk, namun pihak Siam Sukhothai tidak pernah belajar dari kesilapan. Sebaliknya, Raja Loethai dan bangsa Siam (Thai) telah bersumpah akan menghapuskan seluruh bangsa Melayu di Semenanjung Tanah Melayu. Mereka nekad mahu menjajah Grahi serta bumi Semenanjung demi menuntut bela di atas kematian Raja Rama Khamhaeng.
Setiap kali pasukan tentera dari kedua-dua belah pihak bertembung di medan perang, tentera Siam Sukhothai sentiasa mencabar pahlawan Melayu untuk beradu ketangkasan satu lawan satu di hadapan kedua-dua angkatan perang.
Adruja adalah individu yang sering dicabar keluar kerana pihak musuh sememangnya berniat mahu membunuh puteri tersebut demi menuntut bela di atas kematian bekas raja kesayangan mereka. Setelah pertarungan hebat satu lawan satu berakhir, hanya Adruja seorang sahaja yang tinggal dengan Kilatan berlumuran darah.
|  | 
| 
Demi membalas dendam di atas kematian Rama
Khamhaeng, 
Raja Loethai telah menyerang dan menakluk
negara kota
Grahi. | 
Kejatuhan kerajaan Grahi dan ibu kotanya, Kota Grahi telah memaksa Raja 
Sang Tawal berundur ke arah selatan. Pengunduran secara besar-besaran 
itu turut disertai oleh seluruh kerabat diraja Grahi, para menteri, 
panglima perang, rakyat jelata dan juga pasukan khas Seri Wijayamala.
|  | 
| 
Raja Sang Tawal telah membina Kota Mahligai
di Langkasuka
sebagai pusat pemerintahan yang baharu setelah tumbangnya
Kota
Grahi ke tangan penjajah Siam Sukhothai. | 
Dari Kota Grahi, Raja Sang Tawal dan rombongan pelariannya telah 
berundur ke Merdalong. Setelah tiba di Merdalong, mereka menuju pula ke 
Sanjura. Ketika di Sanjura inilah, Raja Sang Tawal telah mengarahkan 
supaya dibina sebuah kota di Langkasuka untuk dijadikan sebagai pusat 
pemerintahan yang baharu.
Setelah siap, kota tersebut diberi nama Kota Mahligai. Raja Sang Tawal dan seluruh ahli keluarganya telah berpindah ke Langkasuka lalu bersemayam di Kota Mahligai. Baginda telah ditabalkan sebagai Raja Langkasuka dan memerintah negeri tersebut selama 10 tahun.
Sebelum Raja Sang Tawal mangkat pada tahun 1335, baginda telah menyerahkan takhta kerajaan Langkasuka kepada salah seorang puteranya iaitu Raja Bharubhasa. Di bawah pemerintahan Raja Bharubhasa inilah, Langkasuka telah bertukar menjadi sebuah kerajaan Islam dan semakin ramai penduduknya yang memeluk Islam.
Pada masa yang sama, Raja Sang Tawal juga telah menganugerahkan sebuah negeri kepada Adruja sebagai mengenang jasa puteri kesayangannya itu yang telah berperang demi tanah air serta mencantas kepala Raja Rama Khamhaeng. Negeri tersebut diberi nama Serendah (Seri Indah) Sekebun Bunga atau nama lainnya, Kisaran Payung.

RAJA PEREMPUAN KISARAN PAYUNG
|  | 
| Raja Sang Tawal (Sultan Muhammad) telah menganugerahkan Serendah (Seri Indah) Sekebun Bunga atau Kisaran Payung kepada Adruja sebagai tanda penghargaan. | 
Dalam tempoh yang singkat, Serendah (Seri Indah) Sekebun Bunga atau Kisaran Payung telah berubah menjadi sebuah negeri yang sungguh indah di bawah pemerintahan Adruja. Baginda juga diberi gelaran 'Cik Siti Wan Kembang' oleh rakyat tempatan.
Lama-kelamaan, gelaran tersebut telah menjadi satu gelaran rasmi bagi semua raja perempuan yang memerintah negeri tersebut. Menurut sumber pensejarahan di negeri Kelantan, Adruja Wijayamala Singa ialah Cik Siti Wan Kembang yang pertama.
|  | 
| 
Sungai Kelantan adalah satu-satunya jalan
keluar masuk bagi Kuala Krai
- ibu kota Serendah (Seri Indah) Sekebun Bunga
atau Kisaran Payung. | 
MANGKATNYA RAJA PEREMPUAN
KISARAN PAYUNG 
Selepas 10 tahun memerintah, Adruja Wijayamala Singa mangkat pada tahun 
1345. Meskipun makam raja perempuan tersebut tidak pernah ditemui hingga
 ke hari ini, namun baginda dipercayai telah dimakamkan di sekitar 
Jajahan Kuala Krai di Kelantan. 
Adruja merupakan seorang ratu dara (the virgin queen) kerana baginda tidak pernah berkahwin seumur hidupnya. Ini sekaligus bermakna baginda tidak mempunyai waris keturunan. Oleh sebab itulah, Raja Bharubhasa iaitu saudara kandung Adruja yang juga merupakan Raja Langkasuka telah bertindak mengambil alih negeri tersebut.
Sebagai pemerintah yang baharu, Raja Bharubhasa mula menggunakan gelaran Sultan Mahmud Syah. Kemudian, baginda telah menyerahkan takhta kerajaan Langkasuka kepada saudara kandungnya yang bernama Raja Singhadiraja atau Raja Sulaiman.
Kesultanan Serendah (Seri Indah) Sekebun Bunga atau Kesultanan Kisaran Payung terus diperintah oleh keturunan Raja Bharubhasa (Sultan Mahmud Syah) selama beberapa generasi.
PASUKAN KHAS SERI WIJAYAMALA
Adruja
 Wijayamala Singa dipercayai merupakan satu-satunya puteri dan raja 
perempuan di Kepulauan Melayu atau Nusantara yang memiliki pasukan 
tentera khas wanita. Pasukan khas tersebut diberi nama Seri Wijayamala 
dan diketuai oleh Adruja sendiri.
Pasukan khas Seri Wijayamala dianggotai 41 orang wanita yang terdiri daripada golongan hamba abdi, budak suruhan dan janda muda yang kematian suami di medan perang. Mereka mahir dalam ilmu ketenteraan, pandai bermain senjata dan menunggang kuda.
Terdapat banyak teori yang telah dikemukakan mengenai sejarah asal-usul 
nama negeri Kelantan. Salah satu teori terbaru menyebut - negeri 
Kelantan dipercayai mendapat namanya dari nama kelewang panjang milik 
Adruja Wijayamala Singa (Cik Siti Wan Kembang I) - Raja Perempuan 
Serendah (Seri Indah) Sekebun Bunga. Nama kelewang panjang tersebut 
ialah Kilatan.
Adruja Wijayamala Singa merupakan tokoh pertama yang menggunakan gelaran
 ‘Cik Siti Wan Kembang’. Menurut sejarah, penduduk Serendah (Seri Indah)
 Sekebun Bunga telah memberikan gelaran tersebut kepada Adruja sejurus 
selepas baginda ditabalkan sebagai Raja Perempuan Serendah (Seri Indah) 
Sekebun Bunga.
Gelaran tersebut telah digunakan semula oleh Wan Kembang (1610-1667) - salah seorang keturunan Raja Bharubhasa (atau Sultan Mahmud Syah), iaitu saudara kandung Adruja. Tokoh yang bernama Wan Kembang ini telah dikenalpasti sebagai ‘Cik Siti Wan Kembang II' oleh golongan sarjana dan sejarawan.
Adruja merupakan seorang ratu dara (the virgin queen) kerana baginda tidak pernah berkahwin seumur hidupnya. Ini sekaligus bermakna baginda tidak mempunyai waris keturunan. Oleh sebab itulah, Raja Bharubhasa iaitu saudara kandung Adruja yang juga merupakan Raja Langkasuka telah bertindak mengambil alih negeri tersebut.
Sebagai pemerintah yang baharu, Raja Bharubhasa mula menggunakan gelaran Sultan Mahmud Syah. Kemudian, baginda telah menyerahkan takhta kerajaan Langkasuka kepada saudara kandungnya yang bernama Raja Singhadiraja atau Raja Sulaiman.
Kesultanan Serendah (Seri Indah) Sekebun Bunga atau Kesultanan Kisaran Payung terus diperintah oleh keturunan Raja Bharubhasa (Sultan Mahmud Syah) selama beberapa generasi.
|  | 
| 
Carta salasilah pemerintah Kesultanan
Serendah 
(Seri Indah) Sekebun Bunga atau Kesultanan
Kisaran Payung. | 
WARISAN
PASUKAN KHAS SERI WIJAYAMALA
|  | 
| 
Adruja Wijayamala Singa atau Cik Siti Wan
Kembang I 
dikelilingi oleh pasukan khas Seri Wijayamala
di balairung seri istana. | 
Pasukan khas Seri Wijayamala dianggotai 41 orang wanita yang terdiri daripada golongan hamba abdi, budak suruhan dan janda muda yang kematian suami di medan perang. Mereka mahir dalam ilmu ketenteraan, pandai bermain senjata dan menunggang kuda.
KESULTANAN SERENDAH (SERI INDAH) SEKEBUN BUNGA
ATAU KESULTANAN KISARAN PAYUNG
|  | 
| 
Kesultanan Kelantan Darul Naim yang
didirikan oleh Long Yunus
telah menyatukan wilayah dua buah kesultanan
terdahulu. | 
Adruja Wijayamala Singa (atau Cik Siti Wan Kembang I) merupakan pengasas
 Kesultanan Serendah (Seri Indah) Sekebun Bunga (atau juga dikenali 
sebagai Kesultanan Kisaran Payung). Kesultanan ini berpusat di Kuala 
Krai (kini Jajahan Kuala Krai di Kelantan).
Ketika zaman pemerintahan Wan Kembang (atau Cik Siti Wan Kembang II), 
nama kesultanan tersebut telah ditukar kepada Serendah (Seri Indah) 
Sekebun Bunga Cerang Tegayung. Pada tahun 1766, kesultanan tersebut 
lenyap setelah Long Yunus mendirikan Kesultanan Kelantan Darul Naim. 
ASAL-USUL NAMA KELANTAN 
|  | 
| 
Adruja menggunakan kelewang panjang
miliknya yang dinamakan 
Kilatan untuk memenggal kepala Rama
Khamhaeng, Raja Siam Sukhothai. | 
GELARAN
‘CIK SITI WAN KEMBANG’
|  | 
| 
Adruja Wijayamala Singa atau Cik Siti
Wan Kembang I (kiri) 
dan Wan Kembang atau Cik Siti Wan
Kembang II. | 
Gelaran tersebut telah digunakan semula oleh Wan Kembang (1610-1667) - salah seorang keturunan Raja Bharubhasa (atau Sultan Mahmud Syah), iaitu saudara kandung Adruja. Tokoh yang bernama Wan Kembang ini telah dikenalpasti sebagai ‘Cik Siti Wan Kembang II' oleh golongan sarjana dan sejarawan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan