TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD (20 DISEMBER 1925 - KINI) |
|
Beliau merupakan Perdana Menteri keempat (16 Julai
1981 - 30 Oktober 2003) dan merupakan pemimpin kedua di Asia Tenggara
(selepas Presiden Suharto dari Indonesia) yang paling lama memegang
jawatan ketua kerajaan iaitu selama 22 tahun. |
|
Dikenali di Malaysia dan di peringkat antarabangsa
sebagai "Dr. Mahathir", beliau dinobatkan sebagai "Bapa Pemodenan
Malaysia" atas jasa menggerakkan pemodenan negara untuk mewujudkan
kemakmuran di kalangan masyarakat berbilang kaum. |
|
Dr Mahathir merupakan ikon negara di peringkat
antarabangsa. Beliau terkenal khususnya sebagai pembela negara-negara
membangun dan mundur ke arah keadilan dan kesaksamaan di peringkat
antarabangsa. |
|
Pada Oktober 2003, Dr. Mahathir dianugerahkan Darjah
Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara yang membawa gelaran "Tun",
darjah kebesaran tertinggi negara yang boleh dianugerahkan kepada rakyat
yang telah menabur bakti kepada Malaysia. |
|
Selepas persaraan, beliau masih bergiat aktif dalam
aktiviti-aktiviti sosial dan pembangunan pemikiran masyarakat Malaysia
khususnya melalui Yayasan Kepimpinan Perdana dan pelbagai organisasi
lain. |
|
Antara usaha-usaha termasyhur beliau adalah:
1. |
menubuhkan PROTON, syarikat automobil nasional yang pertama; |
2. |
memodenkan dan memashyurkan nama Malaysia melalui
projek-projek "landmark" seperti Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Putrajaya, Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Menara Berkembar PETRONAS, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Coridor - MSC); |
3. |
menjadikan malaysia sebagai tuan rumah bagi persidangan dan sukan antarabangsa seperti Commonwealth Heads of Government Meeting (CHOGM), OIC, Commonwealth Games 1998 dan sukan pemotoran antarabangsa Formula One Grand Prix; |
4. |
meletakkan Malaysia sebagai salah sebuah negara perindustrian baru (newly industrialized country) di dunia; dan |
5. |
memperkenalkan pendekatan strategik ekonomi yang berjaya membawa Malaysia keluar dari Krisis Ekonomi Asia 1997/98. |
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan