SEJARAH PERDANA MENTERI TANAH MELAYU
|  
 | 
 | 
| TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ (8 FEBRUARI 1903 - 6 DISEMBER 1990) |  
| 
 | Beliau merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah 
Melayu (1955-1957) dan dilantik sebagai Perdana Menteri pertama selepas 
negara mencapai kemerdekaan (31 Ogos 1957 - 22 September 1970). |  
| 
 | Dikenali oleh rakyat sebagai "Tunku", beliau juga dikenang sebagai "Bapa Kemerdekaan Malaysia". |  
| 
 | Tunku memainkan peranan penting dalam pembentukan 
Malaysia pada tahun 1963. Di peringkat antarabangsa pula, Tunku membantu
 menubuhkan Pertubuhan Negara-Negara Persidangan Islam (OIC) pada tahun 
1969 dan telah dilantik sebagai Setiausaha Agungnya yang pertama. | 
 
 | 
| 
 | 
 | 
 | 
|  
 | 
 | 
| TUN ABDUL RAZAK BIN HUSSEIN (11 MAC 1922 - 14 JANUARI 1976) |  
| 
 | Beliau merupakan Perdana Menteri kedua (22 September 1970 - 14 Januari 1976). |  
| 
 | Beliau dikenang sebagai "Bapa Pembangunan Malaysia",
 bertepatan dengan pendekatan pentadbirannya yang memberi penekanan 
terhadap banyak aspek pembangunan negara khususnya dalam usaha 
menyatupadukan rakyat. |  
| 
 | Antara inisiatif termasyhur beliau adalah: 
| 1. | Pelaksanaan Penyata Razak iaitu dasar pendidikan 
negara yang antara lainnya memartabatkan bahasa Malaysia sebagai bahasa 
kebangsaan; dan |  
| 2. | Dasar Ekonomi Baru (DEB) (1971) yang bertujuan untuk
 mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional melalui strategi 
serampang dua mata iaitu:- 
| (a) | membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan 
dan menambah peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira
 kaum; dan |  
| (b) | menyusun semula masyarakat Malaysia untuk 
memperbetulkan ketidakseimbangan ekonomi bagi menghapuskan pengenalan 
kaum mengikut fungsi ekonomi. |  |  | 
 
 | 
| 
 | 
 | 
 | 
|  | 
 | 
| TUN HUSSEIN ONN (12 FEBRUARI 1922 - 29 MEI 1990) |  
| 
 | Beliau merupakan Perdana Menteri ketiga (15 Januari 1976 - 16 Julai 1981). |  
| 
 | Sebagai penghargaan terhadap usahanya dalam 
pemupukan perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia, beliau turut 
dikenali sebagai "Bapa Perpaduan Malaysia". |  
| 
 | Dikenang sebagai seorang pemimpin yang amat ikhlas 
dalam perjuangan untuk mencapai perpaduan kaum. Beliau tidak 
teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap sesiapa yang 
cuba mencetuskan kekacauan atau sentimen perkauman di dalam negara. | 
 
 | 
| 
 | 
 | 
 | 
|  
 | 
 | 
| TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD (20 DISEMBER 1925 - KINI) |  
| 
 | Beliau merupakan Perdana Menteri keempat (16 Julai 
1981 - 30 Oktober 2003) dan merupakan pemimpin kedua di Asia Tenggara 
(selepas Presiden Suharto dari Indonesia) yang paling lama memegang 
jawatan ketua kerajaan iaitu selama 22 tahun. |  
| 
 | Dikenali di Malaysia dan di peringkat antarabangsa 
sebagai "Dr. Mahathir", beliau dinobatkan sebagai "Bapa Pemodenan 
Malaysia" atas jasa menggerakkan pemodenan negara untuk mewujudkan 
kemakmuran di kalangan masyarakat berbilang kaum. |  
| 
 | Dr Mahathir merupakan ikon negara di peringkat 
antarabangsa. Beliau terkenal khususnya sebagai pembela negara-negara 
membangun dan mundur ke arah keadilan dan kesaksamaan di peringkat 
antarabangsa. |  
| 
 | Pada Oktober 2003, Dr. Mahathir dianugerahkan Darjah
 Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara yang membawa gelaran "Tun", 
darjah kebesaran tertinggi negara yang boleh dianugerahkan kepada rakyat
 yang telah menabur bakti kepada Malaysia. |  
| 
 | Selepas persaraan, beliau masih bergiat aktif dalam 
aktiviti-aktiviti sosial dan pembangunan pemikiran masyarakat Malaysia 
khususnya melalui Yayasan Kepimpinan Perdana dan pelbagai organisasi 
lain. |  
| 
 | Antara usaha-usaha termasyhur beliau adalah: 
| 1. | menubuhkan PROTON, syarikat automobil nasional yang pertama; |  
| 2. | memodenkan dan memashyurkan nama Malaysia melalui 
projek-projek "landmark" seperti Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 
Putrajaya, Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Menara Berkembar PETRONAS, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Coridor - MSC); |  
| 3. | menjadikan malaysia sebagai tuan rumah bagi persidangan dan sukan antarabangsa seperti Commonwealth Heads of Government Meeting (CHOGM), OIC, Commonwealth Games 1998 dan sukan pemotoran antarabangsa Formula One Grand Prix; |  
| 4. | meletakkan Malaysia sebagai salah sebuah negara perindustrian baru (newly industrialized country) di dunia; dan |  
| 5. | memperkenalkan pendekatan strategik ekonomi yang berjaya membawa Malaysia keluar dari Krisis Ekonomi Asia 1997/98. |  | 
 | 
 
 
 
 
          
      
 
 
KETURUNAN SIAM MALAYSIA.
Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan