Kongsikanlah. Kepada suami isteri ianya sekadar pengetahuan tentang cara yang betul, cara yang tuntut oleh Islam supaya dikurniakan anak yang soleh.
Sabda Rasullah s.a.w. “Wahai Ali ! Peliharalah wasiatku ini sebagaimana aku telah memeliharanya dari Jibril a.s”
Antara cara yang tidak elok : 
1. Jangan 
berjimak di bawah pohon kayu yang berbuah. Jika Allah mengurniakan anak 
ia akan menjadi seorang tukang sebat atau ketua yang bengis. 
2. Jangan berjimak antara azan dan iqmah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka menumpahkan darah. 
3. Jangan 
berjimak jika isteri sedang hamil melainkan kedua-dua suami dan isteri 
berwuduk. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang buta
 hati dan bakhil tangan. 
4. Jangan 
berjimak pada pertengahan nifsu syaban. Jika Allah mengurniakan anak ia 
akan mempunyai tanda pada yang jelek pada muka dan rambutnya. 
5. Jangan berjimak pada akhir bulan (tinggal 2 hari). Jika dikurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka meminta-minta 
6. Jangan 
berjimak semasa syahwat terhadap saudara perempuan (adik ipar). Jika 
Allah mengurniakan anak ia akan menjadi penolong dan pembantu kepada 
orang yang zalim, pada tangannya membuat kebinasaan kepada banyak 
manusia. 
7. Jangan 
berjimak dengan isterimu di atas loteng. Jika Allah mengurniakan anak, 
nanti anak itu menjadi seorang munafiq,pelampau yang melewati batas. 
8. Jangan 
berjimak dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar bermusafir. Jika 
Allah mengurniakan anak ia akan membelanjakan harta Pada jalan yang 
tidak haq. 
9. Jangan 
berjimak dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir. Dalam tempoh tiga 
hari tiga malam. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi pembantu 
kepada setiap orang yang zalim. 
10. Jangan 
berjimak dengan isterimu pada awal malam (sebelum isyak). Jika Allah 
mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang ahli sihir, songlap dan 
menghendaki dunia daripada akhir. 
Antara cara yang dituntut : 
1. Berjimak 
pada malam Isnin. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang 
yang berpegang teguh dengan kitab Allah dan redha terhadap segala 
pembahagian Allah s.w.t. 
2. Pada malam 
Selasa. Jika Allah mengurniakan anak ia akan mendapat nikmat mati syahid
 sesudah syahadah, dan Allah tidak akan azabkannya (turun bala) 
kepadanya bersama-sama orang musyrikin. Mulutnya berbau harum, yang akan
 melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta 
dan mengadu domba. 
3. Pada malam Khamis. Anak yang bijaksana di kalangan yg bijaksana atau orang alim di kalangan orang alim. 
4. Sewaktu 
matahari di tengah langit. Jika Allah mengurniakan anak ia tidak 
dihampiri oleh syaitan sehingga ia tua dan menjadi seorang yang faqih 
serta Allah s.w.t rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia. 
5. Pada malam Jumaat. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang pemidato yang berwibawa dan petah. 
6. Hari Jumaat selepas asar. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang anak yang terkenal, masyhor dan alim. 
7. Malam Jummat selepas Isyak yang akhir. Jika Allah mengurniakan anak ia diharapkan menjadi seorang yang terkemuka. 
8. Bacalah doa berlindung dari syaitan. Jika Allah kurniakan anak ia tidak dimudaratkan oleh syaitan selama-lamanya
TAMBAHAN. Disini ingin saya kongsikan cara bersetubuh yang patut kita ikuti sebagai orang islam. Jadikan ianya satu amalan seharian dalam kehidupan kita sebagai suami & isteri. Semoga ianya dapat memberi kita keberkatan dari melakukannya.
Berikut Cara bersetubuh Yang Betul Di Dalam Islam
MEMUJUK RAYU SERTA BERCUMBU- CUMBUAN :
Nabi
 Muhammad s.a.w. melarang suami melakukan persetubuhan sebelum 
membangkitkan syahwat isteri dengan rayuan dan bercumbu terlebih dahulu.
- Hadits Riwayat al-Khatib dari Jabir.
TIDAK BERBOGEL :
Apabila
 diantara kamu mencampuri isterinya, hendaklah ia menutupi dirinya dan 
menutupi isterinya dan janganlah keduanya (suami isteri) bertelanjang 
bulat seperti keledai.
- Hadits Riwayat Tabrani.
DI LARANG MENYETUBUHI DUBUR :
Terkutuklah orang yang menyetubuhi isteri diduburnya.
- Hadits Riwayat Abu Dawud dan an-Nasa’i dari Abu Hurairah.
DOA SEBELUM BERSETUBUH :
“Bismillah. Allaahumma jannibnaash syaithaa-na wa jannibish syaithaa-na maa razaqtanaa”.
Dengan
 nama Allah. Ya Allah, jauhkanlah kami berdua (suami isteri) dari 
gangguan syaithan serta jauhkan pula syaithan itu dari apa saja yang 
Engkau rezqikan kepada kami.
Dari Abdulah Ibnu Abbas r.a. berkata :
Maka
 sesungguhnya apabila ditakdirkan dari suami isteri itu mendapat seorang
 anak dalam persetubuhan itu, tidak akan dirosak oleh syaithan 
selama-lamanya.
- Hadits Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim dari Ibnu Abbas r.a.
HAMPIR KELUAR MANI :
Dan apabila air manimu hampir keluar, katakan dalam hatimu dan jangan menggerakkan kedua bibirmu kalimat ini :
“Alhamdulillaahil ladzii khalaqa minal maa’i basyara”.
Segala pujian hanya untuk Allah yang menciptakan manusia dari pada air.
PUTUS DITENGAH JALAN :
Apabila
 seseorang diantara kamu bersetubuh dengan isterinya maka janganlah ia 
menghentikan persetubuhannya itu sehingga isterimu juga telah selesai 
melampiaskan hajatnya (syahwat atau mencapai kepuasan) sebagaimana kamu 
juga menghendaki lepasnya hajatmu (syahwat atau mencapai kepuasan).
- Hadits Riwayat Ibnu Addi.
MENDATANGI ISTERI MELALUI BELAKANG (ISTERI MENUNGGING) :
Dari Jabir b. Abdulah berkata :
Bahwa
 orang-orang Yahudi (beranggapan) berkata: Apabila seseorang menyetubuhi
 isterinya pada kemaluannya Melalui Belakang maka mata anaknya (yang 
lahir) akan menjadi juling. Lalu turunlah ayat suci demikian :
“Isteri-isteri kamu adalah ladang bagimu maka datangilah ladangmu itu dari arah mana saja yang kamu sukai.”
- Surah Al Baqarah – ayat 223.
Keterangan:
Suami
 diperbolehkan menyetubuhi isteri dengan apa cara sekalipun (dari 
belakang, dari kanan, dari kiri dsb asalkan dilubang faraj).
KELEBIHAN BERSETUBUH :
Berikut adalah cara bersetubuh yang mendapat keberkatan apabila kita melakukannya :-Rasulullah s.a.w. bersabda :
“…..dan apabila engkau menyetubuhi isterimu, engkau mendapat pahala”.
Para sahabat bertanya :
Wahai Rasulullah, adakah seseorang dari kami mendapat pahala dalam melampiaskan syahwat?
Nabi menjawab :
Bukankah
 kalau ia meletakkan (syahwatnya) ditempat yang haram tidakkah ia 
berdosa? Demikian pula kalau ia meletakkan (syahwatnya) pada jalan yang 
halal maka ia mendapat pahala.
- Hadits Riwayat Muslim.
MENGULANGI PERSETUBUHAN :
Apabila
 diantara kamu telah mecampuri isterinya kemudian ia akan mengulangi 
persetubuhannya itu maka hendaklah ia mencuci zakarnya terlebih dahulu.
- Hadits Riwayat Baihaqi.
HAID :
Mereka menanyakan kepada engkau tentang perkara Haid.
Katakanlah: “Haid itu adalah kotoran”.
Oleh
 kerana itu jauhilah diri kamu dengan wanita-wanita yang sedang Haid dan
 janganlah kamu mendekati (menyetubuhi) mereka, sebelum mereka bersuci*.
Apabila mereka telah bersuci maka bolehlah kamu menyetubuhi mereka ditempat yang diperintahkan Allah kepada kamu.
Sesungguhnya Allah itu menyukai orang-orang yang bertaubat dan Allah menyukai orang-orang yang mensucikan dirinya.
- Surah Al Baqarah – ayat 222.
*Jangan
 mendekati bermaksud dilarang bersetubuh dengan isteri yang sedang 
kedatangan bulan dan bukanlah dilarang mempergaulinya sehari-hari.
ISTERI YANG TIDAK BOLEH DI SETUBUHI OLEH SUAMI :
Dari Masruuq b.Ajda’i berkata :
Aku telah bertanya kepada ‘Aisyah tentang sesuatu yang boleh dilakukan seorang suami terhadap isterinya yang sedang Haid.
‘Aisyah menjawab:
Apa saja boleh, kecuali kemaluannya (bersetubuh).

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan