5 tahun lepas, rakyat Malaysia pernah 
melahirkan kerisauan menjelang Pilihanraya Umum ke 12 (2008), adakah ada
 kemungkinan kerajaan Malaysia bakal menaikkan harga minyak selepas 
pilihanraya. Oleh itu rakyat Malaysia telah bertanya sendiri kepada 
pemimpin-pemimpin yang bertanggungjawab untuk menjawab persoalan yang 
bermain di fikiran kalangan rakyat Malaysia.
Akhirnya, rakyat Malaysia ketika itu mendapat satu jawapan yang menyenangkan hati mereka seketika, iaitu….
Ini antara penjelasan & jawapan 
balas Datuk Seri Najib Razak yang pada ketika itu memgang jawatan 
sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia iaitu 2 minggu sebelum 
berlangsung Pilihanraya Umum ke 12 (2008) pada 8 Mac 2008 adalah seperti
 di bawah ini…
“Harga minyak tidak naik & nafikan harga petrol akan naik selepas pilihanraya”
Datuk Najib terus menafikan harga minyak
 petrol akan naik selepas Pilihanraya Umum ke 12 (2008). ya…satu jawapan
 yang meyakinkan daripada seorang Timbalan Perdana Menteri ketika itu.
Walaubagaimanapun, kerisauan rakyat 
Malaysia datang lagi apabila tertanya-tanya apakah dasar yang akan 
diambil kerajaan Malaysia selepas kemungkinan kenaikan harga minyak akan
 berlaku tidak lama sahaja lagi terus bertiup kencang.
Pada laporan berita yang dilaporkan 
Berita Utusan Malaysia seperti di bawah ini, Barisan Nasional telah pun 
berjaya menang dalam Pilihanraya Umum ke 12 (2008) dan terus memgang 
tampuk pemerintahan Malaysia walaupun kehilangan majoriti 2/3 kerusi 
parlimen buat pertama kalinya.
Akhirnya, kerisauan rakyat Malaysia kerisauan menjadi kenyataan & realiti.
“Suka atau tidak, rakyat Malaysia perlu menghadapinya”
Bukan 10 sen, 20 tetapi 78 sen kenaikan 
harga minyak petrol pada ketika itu ditambah juga dengan kenaian tarif 
elektrik. Walaubagaimanapun, terma kenaikan tidak digunakan, tetapi 
dikatakan harga minyak petrol, diesel dan tarif elektrik diselaraskan 
semula. Hakikatnya sama sahaja maksudnya.
Kenaikan harga minyak petrol, diesel dan
 tol tidak hanya terhenti di situ sahaja, apabila kenaikan tol mengambil
 gilirannya. Jikalau anda, meneliti laporan Berita Semasa (DI SINI)
 skim cepat kaya versi kapitalis Malaysia cukup menguntungkan. 
Keuntungan lebuhraya Utara Selatan ini sahaja sudah mencecah RM18.3 
bilion dimiliki oleh Tun Daim Zainuddin (Hati Budi Sdn. Bhd.).
“Kerajaan ada 2 pilihan samada 
memebnarkan syarikat tol di Malaysia menaikkan caj tol ataupun membayar 
pampasan kepada syarikat tol jika tidak membenarkan mereka menaikkanya 
menggunakan  dana negara”
Oleh itu, Berita Semasa ingin 
memulangkan semula persoalan ini kepada pemimpin politik, adakah selepas
 Pilihanraya Umum ke 13 harga minyak, tarif elektrik & tol akan 
dinaikkan?





 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan