Ibubapa
kerana mereka tidak didik dengan baik oleh ibubapa mereka. cuba kita 
perhatikan orang dulu-dulu,apabila anak mereka tidak menunjukkan tanda 
hormat, mereka akan tegur atau memarahi anaknya itu tapi sekerang ni 
tidak lagi. kadang-kadang ibubapa sendiri tidak menunjukkan tanda hormat
 dan itu akan menjadi turutan kepada anaknya.
2. Rakan - rakan
kerana terpengaruh dengan rakan-rakan yang rosak akhlak. apabila 
anak-anak bergaul dengan rakan-rakan yang tidak elok, mereka akan 
terikut dengan perangai tersebut. kalau kita perhatikan budak-budak 
sekarang, jika ada seorang makcik ingin menaiki bas, mereka tidak 
menolong makcik tersebut sebaliknya memarahi makcik tersebut dengan 
kata-kata yang kurang manis. mereka juga akan mengacau budak-budak 
perempuan yang lalu-lalang di hadapan mereka dan mengusik dengan 
kata-kata yang kurang enak di dengar.
3. Rancangan Televisyen
kerana terpengaruh dengan rancangan yang ditayangkan di televisyen. 
remaja kita sekarang lebih banyak meluangkan masa di depan tv dan 
kebanyakan cerita yang disiarkan kadang-kala menunjukkan perbuatan yang 
tidak elok. ini akan mempengaruhi pemikiran mereka yang cetek dan sebab 
itu la berlaku kes-kes yang agak mengejutkan. contohnya, saya pernah 
membaca seorang anak sanggup mencuri barang kemas atau duit ibubapa 
untuk kegunaan sendiri, menendang ibu apabila ibu melarangnya membuat 
sesuatu yang tidak elok.
itu lah antara punca-puncanya. jadi adakah penyelesaian pada 
permasalahan ini? semestinya ada. kita sentuh pada setiap punca yang 
telah dihuraikan di atas.
1. Ibubapa.
sebagai ibubapa, mereka harus sedar bahawa anak-anak adalah 
tanggungjawab mereka dan apa yang mereka dengar dan tengok dari 
perbuatan atau perbualan ibubapa adalah benda yang betul. jadi ibu bapa 
harus menunjukkan perangai yang baik dan sentiasa bercakap perkara yang 
baik. ibubapa juga harus menunjukkan cara-cara yang betul untuk 
menghormati orang yang lebih tua. contohnya, jika kita ingin lalu di 
hadapan orang yang lebih tua, kita hendaklah membongkokkan badan dan 
jalan dengan rasa rendah diri dan malu, apabila bertemu dengan 
rakan-rakan atau sesiapa sahaja terus bersalam. itu lah yang harus ibu 
bapa terapkan kepada golongan remaja sekarang.
2. Rakan-rakan.
kita hendaklah pandai memilih rakan yang baik. ini kerana rakan yang 
baik akan membawa kita ke arah yang baik. kenapa saya kata begitu? 
kerana rakan yang baik hanya melakukan perkara yang baik, contohnya, 
solat, tolong menolong, ambil berat , dan menghormati guru..bila 
berkawan dengan orang yang tidak baik,yangperangai tidak elok, maka kita
 akan terjebak dengan perkara yang tidak elok seperti ponteng sekolah, 
tidak menghormati guru, dan terlibat dengan samseng dan vandelisme. jadi
 tolong la menilai balik rakan-rakan anda yer..
3. Rancangan televisyen.
untuk penyelesaian ini, bukan pihak kita yang tentukan tetapi pihak 
stesen tv yang berhak menentukan apa yang diorang nak tayang. jadi ape 
tugas kita, kita hendaklah menjadi penapis kepada rancangan itu dengan 
memilih rancangan yang sesuai untuk anak-anak kita tonton. 
jadi semua perkara datangnya dari ibu bapa, maka ibu bapa harus memainka
 peranan dan tanggungjawab mereka dengan baik dan ingatlah anak-anak 
anda lah penentu masa depan anda di dunia dan di akhirat..
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan