Berdasarkan
 rekod kewangan syarikat projek ternakan lembu, Perbadanan Fidlot 
Kebangsaan (NFC), PKR mendakwa terdapat lebih banyak penyelewengan dalam
 syarikat yang dimiliki oleh keluarga Menteri Pembangunan Wanita, 
Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil.
Pada
 sidang media di lobi parlimen, setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution 
mendedahkan bahawa skandal itu kini merebak dan turut membabitkan 
beberapa pemimpin Umno lain.
1.
 Lembu-lembu bernilai RM5,281 yang disumbangkan pada tahun 2009 kepada 
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Mansor; dan RM2,640 kepada ADUN 
yang hanya dikenali sebagai 'YB Yunus'.
2.
 Lembu-lembu bernilai RM70,000 dikatakan dijual secara kredit kepada 
bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique pada 
tahun 2008; dan harga pembelian hanya dibayar sepenuhnya pada tahun 
2009.
3. RM26,400 yang didakwa dibayar sebagai perbelanjaan yang dilakukan pada tahun 2008 oleh Shahrizat.
4.
 RM368,640 yang dikatakan digunakan bagi sewa pejabat dan dibayar kepada
 pengarah NFC - suami Shahrizat, Mohamad Salleh Ismail dan anak lelaki 
mereka, Wan Shahinur Izran.
Syarikat
 itu, sebelum ini, didakwa telah membelanjakan sebanyak RM250 juta dana 
awam yang diperuntukan dalam bentuk pinjaman mudah. Namun sehingga hari 
ini, tiada ulasan berhubung segala dakwaan yang dilemparkan dijawab.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan